Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pemuda BA buat laporan polis terhadap Mahathir

Oleh Hafiz Baqi

Sepang, 27 Jan(Hrkh) - Pemuda Barisan Alternatif (BA) membuat laporan polis terhadap dua pemimpin tinggi kerajaan Perdana Menteri,Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan,Daim Zainuddin serta bekas pemilik Malaysian Airlines System Bhd.(MAS),Tajuddin Ramli kerana salahguna kuasa dan rasuah dalam kes pembelian balik saham MAS oleh kerajaan.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, Kerajaan melalui Menteri Kewangan dikatakan telah membeli balik 29.9 peratus ekuiti yang dimiliki oleh Tajuddin dalam MAS dengan harga RM8 sesaham atau 1.792 billion, harga yang tidak munasabah kerana mengikut harga pasaran ekuiti hanya beharga RM3.62 sesaham.

Pemuda BA juga mendakwa ketiga-tiga mereka telah mengkhianati rakyat apabila menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KEAP)untuk membeli saham itu ketika MAS berada dalam keadaan rugi dengan menangung hutang berbillion ringgit dan hampir bankrup

Pemuda BA itu yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS,Mahfuz Omar bersama Ketua Pemuda KeADILan,Ezam Mohd Nor,Ketua Pemuda PRM,Faizal Sanusi,Exco-Exco pemuda parti dalam BA turut diiringi oleh 2000 rakyat yang menyokong tindakan tersebut.

Sebelum laporan dibuat semua penyokong berkumpul di Masjid KLIA untuk solat zohor dan solat hajat kemudian mendengar ucapan dari Pemimpin Pemuda BA di perkarangan masjid sebelum mereka berarak beramai-ramai menuju ke Balai Polis KLIA.

Mahfuz dalam ucapannya selepas solat di masjid itu, mengajak semua rakyat memberi sokongan untuk mencegah jenayah yang dibuat oleh peminpin tertinggi kerajaan.

"Laporan kita buat ini merupakan satu tindakan untuk menyelamatkan negara dan wang rakyat. "Walaupun mahkamah tidak menghukum mereka tetapi kita rakyat tetap akan menghukum mereka,"tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan akan mengambil tindakan yang lebih tegas lagi jika pihak polis tidak berbuat apa-apa tindakan dalam tempoh dua minggu dari laporan ini dibuat.

Sementara itu Ezam menjelaskan, laporan ini merupakan langkah pertama Pemuda BA dalam agenda 2001 dan sebagai jawapan kepada pelawaan Perdana Menteri untuk membincangkan isu perpaduan Melayu.

"Rakyat perlu tahu isu utama negara ialah masalah penyalah gunaan kuasa dan rasuah yang semakin teruk dilakukan oleh peminpin kerajaan."kata beliau.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com