PAS akan mengemukakan formula perpaduan ummah dengan Islam pada perbincangan itu bagi mencari kebaikan kepada seluruh rakyat dan menyelesaikan masalah mereka, bukan hanya kepada orang Melayu sahaja.
"Kita akan kemukakan formula perpaduan ummah dengan Islam untuk seluruh bangsa berdasarkan prinsip-prinsip keadilan Islam," tegas presidennya Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.
Alhamdulillah !. Apa yang kita harapkan kini ialah keikhlasan dari pihak UMNO Baru(A) terhadap saranan perbincangan yang datang dari pihaknya itu lantaran pemimpin "gila-gila"nya merasa tersepit sekarang ini. Hendaknya janganlah pula dijadikan persetujuan ikhlas PAS (untuk kali yang kedua ini) sebagai niat untuk memperbaiki kapal UMNO Baru(A) yang semakin besar bocornya itu. Sekiranya orang Melayu itu mengaku Islam dan menghayati tuntutan agama Islam, maka tiada sebab mengapa semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO Baru(A) meninggalkan kapalnya yang bocor lagi semakin karam dan mengambil PAS sebagai kapal baru mereka yang kelihatan semakin besar dan kukuh. Jika perpaduan yang diimpikan oleh pemimpin UMNO Baru(A) itu adalah dengan hasrat membawa mereka yang berada dalam kapal PAS masuk ke kapal UMNO Baru(A) yang semakin besar bocornya itu, ini sangatlah merbahaya kerana beban terhadap kapal yang sedia bocor akan menenggelamkan kapal UMNO Baru(A) ke dasar laut dengan lebih cepat lagi - maka ada baiknya cadangan pertemuan dan perbincangan itu diberhentikan sahaja.
Sebagai ahli kapal PAS maka kita akan menolaknya sama sekali jika saranan perbincangan itu untuk membawa kita masuk ke dalam kapal UMNO Baru(A) yang semakin besar bocornya itu. Kita takut dengan kita-kita sekali yang akan tenggelam punca. Ini kerana kita sedia menyedari bahawa halatuju kapal UMNO Baru(A) ialah Melayu dan Sekularisme, sebaliknya halatuju kapal kita PAS ialah Manusia Sejagat tanpa sempadan bangsa dan Islam. Lantaran itu kita yakin bahawa penyatuan ummah mestilah dibina atas prinsip keadilan Islam. Untuk itu maka Aqidah dan Syariah WAJIB diseiringkan !.
Di dalam Islam ada dua cabang utama yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu Aqidah dan Syariah. Aqidah ialah sudut teori yang dituntut supaya diimani dengan yakin dan tidak boleh ragu sama sekali. Manakala syariah ialah sistem yang disyariatkan oleh Allah supaya manusia mengikutinya dalam hubungannya dengan saudaranya sesama Islam, dalam hubungannya dengan saudaranya sesama manusia, dalam hubungannya dengan alam dan dalam hubungan dengan kehidupan.
Maka kepada pemimpin dan UMNO Baru(A) yang mengaku Melayu dan seterusnya mendabik dada mengaku beragama Islam yang sering mengenengahkan slogan-slogan indah mereka "Umno Kuat Islam Kuat". sukalah saya menyarankan supaya anda semua bertafakur sejenak dan cuba muhasabah diri anda dengan pertanyaan kepada diri anda sendiri. "Apakah aqidah aku ?. Apakah Syariah aku ?". Kepada Mahafiraun@HeadOfTheShit khususnya dan semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO Baru(A) cuba tanyakan diri anda sendiri;
"Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku meminta supaya Al-Qur'an ditafsirkan semula supaya sesuai untuk zaman moden ini ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku menghina janggut Rasulullah SAW dan tuntutan sunnahnya ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku mengambil Perlembagaan Malaysia ciptaan Lord Reid sebagai perlembagaan negara dan meninggalkan tuntutan Al-Qur'an, sedangkan aku mencanangkan bahawa Malaysia ialah negara Islam ?. Bagaimanakah aqidah aku apabila aku menggantikan hukum Allah dengan mengambil hukum ciptaan manusia untuk digunakan oleh mahkamah dan mencampakkan DSAI ke penjara Sungai Buloh. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku menolak pelaksanaan Hukum Hudud dan Hukum Murtad yang qatie yang telah ditetapkan oleh Allah ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku membiarkan isteri, anak-anak dan wanita Melayu yang mengaku Islam tidak menutup aurat mereka sedangkan menutup aurat itu adalah wajib ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku sentiasa berbohong dan memfitnah orang Melayu dan rakyat marhain ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku memilik peribadi dan memilik knonikan harta rakyat marhain negara ini ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku mementingkan bangsa Melayu dan Sekularisme ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku membela ratu cantik, arak, zina dan judi dikalangan ahli UMNO Baru(A) dan umat Melayu ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku mengambil penulis seperti Astora Jamban dan Ular Mamak dalam memesongkan aqidah umat Islam di negara ini ?. Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila aku menggunakan media sebagai tunggangan untuk mencapai matalamat politik aku yang rakus ? dan Bagaimanakah aqidah dan syariah aku apabila .... ?. Sekiranya anda dapat rasakan bahawa anda bersalah dan mengakui kesalahan tersebut dan insaf serta ingin bertaubat kepada Allah SWT maka perbincangan untuk penyatuan ummah yang menjadi gagasan UMNO Baru(A) ini besar kemungkinan akan berhasil !.
