Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


CABARAN 'HUDAIBIYAH' & 2004

Mursyidul Am PAS YM Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat (TGNA) merestui pertemuan Pemimpin Pusat PAS dengan MKT UMNO dan PAS hendaklah mengambil contoh Perjanjian Hudaibiyah, dan telah mengambil keberkesanan PAS Kelantan mendapat semula kelantan sebagai contoh kejayaan Mutakhir. (Pengumuman resmi di perhimpunan Markas PAS Pendang pada13.1.01).

Yang demikian, ahli PAS tiada perlu ada perbedzaan pendapat mengenainya, melainkan 'dengar dan taat' akan amanat TGNA sebagai Khalifah (Pucuk Pimpinan Tertinggi) dalam PAS berpandukan Syariat Islam. Ahli-ahli PAS bukan sekadar taat bahkan perlu melaksanakan amanah dan mempertahankan ketetapan tersebut. Ini adalah tuntutan yang sememangnya menjadi amalan didalam Syariat Islam yang mewnghendaki ahli/pengikut memberikan kesetiaan kepada Pemimpin/Khalifah dalam apa juga keadaan selagi tidak diperintah kepada yang menentang Allah dan RasulNya atau berbuat yang dilarang olehNYa.

Penyokong yang bukan ahli ataupun rakan-rakan BA yang telah menyatakan sedia bekerjasama juga wajar menghayati kandungan Hudaibiyah dan amanat tersebut kerana ia merupakan halatuju perjuangan siasahNya diMalaysia menjelang 2004.

PENGHAYATAN

'Hudaibiyah' adalah satu perjanjian diantara Rasulullah SAW dengan kaum KAFIRIN ( Quraish ) Mekah.

1: Rasulullah SAW adalah Nabi yang Maksum dan memimpin Para Sabahah RA yang MUKMIN: berhadapan dengan Kafir (Quraish), iaitu golongan yang menentang Islam yang diperjuangkan oleh RasululLah SAW.

2: Pendekatan Hudaibiyah itu juga merupakan 'pelan tindakan/kerja' yang telah berjaya memenangkan PAS diKelantan dan kemudian Terengganu sebelum 1969 dan kemudian 1990 hinggalah yang mutakhir 1999.

Dua perkara dasar tersebut adalah merupakan suatu amanah yang mesti dipikul oleh bahu seluruh ahli PAS dan yang meyokongnya termasuk BA (seharusnya) yang memihak kepada perjuangan PAS tanpa ada perbedzaan keturunan kerana Dasar Islam yang PAS bawa adalah untuk keadilan sejagat tanpa batasan. Bedzanya, penyokong BA bukan Islam tidaklah perlu gusar dengan apa-apa 'ketaatan dalam hal ibadat dan hukum Islam' (boleh amal jika mahu, tidak ada paksaan). Ini kerana, mereka memaang mendapat perlindungan kerana persetujuannya turut menerima apa yang PAS perjuangkan. Syariat Islam tidak ada ancaman kepada mereka (bukan Islam) yang mahu berbaik-baik,kerana Islam adalah Selamat, ianya bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam yang dibenarkan Hidup Berharmoni dalam perpaduan dan keadilan sejagat dalam apa juga kemajuan dan pembangunan. Islam adalah 'Selamat' untuk seluruh alam tanpa ada perbedzaan keturunan dan negara.

( Nota: Perjanjian Hudaibiyah: Kafir (Quraish)Mekah pada waktu itu adalah mereka yang terdiri dari sebangsa dengan Rasulullah SAW dan Para Sahabah RA (orang Mukmin @ mentaati Allah dan RasulNya) yang menentang amalan Islam yang Nabi SAW bawa.

SEDANGKAN orang-orang bukan Islam diMalaysia hari ini tanpa mengira keturunan didapati tidak menentang orang-orang Mukmin (yang mentaati Allah dan RasulNya) dan mereka adalah bukan Islam yang mendapat perlindungan dan mempunyai hak hidup rukun damai serta menikmati apa juga tatacara kehidupan mengamalkan agama atau budaya mereka serta kemajuan dan pembangunan yang diperlukan oleh kehidupan sehari-hari.

