Ketika membatalkan debat di antara PAS dan UMNO berhubung dengan isu kafir-mengkafir pada tahun lapan pulohan dahulu, DYMM Yang DiPertuan Agong telah menegaskan bahawa orang Melayu itu agamanya Islam. Maka tidak timbul bahawa orang Melayu perlu dikafirkan. Pandangan ini jauh dari kebenaran hakikat siapa orang Islam sebenarnya, kerana menjadi Melayu tidak semestinya Islam !. Kerana Islam adalah agama yang universal dan bukan milik orang Melayu sahaja, sebaliknya untuk semua umat di dunia ini. Ulamak sepatutnya mengambil peranan memperbetulkan tangapan tersebut pada ketika itu. Sebaliknya mereka mengambil pilihan untuk membisu ataupun dipekakbisukan oleh pemerintah.
Maka sebagai orang Melayu yang mendakwa Islam, kita seharusnya mengambil apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap agama Islam yang diredhaiNya itu tanpa sebarang persoalan. Sebagai orang Melayu yang mendabik dada sebagai Islam, kita wajiblah menghayati dan melaksanakan semua tuntutan agama Islam itu tanpa kecuali secara keseluruhan. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah menyeru kepada amal makruf dan nahi mungkar. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah meninggalkan keZALIMan dan menerima serta menegakkan KeADILan sepertimana yang dituntut oleh agama Islam. Sebagai orang Melayu yang mengaku Islam kita mestilah meninggalkan amalan khurafat orang Melayu yang tidak dianjur dan direstui oleh Islam. Tegasnya Melayu WAJIB berhukum dengan hukum Allah jika orang Melayu ikhlas dan inginkan perpaduan Melayu sebenarnya.
Sebaliknya jika isu perpaduan Melayu ini diketengahkan demi memastikan kelangsungan parti UMNO Baru(A) yang sedang nazak itu, maka apa juga cara dan strategi pelaksanaan ke arah perpaduan Melayu PASti tidak akan berhasil. Perpaduan orang Melayu MESTI berteraskan agama ISLAM jika orang Melayu mendakwa bahawa Melayu itu Islam !. Sedarlah bahawa menjadi orang Melayu tidak akan menjadikan kita Islam secara otomatik. Untuk menjadi orang Islam, orang Melayu seperti juga lain-lain bangsa dan keturunan mestilah mempunyai dan menghayati aqidah, syariah dan akhlak anjuran Islam sebagai asasnya, sepertimana yang ditetapkan di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menjadi sumbernya naqlinya.
Allah SWT berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah sempurnakan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha Islam sebagai cara hidup kamu". (Surah Al-Ma'idah : 3).
Allah SWT berfirman: "Barangsiapa yang mencari cara hidup selain Islam, maka tidak akan diterima darinya dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi" (Surah Al-Imran : 850).
Kepada semua orang Melayu yang mengaku Islam, sedarlah, bahawa ketika seseorang mengungkapkan kalimah syahadah, bererti pada saat itu dia telah mengakui bahawa satu-satunya hukum yang harus dipatuhi adalah hukum Allah SWT, yang berdaulat atas dirinya hanyalah Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang harus dipatuhi, dan hanya perkara-perkara benar (haq) menurut Allah SWT dan RasulNya sahajalah yang diyakini benar. Ini bererti dia telah mengorbankan kebebasan peribadinya untuk Allah SWT.
