Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat - Perutusan [11]

PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT

Perutusan [11]

Assalamu'alaikum dan Salam Reformasi,

100. Dalam suasana menyambut Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat kita melihat di sana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Barisan tertinggi Barisan Alternatif yang terdiri daripada YB Dato' Ustaz Fadzil Mohd. Noor (Presiden, PAS), YB Haji Mustafa Ali (Naib-Presiden, PAS), YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden, keADILan), Dr. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden, keADILan), Sdra. Lim Kit Siang (Pengerusi, DAP), YB Kerk Kim Hock (Setiausaha Agung, DAP), Dr. Syed Husin Ali (Presiden, PRM) dan Dr. Sanusi Osman (Setiausaha Agung, PRM) apabila dengan hormatnya menjemput Barisan Nasional (BN) menghadiri Persidangan Meja Bulat untuk membincangkan cabaran-cabaran genting yang dihadapi negara hari ini. Para pemimpin daripada semua parti komponen dalam BA dan BN juga perlu menghadiri persidangan tersebut.

101. Menyentuh krisis yang sedang melanda negara, Majlis Presiden BA menyatakan: "Terutama sekali kerana krisis inilah maka sebahagian besar penyokong UMNO dan BN telah mengalihkan sokongan atau kesetiaan mereka kepada BA. Sangat silap untuk mentafsirkan peralihan ini sebagai perpecahan di kalangan orang Melayu. Oleh kerana peralihan ini berhubung dengan keseluruhan cabaran utama, ia tidak dapat diselesaikan dengan mengadakan perbincangan tentang perpaduan Melayu semata-mata. Isu penting yang menghadapi rakyat hari ini bukannya perpaduan Melayu akan tetapi integriti pimpinan kebangsaan dan kejujuran komitmen mereka kepada keadilan dan demokrasi."

102. Kenyataan tersebut menambah: "Oleh kerana inilah maka pimpinan Barisan Alternatif yang bermesyuarat di Petaling Jaya pada 8hb Januari 2001 membuat keputusan untuk mengambil daya utama mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan isu ini dan mencari penyelesaian kepada krisis yang menggugat negara kini. Adalah menjadi harapan ikhlas BA agar pimpinan BN menerima jemputan ini. Apabila ada tanda bahawa pimpinan BN memberikan respons yang positif, Sekretariat BA akan menghubungi Setiausaha Agung BN untuk menguruskan hal-hal teknikal berhubung pertemuan ini"

103. Sementara itu dalam kenyataannya terhadap pelawaan Dr. Mahathir untuk berbincang tentang isu perpecahan Melayu, Presiden keADILan dalam kenyataannya menyebut: "Parti Keadilan Nasional (keADILan) menolak pelawaan Perdana Menteri untuk berbincang isu yang disandarkan atas premis perpecahan orang Melayu kerana Parti Keadilan Nasional (keADILan) berkeyakinan bahawa apa yang berlaku ialah anjakan sokongan orang Melayu dari UMNO kepada Barisan Alternatif. Isu utama hari ini ialah krisis keyakinan terhadap pucuk pimpinan negara dan juga isu-isu besar yang lain seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, keganasan polis, pengurusan ekonomi yang lemah dan sistem kehakiman yang dibolosi oleh kuasa eksekutif. Parti Keadilan Nasional (keADILan) bersetuju supaya isu-isu utama negara ini harus mendapat perhatian yang segera daripada semua pihak."

104. Sesuai dengan dasar parti dan selaras dengan agenda Barisan Alternatif, Presiden keADILan menambah: "Parti Keadilan Nasional (keADILan) juga ingin menegaskan bahawa sebagai sebuah parti berbilang kaum, kami senantiasa mengambil sikap terbuka untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia."

104. Hjh Fuziah Salleh, Ketua Wanita KeADILan, dalam kenyataan sempena penyerahan petisyen "Bebaskan Anwar" kepada wakil PBB baru-baru ini menyatakan: "The sacking of Anwar as Deputy Prime Minister and Deputy President of the ruling United Malays National Organisation (UMNO) and his subsequent arrest, assault and imprisonment are tantamount to a travesty of justice. He has been subjected to farcical trials which have outraged the international judicial and legal fraternity. It is obvious to all and sundry that Anwar is a victim of malicious, vicious political persecution. He posed a challenge to Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad’s authoritarian might and the corruption and cronyism that taint his regime. This is why he had to be removed from position and power. This is why he languishes in prison today. This is why the international community has to respond to the injustice perpetrated against the man."

105. Hjh Fuziah menambah: "Anwar was a good and capable leader with a sincere commitment to the well-being of the people, especially the poor and the marginalized. It explains why the nation was shocked when he was expelled from public office. Malaysians had been eagerly awaiting the day when he would succeed the present Prime Minister in the normal political process, and we still feel very emphatically that he is the best candidate for the post. As women – and we are confident that we speak on behalf of an overwhelming majority of Malaysian women – we were shocked and appalled at the injustice and sheer cruelty inflicted upon Anwar and consequently also on his family."

