Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat - Perutusan [15]

PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [15]

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

131. Disertakan di bawah peta menyeluruh tunjuk arah dari Utara dan Selatan ke lokasi Perhimpunan Raya 100.000 Rakyat. Peta secara kasar menunjukkan tunjuk arah kasar dua jalan utama ke tapak lokasi, iaitu Lebuhraya PLUS dan jalan pantai Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

132. Lokasi sasaran adalah TPG, iaitu Telok Panglima Garang. Pilihan jalan pantai sama ada dari utara mahupun selatan, akan membawa anda terus ke Telok Panglima Garang. .

133. Jalan-jalan pilihan menggunakan Lebuhraya PLUS dari arah utara adalah:

1. Keluar di NKVE terus ke Klang untuk ke Telok Panglima Garang

2. Keluar di NKVE terus ke Lebuhraya KESAS dan keluar di Persimpangan Banting-Klang

3. Keluar ke Federal Highway terus ke Lebuhraya KESAS dan keluar di Persimpangan Banting-Klang

4. Keluar ke Lebuhraya KESAS dan keluar di Persimpangan Banting-Klang

134. Sekiranya menggunakan Lebuhraya PLUS dari arah selatan, gunakan susur keluar Persimpangan KLIA untuk menuju ke Lebuhraya KESAS dan keluar di Persimpangan Banting-Klang.

“Kembalikan Hak Rakyat”

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
Raya100000Rakyat@mailandnews.com
17 Januari 2001
bersamaan dengan 22 Syawal 1421


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 19 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com