Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS - Wadah Penyatuan Umat Melayu Dan Islam

Orang Melayu di Malaysia ini rata-rata mengaku beragama Islam. Namun sekiranya diselami dan dihayati cara-cara kehidupan masyarakat Melayu yang mengaku Islam ini, kita sendiri akan berasa malu, kerana kebanyakan mereka ini secara lisannya mengaku Islam sebaliknya secara praktiknya kebanyakan mereka ini tidakpun menghayati tuntutan-tuntutan agama Islam dalam banyak aspek. Kebanyakan mereka melaksanakan tuntutan sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagai memenuhi tuntutan adat sahaja. Malah masyarakat Melayu terlalu tebal dengan adat Melayu turun temurun mereka yang jelas dan nyata bertentangan dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Lantaran inilah maka bangsa China, India, Sikh, Iban, Bajau dan lain-lain bangsa yang ada di Malaysia ini tidak dapat mengerti apakah keistimewaan dan kelebihan agama Islam ini berbanding dengan agama yang mereka anuti. Sedarlah wahai umat Melayu, menjadi Melayu bukan bererti kita diberi lesen otomatik sebagai orang Islam !. Islam itu universal, syumul dan milik sesiapa sahaja tidak kira apa bangsa sekalipun yang mengambil aqidah, syariah dan akhlak yang disarankan sebagai asasnya dan al-Qur'an, al-Hadith, Ijmak dan Qias sebagai sumbernya.

Yang lebih mendukacitakan ialah peranan KERAjaan UMNO Baru(A) yang mendokong agama Sekularisme tetapi mengaku Islam, sering memomokkan dan menakutkan orang Melayu, orang China, orang Indian, orang Sikh, orang Iban, orang Bajau dan lain-lain bangsa tentang agama Islam itu sendiri. Tindakan ini dilakukan demi memastikan kelangsungan sokongan orang Melayu buta Islam dan orang bukan Melayu yang disalahfahamkan tentang Islam kepada kepentingan politik mereka. UMNO Baru(A) ciptaan Mahafiraun@HeadOfTheShit, selepas pengkebumian UMNO asal oleh mahkamah ini, sering melabelkan bahawa agama Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS adalah ekstremis. Kita nak tanya apakah perkara yang dilaksanakan oleh parti PAS itu yang didakwa mereka sebagai ekstremis itu. Bagaimana UMNO Baru(A) boleh mendakwa Islam cara parti PAS itu ekstreme sedangkan pemimpin dan juak-juak mereka tidak memahami dan menghayati tuntutan agama Islam itu sendiri. Contoh yang mudah ialah tuntutan menutup aurat, macamana mereka boleh mendabik dada mengaku Islam sedangkan tuntutan agama Islam iaitu menutup aurat yang mudah itu pun tidak dapat mereka tunaikan !.Malah kebelakangan ini ada pula dakwaan bahawa parti PAS cuba berperanan ala Intifadah untuk menentang KERAjaan UMNO Baru(A). Para Ulamak Islam tidak henti-henti diperlekeh oleh Mahafiraun@HeadOfTheShit ini. Apabila ini berlaku masyarakat yang benar-benar menghayati agama Islam tentunya sentiasa tertanya-tanya apakah agama anutan Mahafiraun@HeadOfTheShit dan para juak-juaknya di dalam UMNO Baru(A) yang mengaku Melayu dan sekaligus mengaku Islam ini.

Maka sebagai orang Melayu yang mendakwa Islam, kita seharusnya mengambil apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap agama Islam yang diredhaiNya itu tanpa sebarang persoalan. Sebagai orang Melayu yang mendabik dada sebagai Islam, kita wajiblah menghayati dan melaksanakan semua tuntutan agama Islam itu tanpa kecuali secara keseluruhan. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah menyeru kepada amal makruf dan nahi mungkar. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah meninggalkan keZALIMan dan menerima serta menegakkan KeADILan sepertimana yang dituntut oleh agama Islam. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah meninggalkan amalan khurafat orang Melayu yang tidak dianjur dan direstui oleh Islam. Tegasnya Melayu WAJIB berhukum dengan hukum Allah jika orang Melayu ikhlas dan inginkan perpaduan Melayu sebenarnya.

Firman Allah SWT: "Tentang semua apa pun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah) kepada Allah". (Surah al-Syura : 10).

Ertinya Allahlah yang menjadi hakim bagi segala apa yang mereka pertikaikan. HukumanNya terdapat di dalam kitabNya dan di dalam Sunnah NabiNya. Penyerahan segala pertikaian kepada hukum (undang-undang) Allah ini diperkuatkan dengan pernyataan bahawa hakikat hukum Allah itu adalah satu, dari hukum sejak Nabi Nuh sehinggalah kepada masa Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT: "Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: "Tegakkan agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya"". (Surah al-Syura : 13).

Menegakkan agama seperti yang disyariatkan oleh Allah adalah menjadi matlamat dakwah Rasulullah SAW. Baginda beriman dengannya dan menegakkan keADILan di kalangan manusia.

Firman Allah SWT: "Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) sebagaimana diperintahkan kepada dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka, dan katakanlah; "Aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku ADIL di antara kamu". (Surah al-Syura : 15).

Al-Qur'an menganggap bahawa perbuatan menggantikan perundangan Allah dengan undang-undang yang lain adalah merupakan perbuatan syirik.

Firman Allah SWT: "Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan dari agama sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah". (Surah al-Syura : 21).

Di tempat lain al-Qur'an menghubungkan pengembalian hukum Allah dengan Iman.

Firman Allah SWT: "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (As-Sunnah), JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN. Yang demikian lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Surah al-Nisa' : 59).

