Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pengundi hantu: Lima dibicara 18 Feb

KULIM, 3 Jan (Hrkh) - Pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan Ahli MKTnya, Azmin Mohd Ali akan disebut semula pada 18 Februari depan bersama tiga lagi pemimpin Keadilan.

Pendakwaan ke atas mereka berdua disebut buta kali pertama hari ini di Mahkamah Majistret Kulim berikutan penahanan bas pengundi hantu dalam pilihan raya kecil Lunas sebelum ini.

Kes kedua-dua mereka disebut di hadapan Majistret Norisham Ismail manakala pendakwaan dibuat oleh Azman Abdullah dan Lukman Zainudin.

Sebelum ini, Naib Presdien Keadilan, Tian Chua, Ketua Penerangan, Ruslan Kasim dan ahli MKT, N Gobalakrishnan turut didakwa di mahkamah yang sama.

Mereka didakwa di bawah Kanun Keseksaan di atas tuduhan berhimpun secara haram serta bertindak mengurung dan membuang hak pemandu bas semasa pilihan raya kecil Lunas.

Azmin dibela oleh P V Prabakaran manakala Ezam dibela oleh Mohd Yunus Sharif. Sementara itu, seorang ditahan oleh polis di perkarangan mahkamah hari ini dan dipercayai di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kulim.

Mohd Khairul Ramli ditahan oleh polis kira-kira jam 12.50 tengahari.

Lebih 200 orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar berada di perkarangan mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada Ezam dan Azmin.

Mereka bersurai selepas diberikan amaran terakhir oleh polis yang lengkap dengan kenderaan pemancut air kira-kira jam 1.00 tengahari.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com