Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Syed Razak letak jawatan ?

Oleh Ismail Hashim

ALOR SETAR, 2 Jan (Hrkh) : Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Zain Barakbah akan meletakkan jawatan daripada jawatan itu dalam masa terdekat ini kerana ditekan selepas BN tewas kepada Barisan Alternatif dalam pilihan raya kecil Lunas 29 November tahun lalu.

Spekulasi itu bertiup kencang di kalangan wartawan akhbar kerana beberapa perkembangan mutakhir seperti Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob sendiri terpaksa hadir dalam mesyuarat Umno Kedah menunjukkan keupayaan Syed Razak telah diragui.

Isu ini timbul apabila tersiarnya berita mengenai peletakan jawatan Syed Razak itu oleh dua akhbar China iaitu Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily.

Antara yang menjadi hambatan dan ayunan kepada Syed Razak adalah masalah dalaman Umno di mana beliau dikatakan gagal mendapat penghormatan daripada ketua-ketua bahagian Umno yang lebih senioritinya dari beliau.

Namun Syed Razak menafikan semua berita yang disifatkannya tidak tahu dari mana puncanya itu dalam satu sidang akhbar di sini, tetapi ianya gagal meredakan keadaan.

Ketika ditanya adakah beliau akan teruskan juga khidmatnya sebagai menteri besar sedangkan mendapat tentangan dalaman dari Umno sendiri, kalah di Lunas dan sebagainya, beliau tidak menjawab soalan itu.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak Disember 1999 selepas bekas MB Kedah lalu, Tan Sri Sanusi Junid melepaskan jawatan kerana bertanggungjawab atas kekalahan BN kepada PAS di Kedah dalam pilihan raya umum ke 11 lalu.

Dalam pilihan raya itu, PAS telah menang sebanyak lapan kerusi dari 15 kerusi parlimen dan 12 dari 36 kerusi dewan undangan negeri membuktikan rakyat sudah tidak mahu lagi kepada BN.

BA menambahkan lagi bilangan Adun mereka dengan kemenangan calun KeADILan, Saudara Saifuddin Nasution mewakili N34 Lunas setelah menewaskan calun BN, S Anthonysamy dua bulan lalu.

Para pemerhati politik Kedah juga menyifatkan Syed Razak gagal menunjukkan prestasi terbaik dalam pentadbiran Kedah apatah lagi beliua banyak meneruskan projek Mat Jenin peninggalan menteri besar lalu.

Semua Adun PAS Kedah melahirkan rasa tidak puas hati dengan penggulungan kepada perbahasan belanjawan 2001 awal Disember lalu kerana banyak persoalan yang tidak dijawab dan lalngsung tidak disentuhnya.

Seorang ahli biasa PAS berkata, bukan atas dasar riak tetapi semua Adun PAS di Dewan Undangan Negeri Kedah adalah berkelulusan tinggi daripada Menteri Besar Kedah kerana itu beliau dilihat gagal berperanan oleh Umno senior.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 3 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com