Menghakimkan sesuatu pertikaian kepada hukuman yang lain dari hukuman Allah adalah dianggap sebagai berhakimkan thaghut. Perbuatan demikian dilakukan oleh orang-orang yang menganggap dirinya beriman tetapi sebenarnya mereka bukanlah orang-orang yang beriman. Dalam kes pendakwaan dan pertuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim mengapa pemimpin UMNO Baru(A) yang mendakwa memperjuangkan Islam tidak berhukum dengan hukum Allah. Mengapa kesnya tidak diadili oleh Mahkamah Syariah yang lebih sesuai dengannya sebagai seorang Islam. Sebaliknya pertuduhan rekasaya yang memang disedari tiada kebenarannya itu SENGAJA dibawa dan diadili oleh Mahkamah Kangaroo yang dihakimi oleh Hakim Gula-Gula Hacks, Ariffin Joker dan Yusof ChinChai dengan hasrat dan tujuan membenarkan tidakan pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui usaha-usaha terancang para konspirator di bawah arahan Mahafiraun@HeadOfTheShit. Jadi apabila memilih untuk berhukum dengan hukum selain dari hukum Allah maka tidakkah ini SYIRIK namanya. Apabila ditakrifkan sebagai syirik maka apakah masih ada Iman dalam hati orang yang syirik ini ?. Mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman adalah suatu anggapan mereka sahaja, Allah tidak mengiktiraf demikian.

Firman Allah SWT: "Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ?. Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya". (Surah al-Nisa' : 60).

Akhirnya Allah menafikan keimanan orang-orang yang enggan berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya; iaitu orang-orang yang enggan melaksanakan ketetapan Kitab Allah dan Sunnah NabiNya.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) TIDAK BERIMAN hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang diperselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya". (Surah al-Nisa' : 65).

Dalam surah al-Ma'idah diceritakan tentang orang-orang yang berhukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah sebagai bersifat KUFUR, ZALIM dan FASIQ (lihat ayat 44, 45 dan 47). Dalam surah ini juga dinyatakan bahawa berhukum dengan yang lain dari hukum Allah adalah MENGIKUT NAFSU, FITNAH dan JAHILIYYAH.

Firman Allah SWT: "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan (FITNAH) kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu". (Surah al-Ma'idah : 49).

Firman Allah SWT: "Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Surah al-Ma'idah : 50).

Dalam surah al-Nur orang-orang yang menghukum dengan hukuman selain dari Allah dianggap sebagai TIDAK BERIMAN dan dalam waktu yang sama dianggap sebagai ORANG-ORANG YANG BERHATI SAKIT atau RAGU-RAGU.

Firman Allah SWT: "Dan mereka berkata: Kami mentaati (keduanya). Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya, agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apabila (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana) mereka ragu-ragu ataukah (kerana) takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim ?. Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Nur : 47-50).

Tidakkah ternyata kebenaran ayat-ayat di atas. Sebelum ini parti PAS telah lama mengajak parti UMNO Baru(A) untuk bermuzakarah atas prinsip Islam berdasarkan tuntutan Al-Qur'an dan As-Sunnah, bagaimanapun atas rasa sombong dan bongkak UMNO Baru(A) yang merasakan bahawa mereka itu kuat maka mereka tidak mengindahkan saranan parti PAS itu. Namun begitu PAS pernah menjadi parti komponen BN suatau ketika dahulu atas pelawaan pemimpin UMNO asal demi perpaduan Melayu. Namun lihatlah apa yang terjadi, memandangkan perpaduan atau penyatuan itu adalah anjuran UMNO yang berteraskan fahaman perkauman/assabiyah maka usaha penyatuan itu rapuh dan gagal berkekalan. PAS dilontar keluar dari pakatan tersebut. Maka sekarang ini sudah tiba masanya bagi UMNO Baru(A) yang hilang keyakinan orang melayu akibat penghijrahan ahli-ahlinya masuk menyertai parti PAS dan KeADILan, untuk sedang dan berlapang dada dan jika mengaku sebagai Melayu dan Islam pula keluar meninggalkan parti UMNO Baru(A) yang sedang nazak itu. Penyatuan orang Melayu sekarang ini bukan boleh wujud atas prinsip Melayu sebaliknya perlu dan mestilah atas prinsip yang lebih luas lagi global iaitu atas prinsip ISLAM.

Kesimpulannya PAS adalah merupakan wadah yang terbaik bagi penyatuan umat Melayu dan Islam. Sekiranya penyatuan umat Melayu di buat atas prinsip Melayu dan UMNO Baru(A) dijadikan wadah penyatuan maka sejarah yang pahit akan pasti berulang lagi !, dan usaha penyatuan yang bakal dilakukan tidak akan berhasil sama sekali. Malah tindakan ini akan menjauhkan lagi jurang perkauman di antara Melayu dan Bukan Melayu maka di mana mungkin akan wujud KeADILan yang menjadi tuntutan agama Islam itu.

Saidina Ali RA berkata: "Mereka yang seagama kamu adalah saudara-saudara kamu dan mereka yang tidak segama dengan kamu adalah rakan-rakan kamu dalam kemanusiaan".

Maka seandainya prinsip anjuran ini difahami oleh semua orang Islam termasuk orang-orang Bukan Islam maka tidak ada sebab mengapa penyatuan tidak boleh berlaku atas prinsip Islam dan wadahnya PAS.

Lawan Tetap Lawan - Lawan Sampai Menang ! - Reformasi...!, Reformasi...! Reformasi...!

Islam Tetap Islam - Istiqamah Seruan Islam ! - Allahuakbar...!, Allahuakbar...!, Allahuakbar...!

"ISLAM MEMERINTAH, BUKAN DIPERINTAH !"

habibu @ hangjebat.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com