Pendekatan Hudaibiyah yang PAS buat adalah arahan kepada ahli-ahlinya sebagai kesediaan bermuzakarah dengan UMNO sekiranya memenuhi syarat yang PAS tetapkan adalah suatu proses kearah memertabatkan amalan Islam dan menjaga kepentingan semua keturunan masyarakat rakyat jelata Malaysia dalam semua hal rohani dan jasmani. Ketidak-fahaman serta fanatik buta dengan fikiran dan budaya Barat yang memang anti-Islam telah menggambarkan dengan fakta sejarah yang salah kerana kepentingan siasah mereka sendiri).

Apabila TGNA dan pemimpin PAS sepakat meletakan panduan kerja yang tersebut, maka semua ahli-ahli PAS mempunyai tanggungjawab bagi menjalankan amanah tersebut melalui 'akhlak dan tuntutan Hudaibiyah serta contoh mutakhir kejayaan PAS Kelantan'.

Dua perkara yang perlu diambil kira bagi melaksankan tanggungjawab menjana kemenangan PAS dan BA menjelang 2004 ialah:

1. Ahli-ahli PAS hendaklah melaksanakan ketaatan kepada amanah Allah yang telah diperakui sebagai seorang yang Mukmin dalam menjalani kehidupan sehari-hari menepati Kitabullah dan Sunnah Rasul yang mestilah menjadikan dirinya sebagai tenaga Mukmin yang 'Taqwa dan Sabar' mengikut ketetapan Allah dan RasulNya.

( Bukan semakna dengan difinasi 'kamus' dan tafsiran 'circular' yang menentang dan mempersenda Islam kerana kejahilan dan kesombongan mereka ). Bagi mereka penyokong yang bukan Islam dalam BA, mereka juga perlu mengekalkan sistem kerja yang beretika menjurus kearah 'keadilan sejagat' yang mereka sendiri gariskan mengikut kepercayaan agama dan budaya mereka sedangkan peribadatan dan keyakinan (akidah) adalah sesuatu yang menjadi hak individu.

Pokoknya, apa yang PAS dan BA perjuangkan mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan keadilan sejagat melainkan 'akidah' dan amal peribadatan yang berbedza.

2. Ahli-ahli PAS dan umat Islam dalam BA selain dari dipantai Timur perlu 'hijrah' cara bekerja menghadapi siasah tempatan dan pilihanraya dari seorang pekerja parti sekadar Islam keturunan kepada Islam Mukmin dalam apa juga keadaan kehidupan sehari-hari sebagaimana yang telah dimandatkan oleh TGNA mengambil contoh Kelantan yang mana mereka telah melaksanakan 'Hudaibiyah' sejak dahulu lagi.

Ini tidak bererti memansuhkan cara bekerja yang diamalkan oleh tenaga Ilmuan, cendikiawan atau 'koperat' yang ramai dipantai Barat, ianya tidak berhalangan selagi menepati Syariat Islam, pun demikian contoh PAS Kelantan dengan 'modul' Hudaibiyahnya adalah utama sebagai garis pandu-tuju menjana kejayaan PAS/BA 2004.

Yang pasti, 'modul' kerja Hudaibiyah yang PAS Kelantan buat berpandukan Syariat Islam bukan sekadar sesuai untuk Kelantan, sebaliknya ia adalah sesuai untuk semua keadaan dan tempat, kerana melalui penghayatan Perjanjian Hudaibiyah dalam usaha memenangkan siasahNya adalah yang diterima oleh seluruh umat manusia menjalani kehidupan sehari-hari.

Al Qur'an dan Sunnah Rasul adalah siasah YANG BUKAN dicipta oleh mana-mana manusia bernafsu melainkan ia adalah semua sistem atau modul yang ada dahulu dan sekarang kepada yang mahu mengerti.(mys)

( Tactful Alternative Care Task )


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com