Mudin telah mengumumkan bahawa pemuda Parti Dacing akan
berkumpul di stadium pada 11 Januari ini untuk menyatakan bantahan
terhadap Suqui. Hisham Conet sangat
gembira kerana diberi peluang untuk membodek Dr. M.
Hisham Conet mengarahkan pengikutnya di Johor, "Untuk menyatakan taat
setia kita, aku mau awak semua pergi Stadium Kuala Lumpur secara
konvoi berbasikal!"
Pengikutnya Hisham mengeluh kerana membayangkan kepenatan yang
bakal mereka alami gara-gara gimik yang dirancang oleh Hisham
Conet. Namun begitu mereka punya kepentingan, mereka terpaksa
akur dengan Hisham Conet.
Salah seorang dari mereka memberi
syarat, "Kami sanggup berbasikal ke Kuala Lumpur dengan syarat
Tuan Hisham Conet juga menyertai kami. Boleh?!" Hisham Conet
menjawab acuh tak acuh,"Errrr......Boleh! No problem."
Apabila pengikutnya sudah balik, Sanusi terus menelefon Pak Lelah Agen
Pengeluar Permit Perhimpunan. " Hello, Agen! saya nak minta
kansel perhimpunan Pemuda Dacing. Jangan bagi permit!" Pak Lelah
bertanya, "Apasal pulak? Hari tu, ye ye sangat."
Hisham pun menjawab dalam berbisik, "Orang aku mau aku
berbasikal, actually aku tak tau naik basikal."
Pak Lelah membalas, "Ikut you la."(Itu pasallah Perhimpunan Pemuda
Dacing di batalkan. Isu keselamatan tu alasan aje. Debat yang dijadual pun dibatalkan sekali kerana
Pak Lelah dah rabung terus kansel aje..)
This product is protected by copyright laws.
Copyright © 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com
----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.