Ketahuilah bahawa Al-Qur'an menganggap aqidah sebagai iman dan syariah sebagai amal soleh. Dalam al-Qur'an kedua-dua ini tidak dipisahkan. Disebut orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Banyak ayat yang menyatakan hal ini. Sekadar contoh boleh dilihat surah al-Asr.
Allah SWT berfirman: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH".
Dari sini nyatalah bahawa Islam itu bukanlah semata-mata aqidah sahaja. Dan bukanlah tugas Islam itu setakat mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya semata-mata. Malah Islam itu adalah aqidah dan syariah yang membimbing manusia kepada seluruh aspek kebaikan di dalam hidup ini. Aqidah adalah asas di mana syariah dibina dan syariah adalah kesan yang mengakui syariah. Ini bermakna bahawa tidak ada syariah di dalam Islam kecuali ada aqidah. Ikatan aqidah dengan syariah ini sungguh kukuh dan tidak boleh dipisahkan sama sekali. Aqidah itu menjadi asas (pokok) yang menggerakkan syariah dan syariah terhasil kerana ada aqidah. Oleh itu sesiapa yang beriman dengan aqidah semata-mata dan mengenepikan (membuang) syariah atau mengambil syariah tetapi menolak (membuang) aqidah maka dia bukanlah Muslim. Sekarang ini apakah yang boleh kita takrifkan pemimpin dan ahli UMNO Baru(A) yang jelas dan terang-terangan mengaku beraqidah anjuran agama Islam sebaliknya tidak bersetuju untuk mengambil syariah tuntutan Islam itu, lebih-lebih lagi tidak berhukum dengan hukum yang ditetapkan Allah itu ?
Ini memberi makna bahawa seseorang manusia itu adalah diperintahkan dengan hukum-hukum Islam. Dia diperintahkan secara langsung tanpa perantaraan. Allah SWT memerintahkan manusia secara individu mereka dan juga secara berkumpulan. Ada perintah yang berbentuk individu dan ada perintah yang berbentuk kumpulan. Oleh itu manusia mempunyai tanggungan-tanggungan kewajipan yang bercorak individu dan juga yang bercorak kumpulan. Islam adalah agama sejagat. Atas sifat ini maka semua perintah adalah untuk seluruh manusia tanpa dibeza-bezakan. Undang-undang Islam bertujuan untuk mengatur individu-individu, kumpulan-kumpulan dan bangsa-bangsa dalam satu bentuk yang bersatu dalam aqidah dan prinsip-prinsip umum yang mengatur hubungan-hubungan masyarakat, dan prinsip ini bebas dari perbezaan warna kulit dan perbezaan puak atau bangsa.
Undang-undang Islam mempunyai prinsip-prinsip yang mengatur urusan-urusan agama dan juga urusan-urusan dunia. Undang-undang Islam hanya satu dan ia merangkumi undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri sekaligus. Undang-undang anatarabangsa dan undang-undang dalam negeri, dalam perundangan Islam adalah merupakan dua cabang yang berada di bawah satu sistem yang satu. Kedua-keduanya sama kuat; dengan ertikata yang satu tidak lebih kuat dari sisi undang-undang dari yang satu lagi. Matlamat keduanya adalah sama. Kaedah undang-undang Islam, dari segi tabii dan matlamatnya adalah satu, tidak kira sama ada undang-undang dalam negeri ataupun luar negeri, iaitu untuk mengatur hubungan antara manusia, atas prinsip-prinsip umum Islam iaitu keADILan persamaan, syura dan akhlak, biar apa pun puak dan bangsa mereka.
Hukum-hukum di dalam perundangan Islam semuanya sama, tidak berbeza sebab sumbernya sama. Hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Qur'an semuanya sama dari sudut tabii undang-undang. Hukum-hukum yang terdapat di dalam sunnah Rasul semuanya sama dari sudut tabii undang-undangnya. Perbezaan dari segi kekuatan undang-undang hanya berlaku atas asas kekuatan sumber di mana urutannya ialah:
1. Al-Qur'an
2. Sunnah Rasulullah SAW
3. Ijma'
4. Qias dan seterusnya.
Kita dapat membuat kesimpulan bahawa syariat Islam, dalam hukum-hukumnya yang mengatur perhubungan manusia, tidak membezakan di antara undang-undang di peringkat dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. Ini bermakna bahawa syakhsiah undang-undang dalam sistem syariah Islam adalah satu. Sesiapa yang mempunyai sifat ini, bagi peringkatnya adalah disebut orang (peserta) undang-undang. Dia memperolehi sifat ini serentak di peringkat dalam negeri dan juga antarabangsa, sebab dalam syariat Islam sistem undang-undang tidak berbeza. Jadi sesiapa yang diarahkan (khitab) hukum kepadanya secara langsung maka dia menjadi orang (peserta) undang-undang dalam perkara itu dan dalam sistem undang-undang yang berkaitan dengannya.
