Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rombakan kabinet: Kredibiliti Ahli Parlimen BN dipertikai

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyifatkan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sebagai satu usaha untuk mengatasi kebangkrupan idea ahli-ahli kabinet yang sedia ada yang gagal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh kerajaan.

Ketuanya, Haji Mahfuz Omar berkata, rombakan tersebut menggambarkan bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat BN tidak berkualiti sehingga Perdana Menteri terpaksa mengambil ahli Dewan Negara sebagai anggota kabinet bahkan terpaksa melantik senator baru untuk membolehkan mereka dilantik sebagai anggota kabinet.

Katanya, perlantikan beberapa orang senator sebagai anggota kabinet yang baru ini menjadikan jumlah anggota kabinet dari kalangan ahli Dewan Negara bertambah.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Pendikar Amin Mulia dan Senator Daruk Paduka Hamid Othman; Menteri Pendidikan, Senator Tan Sri Musa Mohamad; Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Senator Tan Sri Kasitah Gadam serta beberapa timbalan menteri dan setiausaha Parlimen dilantik sebagai anggota kabinet.

Dengan perlantikan Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, Senator Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur, Senator Datuk M Kaveyas dan Senator Datuk Zainuddin Maidin ini, jumlah ahli Dewan Negara bertambah dalam kabinet kerajaan.

Ujar beliau, perlantikan tersebut secara tidak langsung menafikan kebolehan dan kemampuan ahli-ahli Dewan Rakyat BN.

"Penafian secaya senyap ini secara tidak langsung menjadi suatu penghinaan kepada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Parlimen. Sebelum ini, Perdana Menteri juga pernah menafi kebolehan Adun Selangor apabila melantik Datuk Seri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar selepas Tan Sri Mohamad Mohd Taib meletak jawatan.

"DPP Pusat merakamkan takziah kepada BCC kerana terpaksa menghadapi zaman gelap apabila tidak mendapat keyakinan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.com.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com