Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat - Perutusan [17]

PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [17]

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

139. Ketua Jawatankuasa Kerja selaku tuan rumah dan merangkap Ketua keADILan Bahagian Kuala Langat, Sdr Asmadi Mohd Salleh telah memaklumkan kepada saya tadi bahawa permit polis bagi menganjurkan Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat di Kampong Medan, Telok Panglima Garang pada 20 Januari ini telah pun diterima dengan rasminya.

140. Surat rasmi permit polis tersebut bertarikh 18 Januari 2001 dengan No. Rujukan LMAF149/2000DLM61/17 ditujukan kepada En Mohd Sofian Mohd Yunus, Setiausaha Bahagian keADILan Kuala Langat di atas mana permit tersebut dipohon pada 26 Disember lalu.

141. Surat rasmi tersebut dilulus dan ditandatangani oleh Superintenden Abdul Malek Harun, Ketua Polis Daerah Kuala Langat. Surat rasmi itu bertajuk "Lesen untuk Mengadakan Perhimpunan/Perjumpaan di dalam Daerah Polis Kuala Langat bawah Akta Polis 1967"

142. Lesen tersebut menyatakan : "Waktu ke Majlis 2:00 hingga 7:00 petang"

143. Lesen tersebut juga menyatakan syarat: "Tiada sebarang ceramah atau ucapan"

144. Surat daripada Ketua Polis Daerah Kuala Langat itu juga menyatakan: "Pelesen hendaklah menentukan tiada sebarang kenderaan diletakkan sepanjang 1 kilometer kiri dan kanan jalan besar Klang-Banting"

145. Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas langkah profesional pihak polis Selangor dan Daerah Kuala Langat yang telah meluluskan permohonan bagi menganjurkan perhimpunan/perjumpaan tersebut.

146. Jawatankuasa juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat pencinta keadilan kerana menunjukkan sikap yang konsisten untuk menghadiri perhimpunan-perhimpunan aman. Kita percaya tindakan profesional pihak polis akan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kembalikan Hak Rakyat”

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
Raya100000Rakyat@mailandnews.com
18 Januari 2001
bersamaan dengan 23 Syawal 1421


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 19 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com