Dalam membentuk sistem Islam yang universal Islam tidak mengiktiraf hubungan puak, bangsa, warna kulit, keBANGSAan dan hubungan-hubungannya yang berkaitan dengan keDAERAHan dan negeri, sepertimana yang dikenali di kalangan masyarakat dunia antarabangsa. Islam menganggap unsur-unsur ini sebagai membatas dan menyempitkan konsep universal. Universalisme yang dibawa oleh Islam itu adalah untuk kebaikan manusia seluruhnya. Islam mahu menghubungkan seluruh manusia dengan suatu fikrah atau aqidah yang semua mereka menganutinya dengan penuh percaya dan redha. Aqidah ini menjadi roh yang bergerak di kalangan mereka.
Jadi hubungan utama dalam pembentukan kerajaan Islam atau sistem Islam yang universal ialah hubungan aqidah Islam. Arahan hukum, baik kepada individu mahupun kepada kumpulan, adalah dibuat atas sifat aqidah ini.
Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman..".
Dengan perintah seperti ini maka Islam mengemukakan kesatuan jamaah di pelbagai daerah geografi atas asas kesatuan iman, aqidah dan hubungan ukhuwah Islamiyah di antara individunya. Maka di negara ini PAS adalah alternatif yang terbaik yang menjurus ke arah tuntutan Islam. Jadi apakah Mahafiraun@HeadOfTheShit, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO Baru(A) rela meninggalkan kapalnya yang bakal karam itu untuk memasuki kapal PAS sebagai kesatuan jemaah ke arah penyatuan yang berteras dan berperinsipkan keADILan Islam ?.
Allah SWT berfirman: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia. Kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar dan kamu beriman kepada Allah". (Surah Ali Imran : 110).
Dari ayat ini jelas bahawa kesatuan umat Islam sebagai satu sistem siasah alamiah atau sebagai peserta undang-undang antarabangsa adalah tertegak di atas dua asas:
1. Kesatuan AQIDAH ISLAM, yang mana pembinaan masyarakat dan sistem undang-undang dibina di atasnya. Ini terdapat di dalam firman Allah SWT di atas yang bermaksud: "dan kamu beriman dengan Allah".
2. Menegakkan SYARIAT ISLAM di dalamnya. Ini terdapat dalam firmanNya yang bermaksud: "Kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar".
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa arahan hukum di dalam Islam tidaklah dibataskan kepada iklim atau daerah geografi tertentu dan tidak dibataskan dengan bangsa atau negeri. Malahan arahan hukum itu adalah berbentuk mutlak kepada seluruh manusia. Satu-satunya hubungan yang diterima oleh Islam ialah hubungan(ikatan) keIMANan dengan Allah dan menegakkan Syariat Islam (Perundangan Islam). Oleh itu "rang undang-undang" di dalam Islam tidaklah diikat oleh ikatan iklim atau ikatan negara malah diikat oleh dua asas utama ini iaitu IMAN DENGAN ALLAH dinisbahkan kepada kumpulan, disamping menghormati hukum-hukum dan melaksanakannya dinisbahkan kepada individu.
Adalah jelas dan nyata bahawa penyatuan ummah MESTIlah atas Prinsip KeADILan Islam di mana AQIDAH dan SYARIAH WAJIB diseiringkan. Terbuka, rela dan redhakah Mahafiraun@HeadOfTheShit, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO Baru(A) yang karat dengan slogannya "UMNO Baru(A) dulu, kini dan selamanya" untuk berbincang seterusnya menerima prinsip ini ke arah penyatuan yang "digila-gilakan" ini ? atau seruan ke arah penyatuan ini adalah membenarkan telahan ramai sebagai satu lagi SANDIWARA untuk memastikan kelansungkan politik parti UMNO Baru(A) serta memastikan kapal UMNO Baru(A) yang bertambah besar bocornya daripada tenggelam ke dasar laut ?. Jika rela dan redha maka wadah dan pilihan yang terbaik ialah PAS.
Lawan Tetap Lawan - Lawan Sampai Menang ! - Reformasi...!, Reformasi...! Reformasi...!
Islam Tetap Islam - Istiqamah Seruan Islam ! - Allahuakbar...!, Allahuakbar...!, Allahuakbar...!
"ISLAM MEMERINTAH, BUKAN DIPERINTAH !"
habibu @ hangjebat.com