Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Andaian saya !!

Asalaamualaikum saudara...

Dalam saya duduk memikirkan pasal politik di malaysia ini, teringat saya pada pemilihan UMNOOOO 1987 dahulu. Diwaktu itu saya berada di Wisma Belia, K Lumpur atas sebab...bla..bla...

Menurut cerita-cerita perwakilan yang mengundi untuk calon President dan Tim.President, kemenangan 60% akan berpihak kepada regu Ku Li dan Musa Hitam. Tetapi apabila selesai sembahayang Jumaat didapati andaian itu meleset di mana kemenangan berpihak kepada 2 ekor kuda tua yang menunggu untuk di hukum tembak itu. Saya amat kecewa dengan keputusan itu, lebih-lebih lagi dengan kemenangan yang meragukan itu. Mana taknya menang, waktu orang sembahayang...ada hantu raya buka peti undi dan buang/tambah kertas undi.

Di waktu itu saya lihat kebanyakan orang UMNOOO tak begitu perasan dengan keletah kuda tua itu....tapi saya sentiasa menganalisa setiap butir ucapan yang di buat oleh kuda tua ini. Kemudian kuda tua ini mengorak langkah dengan mengharamkan UMNOOO dengan sengaja sebab nak buang orang yang melawan dia itu. Tapi waktu itu saya cukup hairan dengan orang melayu..., entah apa ilmu pukau yang digunakan oleh kuda tua itu pada orang melayu sampai tak boleh terfikir akan belit ULARDIR seekor ni. Saya pernah cuba di tumbuk oleh seorang penyokong buta hati dari UMNOOO sewaktu berbahas mengenai kepincangan parti ini pada tahun 1989...kamu jangan cuba mempertikaikan parti darah daging aku itu.....masuk PAS ???ngeh...geli aku...dan jangan sebut pasal PAS dengan aku...Itulah kata-kata yang keluar dari mulut kawan saya itu. Berbalik kepada pendapat saya itu....kalaulah Musa Hitam berubah angin dan membuat pengumuman untuk menyertai KEADILAN..., bagaimana agaknya kedudukan UMNOOO Johor waktu itu ???. Saya berpendapat akan punah ranah UMNOOO di Johor waktu itu dan kebangkalian untuk UMNOOO Johor tumbang adalah 85% di pemilu akan datang. Harap-harap pendapat saya ini menjadi kenyataan sebab saya anak Johor!!.

Kepada KEADILAN dan PAS, perbanyakkan lagi ceramah di semua ceruk kampung di Johor ini sebab dari tinjauan saya mendapati rakyat di Johor ini terlalu kurang pendedahan serta maklumat yang tepat untuk di perolehi.

KALAU MAHU ISLAM KEKAL HINGGA KIAMAT DI MALAYSIA INI, SOKONGLAH BARISAN ALTERNATIF.

MAT INDERA... junior ??

p/s YAB. Parit Sulong kalau balek tu, tengok-tengoklah jalan di sana...ada kolam di tengah jalan raya tau....43 tahun merdeka, tapi kemudahan infrastruktur masih tak sempurna. Janganlah di dewan rakyat pandai boo orang sahaja, tempat sendiri macam mana...????. Gerakgeri kamu kami dalam perhatian kami di sini. --


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com