Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat - Perutusan [6]

PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [6]

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

52. Hari Ponggal yang jatuh pada 14 Januari ini merupakan sambutan masyarakat beragama Hindu bagi merayakan satu permulaan baru. Di segi sejarah, Hari Ponggal adalah sambutan hari menuai hasil tanaman dan pertanian bagi masyarakat Hindu.

53. Bagi penganut agama Hindu, Hari Ponggal melambangkan kemakmuran dan juga satu permulaan baru ke arah kejayaan dan kesejahteraan.

54. Masyarakat Hindu di negara ini yang masih kukuh mengekalkan tradisi beragama menganggap Hari Ponggal sebagai satu mercu penting dalam dukungan mereka hidup bermasyarakat. Mereka melihat ke arah suatu permulaan yang membawa perpaduan dan kerjasama antara seluruh anggota masyarakat.

55. Kaum India beragama Hindu yang tidak tertinggal melibatkan diri dalam reformasi sosio-ekonomi dan politik negara juga berpendirian bahawa Hari Ponggal kali ini menjanjikan satu pembaharuan dalam kepemimpinan dan pentadbiran "Ke Arah Malaysia yang Adil"

56. Bagi menghargai sokongan dan dokongan masyarakat Hindu terhadap perjuangan reformasi, sambutan Hari Raya pada 20 Januari ini sekali gus diadakan bagi meraikan rakan-rakan penganut Hindu negara ini yang menyambut Hari Ponggal pada 14 Januari 2001.

57. Dengan itu Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan di kalangan penganut Hindu untuk ramai-ramai turun menghadiri sambutan Hari Raya pada 20 Januari di Kampong Medan, Telok Panglima Garang, Selangor.

58. Kehadiran masyarakat India beragama Hindu dalam sambutan Hari Raya yang bakal dihadiri oleh lebih 100,000 rakyat ini bukan sahaja membuktikan bahawa reformasi sosio-ekonomi dan politik di negara ini menjurus ke arah perpaduan kaum tetapi juga ianya akan mewujudkan interaksi dan dialog sihat antara penganut pelbagai agama di negara ini.

59. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat kali ini yang bertujuan untuk menghimpunkan masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama menjadi satu kenyataan. Ini kerana sambutan Hari Raya kali ini juga meraikan rakan-rakan yang beragama Kristian dengan Krismas mereka, rakan-rakan Cina dengan sambutan Tahun Baru Cina mereka dan rakan-rakan penganut Hindu dengan sambutan Hari Ponggal mereka.

“Kembalikan Hak Rakyat”

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
Raya100000Rakyat@mailandnews.com
5 Januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com