Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Isu Debat - Isu Suqiu - Isu Melayu, Sebenarnya UMNO@BN Yang Nazak .

UMNO@BN Yang Amat Nazak Sangat…!!!!

Apabila Isu Perpaduan Melayu dibangkitkan selepas kekalahan BN di LUNAS … perkara ini telah memberi isyarat yang nyata kepada rakyat dan bangsa Malaysia bahawa .. ISU PERKAUMAN DAN SUQIU yang dimainkan oleh BN agar rakyat dan bangsa Malaysia menjadi takut serta bodoh telah gagal mencapai matlamat asal Mahathir@Mahafiraun … dan dua ISU ini pula yang telah membantu BA bertambah kuat dan kukuh dalam pakatan BARISAN ALTERNATIF sehinggakan bangsa CINA dan INDIA bertambah yakin serta berani menyatakan sokongan mereka kepada orang Melayu dalam BA serta para Ulamanya…dan ini telah memberi tamparan hebat kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN kerana pada sangkaan mereka sandiwara kali ini akan disambut mesra oleh orang Melayu dan Cina sebagai mana berlaku pada 13hb.Mei.1969 dahulu.

Perbuatan adu-domba isu Suqiu dan Sekolah Wawasan telah menjadikan kaum CINA sedar selama ini mereka ditipu dan dipermainkan oleh UMNO@BN kerna satu perkara yakni KUASA POLITIK …. Apabila sandiwara ini telah menikam diri sendiri … UMNO@BN merasa begitu perit tusukan pengundi LUNAS pada 29hb.Nov.2000 … dengan menjadikan Pemuda UMNO@BN serta GPMS sebagai badut suruhan Mahathir@Mahafiraun untuk memanaskan dua isu ini … tapi kerana rakyat dan bangsa Malaysia sedar segala sandiwara OPERA UMNO@BN adalah cerita lama dan lapuk ditelan zaman, rakyat marhaen telah melakukan tindakan bijak dan matang melayan sandiwara murahan UMNO@BN ini dengan melunaskan segala tipu-muslihat mereka di LUNAS.

Apa bila kedua-dua isu ini gagal dan tamparan hebat di LUNAS … Mahathir@Mahafiraun telah mencari fomula baru untuk menipu orang Melayu dalam BA serta yang tak berparti …. ISU PERPADUAN MELAYU … satu isu yang melambangkan bahawa MALAYSIA INI DIHUNI OLEH 99% orang MELAYU dan lain-lain bangsa hanya melukut ditepi gantang atau lebih manis dalam bahasanya mereka ini adalah PENDATANG HARAM…..???? Perpaduan Melayu macam mana yang dimaksudkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN …..:-

1. Orang Melayu telah tidak menyokong UMNO@BN serta menggangap Mahathir@Mahafiraun sebagai Maharaja Tua yang tidak layak memimpin orang Melayu dalam UMNO@BN .

2. Orang Melayu telah meluat dan benci dengan UMNO@BN (Baru(A)) sejak penubuhannya selepas diharamkan oleh Mahkamah Mahathir@Mahafiraun …. UMNO@BN telah menjadikan orang Melayu sebagai hamba-abdi dan bangsa yang amat hina serta murahan…dengan kuasa dan wang mereka mengikat minda orang Melayu dalam UMNO@BN .

3. Orang Melayu ditakut-takutkan dengan pelbagai isu dan minda mereka dicengkam kebodohan serta akur kepada Mahathir@Mahafiraun …. Setiap patah perkataan Mahathir@Mahafiraun disama ertikan dengan sabda Nabi atau Firman Allah swt.

4. Orang Melayu dijadikan batu loncatan oleh pemimpin UMNO@BN untuk meraih kuasa dan harta benda …. Serta segala khazanah milik orang Melayu dirampas serta difaraitkan kepada kroni diatas nama pembangunan negara.

5. Agama sinonim Orang Melayu adalah Islam di Malaysia … tetapi perbuatan Mahathir@Mahathir serta UMNO@BN meliwat dan mempermainkan ISLAM serta penganutnya telah menjadikan ISLAM itu sebagai agama pinggiran dalam sebuah negara yang mengaku AGAMA ISLAM sebagai agama rasminya.