106. Ini bermakna, apalah ertinya Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong UMNO bercakap tentang perpaduan Melayu sedangkan kezaliman yang sedemikian rupa terhadap Anwar Ibrahim dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan. Bahkan Dr. Mahathir sendiri bertanggungjawab dalam memburukkan lagi rekod negara ini dalam hal-ehwal hak-hak asasi manusia.

107. Dr Xavier Jayakumar, seorang ahli MPT Parti keADILan Nasional dalam rencananya "Perpaduan Malaysia" menyatakan: "To talk only on unity within a race –(rather than between the races) is the wrong path to take! We should be teaching our children about Malaysia, about the cultures and languages of all the races. Teach them about trust and how to live together. Unity talk only within a race will give rise to fear and threaten the other races."

108. Beliau menambah: "There are so many things that need our urgent attention: the racial imbalance in the civil service, problems in the Judiciary, the Police Act, the plight of the marginalised (regardless of race), make parliament more accountable, monthly wages, civil liberties, the problem of dubious bailouts . .. . the list is endless. And yet we sit around talking about unity! "So let us not talk about Malay Unity when all Malaysians are not included. Feelings of oneness can only come when there is goodness and fairplay. It cannot be created by legislation, mere words or even by force. Let’s begin this millennium with a wholistic idea of unity – Malaysia for all Malaysians."

109. Menyentuh isu perpaduan, demokrasi dan hak rakyat, Sdr Muzaffar Tate dalam terbitan ALIRAN Monthly menyingkap kembali perhimpunan di Lebuhraya KESAS pada 5 November lalu dengan tajuk "Without Exaggeration Reflections on the "Illegal Gatherings" in the Kelang Valley on 5 November 2000 Beliau menafikan bahawa rakyat yang turun ke Lebuhraya KESAS sebagai golongan fanatik yang tidak bertanggungjawab terhadap negara, sebaliknya Sdr. Muzaffar Tate menegaskan: "To the contrary, we were a gathering of thinking Malaysians who are deeply concerned by the way in which our fundamental rights as citizens have been steadily eroded under the Mahathir regime. We did not come to contest the will of the majority of the people as expressed in the last general election, but to demand the restoration of our civic rights - a matter which should be of concern to all Malaysians who believe in democracy. We did not come armed with sticks and parangs (machetes); our only weapon was a small round pink badge with the words Kembalikan Hak Rakyat (Restore the People’s Rights) inscribed upon it, which quite a number of us wore."

110. Turut menarik adalah komentar Anil Netto juga dalam ALIRAN Monthly dengan tajuk Driving for Democracy Reformasi "takes over" the Kesas Highway. Katanya: "History being made. We were no where near the ceramah site. But no one seemed to mind too much. Something miraculous had happened and we knew we were witnessing – and were indeed a part of – history being made. A horrendous traffic jam had suddenly been transformed into an impromptu highway reformasi demonstration! People all along the highway were revelling in Malaysia’s longest demonstration – surely something for the Malaysia Book of Records – and relishing this overwhelming display of People Power. The People had “taken over” the Kesas highway.

111. Tambahnya: "No matter that most of the reformasi supporters could not be at the actual ceramah (forum) site. There, the leaders of the four main opposition parties - Anwar’s wife Wan Azizah Wan Ismail of keADILan (the National Justice Party), Fadzil Noor of PAS (the Islamic Party), Lim Kit Siang of the Democratic Action Party, and Syed Husin Ali of Parti Rakyat Malaysia (Malaysian People’s Party) - were delivering speeches. As soon as they had finished, police fired tear gas into the crowd"

112. Lebih menarik adalah apa yang dinyatakan oleh Anil dalam penutupnya " One thing was clear that afternoon. Those who felt that reformasi would fade away with time had been proven wrong in a way that could not possibly have been more emphatic."

113. Di atas pendirian pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif dan pandangan aktivis reformasi di atas, Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat menyeru seluruh rakyat untuk menyertai perhimpunan sambutan Hari Raya dan perayaan pelbagai kaum dan agama di Telok Panglima Garang pada 20 Januari 2001 ini. Semoga kehadiran rakyat pelbagai kaum dan agama akan mengembalikan usaha kita ke arah mewujudkan perpaduan nasional yang sejati. Kehadiran 100,000 rakyat di Kg Medan juga akan membuktikan bahawa rakyat negara ini masih gigih memperjuangkan keadilan, demokrasi dan teguh berjuang untuk "Kembalikan Hak Rakyat" di samping bersama-sama menyambut sambutan Hari Raya serta sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama ke arah perpaduan yang lebih bererti untuk seluruh rakyat negara ini.

“Kembalikan Hak Rakyat”

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
Raya100000Rakyat@mailandnews.com
11 Januari 2001
bersamaan dengan 16 Syawal 1421


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com