Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


JANGAN SANDIWARAKAN ISU AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Merujuk kepada kenyataan Suhaimi Ibrahim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), yang mahu mengadakan perhimpunan Melayu untuk menolak SUQIU, yang sedang rancak diulas oleh pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, kita hanya menyatakan: ini semua tidak lebih dari sandiwara belaka. Seterusnya kita memberi amaran, agar Suhaimi yang menjadi pemimpin tertinggi gabungan pelajar Melayu itu tidak merosakkan fikiran anak-anak Melayu dan tidak "menyendiwarakan" isu agama, bangsa dan negara Melayu.

Bagi orang Melayu, walaupun sudah dipupuk oleh pimpin UMNO semenjak Allah Yarham Tunku Abdul Rahman, supaya bertolak ansur (lebih teruk lagi kepimpinan sekarang yang seolah-olah menyetujui konsep Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kwan Yew, bekas Ketua Menteri ketika Singapura dalam Malaysia dahulu), kita tetap mengatakan bahawa tuan negara ini tetap orang Melayu. Kita sanggup bertumpah darah atau berkorban apa sahaja demi negara ini.

Oleh itu, tidak timbul soalan apa orang Melayu pas kata, apa orang Melayu PRM kata, apa orang Melayu dari mana sekalipun kata tentang isu SUQIU ini. Kalau mahu ditujukkan juga reaksi orang Melayu terhadap isu tersebut, bukan bentuk tunjuk perasaan seperti yang disaran oleh Suhaimi tetapi TUNJUK KEKUASAAN atau kekuatan dengan menangkap saja sesiapa yang menentang hak orang Melayu dan Bumiputera negara ini.

Kalau dahulu kita tunjuk perasaan menentang Malaysan Union, memang betul kerana kita tidak berkuasa, tetapi sekarang kita adalah pihak yang berkuasa. Oleh itu kita mesti gunakan kuasa untuk menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit yang didapati mengancam keutuhan orang Melayu.

Oleh itu, jangan bermain sandiwara dalam hal ini. Jangan disesatkan pelajar-pelajar Melayu yang masih muda dengan mengatakan kita perlu tunjuk perasaan menentang orang Cina terhadap isu SUQIU. Ini akan melenyapkan fikiran dan perasaan anak-anak Melayu bahawa negara ini adalah negara mereka dan merekalah yang berkuasa. Jangan rumitkan keadaan dengan mengadakan tunjuk perasaan kepada pihak yang tidak berkuasa kerana cara begitu bukan sahaja kerja bodoh tetapi dipandang penakut oleh pihak berkenaan.

Bagi kita, soalan keamanan dan kontrak sosial untuk mendapatkan kemerdekaan adalah perkara kedua pentingnya berbanding dengan soal agama, bangsa dan negara. Sikap penakut, bertolak ansur, menjaga keamanan dan menjaga kekayaan yang melampau-lampau akan menjadikan orang Melayu seperti orang Palestin sekarang yang akan dibunuh oleh orang asing di negranya sendiri.

Sejarah Penubuhan negara Yahudi di Bumi Palastin oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak ditentang oleh sekutu Arab disekelilingnya, kesanggupan orang-orang Palestin menjual tanah-tanah mereka kepada Yahudi untuk mendapatkan kemewahan adalah sama sahaja dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Sesetengah Orang Melayu yang berkuasa bermain sandiwara, berkata kita harus berpadu dalam umah, tetapi pada masa yang sama menindas saudara sendiri dan menyanjung orang asing kerana kekayaan atau kemewahan.

Kalau benar-benar saudara Suhaimi ikhlas, tolong sampaikan kepada pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang supaya membantu orang Melayu dengan tidak mengira apa fahaman politiknya. Kita cadangkan supaya GPMS mengemukakan dasar yang jelas dan dapat menarik minat orang Melayu keseluruhannya. Kita tidak perlu buat 100 tuntutan yang pastinya tidak dipenuhi oleh pemerintah. Kita saring tuntutan itu supaya menjadi lebih mudah difaham dan lebih bermakna.

Yang penting adalah perbincangan orang Melayu dengan tidak fahaman politik. Kita berunding berasaskan bangsa Melayu dan agama Islam. Lebih penting lagi ialah natijah daripada perundingan itu nanti dapat dirancang kepentingan Melayu yang boleh melenyapkan pertelagahan sesama sendiri untuk jangka masa yang panjang. Antara resolusi yang harus kita capai ialah:

Selagi orang Melayu berkuasa pastikan perkara berikut dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia DASAR TUJUH seperti berikut:

(i) Ahli Perlimen dan kawasan pilihanraya sekurang-kurangannya 65%.

(ii) Nisbah keanggotaan dalam pertahanan dan pegawai keselamatan (polis) sekurang-kurangnya 75%

(iii) Nisbah kakitangan kerajaan sekurang-kurangnya 75%

(iv) Ekonomi dan kekayaan sekurang-kurangnya 51%

(v) Agama Islam sebagai agama yang tidak boleh dipersoal dan dipersaingkan dengan agama lain

(vi) Konsep Tanah Rizab Melayu diganti dengan Tanah Rizab Asing (yang bermaksud orang asing hanya boleh memiliki dan mengusahakan tanah yang di rizabkan kepada mereka).

(vii) Sebarang pindaan perlembagaan yang bertujuan atau maksudnya berlawanan dengan agama Islam dengan sendirinya terbatal.

Tegasnya, tidak ada tolak ansur apabila menyentuh soal agama, bangsa dan negara Melayu. Kepada Saudara Suhaimi Ibrahim, jangan bermain sandiwara untuk menonjolkan diri atau mengampu orang atau pihak tertentu.

Lebih penting lagi, jangan kelirukan anak-anak Melayu yang masih mentah itu, pimpinlah mereka dengan memberi semangat bahawa mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, baca sejarah bersungguh-sungguh, fahami Islam bersunguh-sunguh dan akhirnya katakan pada mereka bahawa Malaysia ini negara milik Melayu, kita mesti sanggup bertumpah darah untuk mempertahankannya. Namun begitu, agama Islam mengajarkan, bahawa kita tidak boleh bersifat zalim terhadap kaum pendatang selagi kaum pendatang itu selaras dengan aspirasi negara dan taat kepada pemerintah. Itu sahaja.

Oleh:
Bekas Presiden GPMS


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com