Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Soal Selidik Persepsi Penjawat Awam

Webmaster - January 22, 2001 - 4:04 AM

Salam...

Memandangkan applikasi kuiz, survey dan undian secara online semakin popular, kami tidak ketinggalan ingin menyertainya. Bagaimanapun kami memilih soalselidik yang benar-benar wujud dan sedang berlangsung. Soalselidik berkenaan ialah Soalselidik Persepsi Penjawat Awam Terhadap Pemerintah Sekarang yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan dijangka berakhir pada 31hb. Januari 2001 ini.

Kami mendapat kiriman daripada seorang responden yang telah terpilih secara rawak dalam soalselidik berkenaan. Setelah membacanya kami berpendapat ia sepatutnya disertai oleh ramai lagi rakyat di negara ini tanpa tertakluk kepada penjawat awam sahaja.

Soalan-soalannya adalah mengenai isu-isu sosiopolitik dan ekonomi negara yang hangat diperkatakan sekarang. Ia mungkin bertujuan menilai sokongan penjawat awam terhadap majikan mereka iaitu pemerintah sekarang ini. Mungkin juga ia bakal digunakan sebagai asas merangka strategi pilihanraya akan datang oleh pihak BN.

Pembaca boleh melihat salinan asal soalselidik berkenaan dan soalselidik online yang kami ubah suai di http://www.hackerzparadize.f2s.com/survey/index.html kerana kami percaya setelah membaca soalan-soalan dalam soalselidik berkenaan, hati pembaca akan terus membuak-buak ingin menjawabnya.

Memandangkan jumlah soalan yang agak banyak iaitu sebanyak 86 soalan, ia akan mengambil sedikit masa untuk memprosesnya. Harap dapat bersabar untuk mendapatkan jawapannya. Maklumlah hosting server free, itulah kos yang kami terpaksa bayar.. "a bit slow".

OK..selamat bersoal selidik dari kami.
Sekian, teruskan perjuangan.
ALLAHHUAKBAR!


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com