Kewajipanya sekarang adalah menilai segala sesuatu berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dia mesti menerima apa yang sesuai dengan firman Allah dan Sunnah RasulNya dan menolak apa pun yang bertentangan dengan keduanya, tidak peduli apa kata orang dan apa yang mereka lakukan. Adalah bertentangan bila di satu pihak dia mengatakan bahawa dia adalah seorang Muslim, tetapi di pihak lain dia masih menurut pendapat dan selera sendiri, atau menurut kebiasaan masyarakat Melayu, atau apa yang dikatakan dan dilakukan oleh seseorang atau orang ramai; enggan menyatakan bahawa ia mempunyai mata, atau seseorang yang tidak punya hidung menyatakan bahawa ia mempunyai hidung (hidung besar pula tu !), maka begitu jugalah seseorang tidak boleh mengatakan bahawa dirinya adalah seorang Muslim, sedangkan dia tidak mahu menyerahkan seluruh masalah hidupnya kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah dan tidak mahu mengetepikan pemikirannya sendiri, atau adat kebiasaan masyarakat Melayu, atau perkataan dan perbuatan orang demi menurut ajaran Allah dan RasulNya.
Seseorang yang tidak ingin menjadi seseorang Muslim, tidak dapat dipaksa untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kemahuannya. Ia bebas memeluk agama apa pun yang disukainya dan menyebut dirinya dengan sebutan apa pun yang disukainya. Tetapi seseorang yang menyebut dirinya sebagai seorang Muslim mesti tahu dan mengerti bahawa ia hanya dapat, tetap menjadi seorang Muslim selama ia berada dalam ikatan ISLAM. Ikatan Islam itu ialah menerima firman Allah SWT dan Sunnah RasulNya sebagai landasan kebenaran dan keadilan, dan memandang segala sesuatu yang bertentangan dengannya sebagai kebatilan dan kezaliman.
Barangsiapa yang tetap tinggal dalam ikatan ini adalah seorang Muslim, kalau dia orang Melayu maka barulah dia diiktiraf sebagai Melayu Muslim !, dan kalau dia ahli UMNO Baru(A) maka barulah dia dikenali sebagai ahli UMNO Baru(A), Melayu Islam !. Barangsiapa yang keluar dari ikatan ini bererti ia telah keluar dari Islam dan dianggap Kafir, dan kalau dia orang Melayu maka barulah dia dikecap sebagai Melayu Kafir !, dan kalau dia ahli UMNO Baru(A) maka layaklah ianya dituduh sebagai UMNO Baru(A), Melayu Kafir ! . Walaupun setelah itu ia masih menyebut dirinya sebagai seorang Muslim dan mengumumkan kepada orang ramai bahawa ia adalah seorang Muslim waimah Melayu Muslim, waimah UMNO Baru(A) Melayu Muslim. Ia hanyalah menipu dirinya sendiri dan orang ramai sahaja.
Allah SWT berfirman: "...barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir". (Surah Al-Maidah : 44).
Jadi kepada orang Melayu dan terutamanya orang Melayu yang karat UMNO Baru(A)nya janganlah pula marah dan melenting apabila orang mengecap kita sebagai kafir kerana kita tidak berhukum dengan hukum Allah, sebaliknya berhukum dengan Perlembagaan Malaysia ciptaan Lord Reid itu. Maka sedarlah janganlah kita syok dengan pelbagai slogan yang kosong sebaliknya tiada pengisian seperti yang dianjurkan oleh Allah SWT dan RasulNya. Kununnya slogan "Umno Kuat, Islam Kuat !". Ketahuilah bahawa sekiranya tiada pengisian Islam terhadap UMNO Baru(A) itu sendiri maka adalah sangat dikhuatiri dan disangsikan yang Islam itu akan kuat. Perkara ini sangat ketara apabila pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) yang dangkal dan dunggu agama bercakap mengalahkan Ulamak, sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO Baru(A) ini jugalah yang memperlekeh hukum Hudud Islam, hukum Murtad, Janggut Nabi, Ulamak dan macam-macam lagi. Maka apalah yang boleh kita harapkan daripada mereka untuk membina perpaduan Melayu atau dalam kerangka yang lebih besar lagi mendaulatkan agama Islam di negara ini ?. Sekira ini berlaku maka ketahuilah slogan tersebut boleh berubah kepada "Islam Kuat, UMNO Baru(A) kapan !".