6. ISLAM ITU MELAYU … MELAYU ITU ISLAM dan MAHATHIR ITU MALAYSIA … MALAYSIA ITU MAHATHIR telah menjadikan orang Melayu begitu marah serta benci kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN …. Perbuatan ini telah menjadi barah yang amat pedih buat orang Melayu Islam …. Kerana hari ini lebih 5,000 orang Melayu yang dulunya Islam telah dimurtad oleh dasar serta sistem pemerintahan UMNO@BN .

7. Pada Mahathir@Mahafiraun orang Melayu ini boleh digula-gulakan serta dungu kerana mereka telah dilemahkan sejak dahulu lagi …. Tapi Mahathir@Mahafiraun telah lupa …. Orang Melayu yang berada di luar UMNO@BN lebih bijak serta berwaspada dari orang Melayu yang berada dalam UMNO@BN… kerana mereka bersikap daya-saing serta tabah menghadapi dugaan… tak seperti MELAYU UMNO@BN yang sentiasa berharap pada subsidi serta wang Ihsan dari Mahathir@Mahafiraun .

8. Bagi pemimpin UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun … orang Melayu di Malaysia ini adalah itik nila dan kaldai yang boleh dijadikan apa saja mengikut cita rasa mereka…!!! Kerana mereka berpendapat …. Selama ini UMNO@BN bebas melakukan apa sehaja tanpa bantahan … dan kerana telah menjadi kebiasaan serta keseronokan dalam diri pemimpin UMNO@BN ini …. Mereka masih menilai rakyat dan bangsa Malaysia yang bodoh dan dungu seperti tahun 40an atau 50an … tapi mereka lupa kita sekarang berada di Alaf Baru , diabad ke 21….?????

Perbuatan bodoh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN bermain satu lagi sandiwara politik perkauman ini telah menjadikan mereka seperti kera sumbang dan katak dibawah tempurung ….!!! Kalau kegagalan isu Suqiu dan Sekolah Wawasan telah memberi tusukan tajam kebelakang UMNO@BN …. Tapi ISU PERPADUAN MELAYU ini telah menjadikan UMNO@BN NAZAK ….!!!! Kini ia menunggu saat nak dikapankan serta dihumban ke laut….?????.

Dengan isu Perpaduan Melayu ini juga… telah memberi peluang pada UMNO@BN untuk membatalkan perdebatan antara PEMUDA UMNO dan PEMUDA PAS mengenai ISU KETUANAN MELAYU … dan alasan baru ini benar-benar digunakan oleh UMNO@BN untuk mengelak dari berdebat dengan PAS ….!!! Dan kata-kata beberapa rakan dalam laman reformasi telah menunjukan kebenaranya…. UMNO@BN akan mencari alasan untuk membatalkan perdebatan ini …. Kita tunggu kenyataan rasmi Prof Ungku Aziz … sama ada ia batal atau di teruskan ….????

Apabila Suqiu menarik balik 7 tuntutan mengenai hak bumiputra dan Melayu …. PEMUDA UMNO@BN telah di tabalkan sebagai HERO KAMPUNG DUSUN …. Walaupun 7 perkara itu sebenarnya hanya satu rayuan Suqiu agar parti-parti POLITIK di Malaysia berbincang dan berfikir secara ilmiah bahawa 7 rayuah itu untuk kebaikan rakyat dan bangsa Malaysia … tetapi ia telah di ISU kan oleh UMNO@BN … walaupun ia telah diluluskan sebelum pilihanraya umum ke 10 pada tahun 1999…. Jadi perbuatan buruk siku telah dilakukan oleh UMNO@BN dalam isu ini. Tapi sayang sekali Suqiu telah dipaksa dan ditekan oleh Mahathir@Mahafiraun dalam isu ini … dan UMNO@BN dipergunakan untuk meraih simpati serta merayu Suqiu … dan dengan cara ini Dalang Utamanya tidak dapat dikenal pasti … dan mesyuarat dalam tempoh 24 jam PEMUDA UMNO@BN dan SUQIU hanya berkisar bagaimana mana nak membuat kenyataan akbar bagi menutup malu UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun mengenai rayuan Suqiu ini.

