Asalammualaikum Saudara,
Sekarang semua rakyat malaysia sudah tahu yang Polis sedang dan
telah menjalankan operasi menangkap pemandu yang engkar menjelaskan
saman. Cara ini saya tak ada komenlah, tetapi bagaimana pula pemandu
bukan warganegara Malaysia lain, seperti Singapura dan Thailand ???.
Bagaimana caranya polis mengutip saman dari mereka yang menurut berita
dari akhbar Malaysia ada be ribu-ribu saman yang telah dikeluarkan tapi
tak dibayar???.
Berita yang lepas saya ada terbaca bahawa LHDN mengeluarkan kenyataan,
mana-mana jemaah yang hendak menunaikan ibadat haji mesti menjelaskan
cukai kepada LHDN terlebih dahulu sebelum dibenarkan pergi. Disini saya
ingin bertanya kepada LHDN, bagaimana pula kepada rakyat Malaysia yang
bukan beragama Islam dan tidak ke luar negara ?. Untunglah mereka tu !!.
Agaknya idea siapa yang di pakai oleh LHDN untuk menekan orang melayu di
Malaysia ini. Pening orang melayu sekarang ni !!.
Mat indera. junior.
p/s: kuching kalau terdesak akan mencakar.