Islam bermakna kepatuhan dan kerajinan menjalankan kewajipan kepada Allah SWT. Islam bermakna mengorbankan kebebasan dan kemerdekaan diri sendiri kerana Allah SWT. Islam bermakna menyerah diri di bawah kekuasaan kerajaan dan kedaulatan Allah SWT. Seseorang yang mempercayakan segala urusannya kepada Allah SWT adalah seorang Muslim, dan seseorang yang mempercayakan urusan-urusannya kepada dirinya sendiri atau kepada sesiapa pun selain Allah SWT bukanlah seorang Muslim. Mempercayakan segala urusan kepada Allah SWT bererti menerima petunjuk Allah SWT yang diberikan melalui kitab suciNya dan bimbingan yang diberikan oleh RasulNya, dengan tidak mengajukan rasa berat hati sedikit pun kepada keduanya.
Selanjutnya Al-Qur'an dan As-Sunnah sahajalah yang wajib diikuti dalam setiap persoalan .Selalu merujuk kepada kitab Allah dan kata-kata RasulNya, untuk mengetahui apa yang mesti ia lakukan dan apa yang tidak boleh ia lakukan. Seseorang Muslim adalah orang yang mahu menerima tanpa ragu apa sahaja petunjuk yang didapati dari Allah dan RasulNya, dan menolak apa sahaja yang dilihatnya bertentangan dengan pertunjuk Allah SWT dan RasulNya kerana ia telah percaya sepenuhnya kepada Allah.
Oleh yang demikian, perpaduan Melayu sebenar akan hanya boleh menjadi kenyataan apabila semua orang Melayu yang mengaku Islam dan seterusnya mengaku Muslim (Nota: Melayu belum tentu Islam, Islam belum tentu Muslim, tetapi Muslim "confirm" Islam) kembali kepada Allah SWT dan RasulNya selaras dengan;
Firman Allah SWT: "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (Surah Al-Nisa' : 59).
Oleh yang demikian saranan UMNO Baru(A) agar PAS, KeADILan dan NGO Melayu supaya duduk di meja perundingan bersamanya bagi membincangan isu perpecahan orang Melayu sekali imbas adalah dilihat sebagai langkah bijaksana dan baik. Namun sebagai sebuah parti politik yang kehakisan kepercayaan orang Melayu sendiri saranan ini ternyata ibarat perpatah Melayu "Ada udang di sebalik batu !". (Nota: Benarkah orang Melayu berpecah, hakikatnya yang nyata berpecah ialah parti UMNO Baru(A) itu sendiri, sebaliknya orang Melayu sebenarnya bersatu dan berpadu di bawah wadah/harakah Barisan Alternatif (Barisan Pilihan Rakyat Malaysia) terutamanya PAS yang dasarnya ialah ISLAM (Fasal 3), sementara hukumnya ialah Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias (Fasal 7(1)) perlembagaannya). Maka landasan dan asas perbinacangan MESTIlah bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Maka saranan Webmaster Minda Rakyat "Perpaduan Melayu : Ikut Syarat Kita" adalah bertepatan sekali. Kepada pemimpin BA terutamanya pemimpin PAS, pengalaman yang lalu seharusnya mendewasakan kita dan perlu dikutip sebagai iktibar dan pengajaran. Kita bukan sahaja perlu bijaksana tetapi mestilah juga bijaksini. Ingat perpatah-perpatah orang Melayu "Jangan sampai pisang berbuah dua kali" , "Jangan sudah terantuk baru nak tengadah !" dan "Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk !".
Lawan Tetap Lawan - Lawan Sampai Menang ! - Reformasi...!, Reformasi...! Reformasi...!
Islam Tetap Islam - Istiqamah Seruan Islam ! - Allahuakbar...!, Allahuakbar...!, Allahuakbar...!
"ISLAM MEMERINTAH, BUKAN DIPERINTAH !"
habibu @ hangjebat.com