Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahfuz saman Berita Harian RM60 juta

Oleh Ismail Hashim

POKOK SENA, 2 Jan (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar mengemukakan saman terhadap Berita Harian dan pencetaknya sebanyak RM60 juta kerana salahlapur berita yang menjejas reputasinya.

Saman itu dibuat ekoran akhbar itu menuduh Mahfuz mencabar Ahli Parlimen BN dari Tampin, Shahziman Abu Mansur bertumbuk ketika membahaskan usul tindakan ganas polis semasa perhimpunan 100,000 rakyat di Parlimen November lalu.

Mahfuz mendedahkan perkara itu semasa berucap dalam ceramah di Alor Penyengat dalam Dun Tanjung Seri dekat sini bersama-sama dengan Naibnya, Saudara Salahudin Ayub dan Setiausaha Penerangan kawasan, Saudara Zulkifli Ismail.

"Saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Hanipa Maidin berbuat demikian kerana pihak kami mempunyai bukti yang cukup berdasarkan hansard parlimen yang menunjukkan yang mencabar bertumbuk adalah ahli parlimen BN itu, bukan saya," tegasnya.

Dalam laporan itu, Berita Harian melapurkan bahawa Mahfuz yang mengajak anggota Parlimen BN itu bertumbuk di luar dewan padahal Shaziman yang mencabar Mahfuz dan Mahfuz hanya menyahut cabaran itu.

Menurut Setiausaha Pemuda PAS, Ustaz Idris dalam kenyataan awalnya semasa Mahfuz berada sebulan dalam penjara, laporan akhbar itu merupakan tindakan fitnah yang disengajakan di samping berniat jahat untuk memalukan Haji Mahfuz dan PAS.

Harakah telah mendapat pengesahan daripada Saudara Hanipa dan menyatakan jika, Berita Harian dan pencetak gagal memohon maaf dalam masa 14 hari dan membayar saman itu, isu itu akan difailkan ke mahkamah.

Sebelum itu pada petang hari, Mahfuz dan Salahudin telah diraikan dalam Majlis Jamuan Pejuang sempena 'Idil Fitri anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena di Pejabat PAS Kawasan di Alor Senibong.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com