Apabila UMNO@BN menjadi nazak …. Hamid Othman pula telah dipaksa letak jawatan oleh Mahathir@Mahafiraun ….dan dengan cara kotornya … kata dua telah diberi kepada Hamid Othman … letak jawatan atau diaibkan seperti DSAI….!!! Mahathir@Mahafiraun cukup cekap memaksa Hamid Othman … sewaktu lawatanya di Myanmar ia membiarkan Hamid Othman bertindak dalam negara …. Jika berlaku kekecohan dalam isu ini … PAK LAH BADAWI akan dipersalahkan serta jadi mangsanya… kan sikap lontar batu sorok tangan Mahathir@Mahafiraun tidak boleh dipisahkan dalam hidupnya. Kerana RM 200 wang Tabung Haji telah difaraitkan oleh Mahathir@Mahafiraun kepada Syed Shahid (Maju Holdings@Perwaja Steel) …. Hamid Othman telah dijadikan kambing hitam oleh Mahathir@Mahafiraun …. Betapa mudahnya Mahathir@Mahafiraun untuk melepaskan diri jika pendakwaan dibuat oleh BPR … dan yang akan menjadi mangsanya Hamid Othman dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji …..????

Kini UMNO@BN telah tiada tokoh Agama Islam yang berkeliber untuk menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama Islam) … yang tinggal hanya mereka yang mengabihkan boreh dan harta rakyat aje…??? Rasa-rasanya tak mustahil Mahathir@Mahafiraun akan melantik SAMMY VELLU atau LIONG SIK sebagai menteri agama di Malaysia ini ….??? Kerana mereka berdua ini cukup pakar dalam bidang ini … sebelum pemilu ke 10 yang lalu … mereka ini cukup cekap memberi kenyataan dalam Isu Agama Islam…..!!!!

Apa yang tinggal kini nyawa-nyawa ikan dalam keadaan nazak bagi UMNO@BN … Presidenya kini berada diluar negara merancang bagaimana untuk menyelamatkan diri jika berlaku kemungkinan yang memerangkap dirinya ….!!! Dia pun merasa takut…bagaimana Fujimori terpaksa balik kampung akibat masalah dalam negaranya….!! Dan tak mustahil Mahathir@Mahafiraun pun balik kampung apabila rakyat marhaen bangun dengan seruan JIHAD kepadanya….??? Itulah yang menakutkanya …. Sejak 2hb.Sept.1998 lagi.

Apabila Presiden Pas dan Ahli Dewan Syura' Pas memutuskan perbincangan ISU PERPADUAN MELAYU tidak releven tetapi ia harus lebih globalisasi lagi… iaitu ISU PERPADUAN KAUM dan ia dibahaskan di PARLIMEN dengan membenarkan seluruh ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbincangan ini …. Barulah adil …kerana Malaysia kini terdiri dari berbilang kaum serta hasrat melahirkan RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU telah lama dirancang serta digembar-gemburkan …. Kenapa pula hanya tertumpu pada satu kaum sehaja … BILA PULAK ORANG MELAYU ISLAM TELAH BERPECAH … YANG BERPECAH ADALAH ORANG MELAYU BUKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU DALAM UMNO@BN ……!!!! Itu yang sebenarnya berlaku.

Perbuatan UMNO@BN untuk memerangkap PAS dan KeADILan serta BA telah lama dihidu oleh para pemimpin BA …. Kerana ketidak ikhlasan UMNO@BN sejak sejarah S46 dahulu telah menjadikan BA..terutamanya PAS berwaspada apabila berurusan dengan UMNO@BN …. Jerat yang dipasang oleh UMNO@BN kini boleh dilihat telah memakan diri sendiri … kerana ramai pemimpin dan ahli UMNO@BN sendiri telah dimamah oleh jerat yang dipasang oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.

Masa untuk UMNO@BN bernyawa kini telah sampai ke penghujunya …. Saat yang nazak ini amat ketara … tak de ubat buat penyakit kronik UMNO@BN kali ini …. Yang tinggal hanya satu cara … kuburkan UMNO@BN bersama ahli-ahli yang tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah … kapankan mereka dan buang ke dalam laut dalam….kah..kah…keh..keh….??? Parti Usang … Pemimpinnya pun Usang.

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
8HB.JAN.2001

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com