Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dari Hamid ke Hamid

Kalau dilihat pada hasil rombakan kabinet yang diumumkan Mahathir Mamak dua hari lepas, sangat ketara bahawa kerajaan BN (Bakul Najis) sudah tidak punya modal lagi. Tidak ada lagi manusia bermutu yang boleh diketengahkan. Contoh yang paling ketara apabila menggugurkan Hamid Seman dan menggantikan tempatnya dengan Hamid Jena. Hamid Jena yang tidak punya kelulusan akademik setingkat dengan Hamid Seman itu pada hakikatnya untuk mentadbir Jakim saja suah tidak layak. Ini kan diserah pula tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Para jemaah solat Jumaat di Masjid Negara masih ingat lagi ketika Hamid Jena jadi khatib pernah diboo oleh jemaah ketika dia sedang menyampaikan khutbah. Apakah orang seperti ini layak untuk menjadi menteri yang mengurusi masalah agama Islam.

Ketika memilih calon penggani Hamid Seman, Mahathir Mamak menghadapi dilema. Di mana dia harus memilih dua orang yang sama-sama tidak bermutu. Yakni di antara Hamid Jena dan Noh Gadot, sang mufti Johor. Kedua tokoh ini sama-sama tidak layak. Oleh kerana Hamid Jena berpejabat lebih dekat dengan pejabat Mahathir Mamak, maka tidak ada pilihan lain. Gadot terpaksa dilupakan, dan Jena terpaksa diangkat dengan perasaan berat.

Masalah Shahrizat pula, juga nampak sebagai satu pemborosan. Apakah untuk mengurusi hal ehwal wanita saja diperlukan sebuah kementerian? Ini adalah langkah bodoh Mahathir Mamak yang suka menghambur-hamburkan wang rakyat untuk para kroninya. Untuk mengurusi masalah wanita cukup dengan seorang menteri di jabatan perdana menteri, yang khusus menangani masalah bersangkutan. Tidak perlu menubuhkan sebuah kementerian baru.

Diharapkan perubahan akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ternyata hanya memberikan keuntungan kepada segelintir manusia yang dekat dengan Mahathir. Kalaulah begini caranya Mahathir Mamak mentadbir negara, maka tunggulah negara ini akan lingkup dikerkah oleh para kroni penguasa.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com