Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


CADANGAN PERSIAPAN UNTUK J20 : MENGELAKKAN KESAN GAS PEMEDIH MATA

Bekalan

1. Bekalan air yang mencukupi didalam botol plastik (untuk diminum,mencuci bahagian badan yang terdedah kpd tear gas)

2. makanan ringan

3. kad pengenalan serta maklumat perhubungan kecemasan

4. wang utk tambang, telefon, makanan

5. jamtangan, pen dan buku nota (untuk mencatit keganasan polis)

6. bekalan perubatan seperti insulin, inhaler (jika mengidap apa-apa penyakit pernafasan) ; bagi reformis wanita, tuala wanita (jangan gunakan tampon kerana jika ditangkap anda mungkin tidak berpeluang untuk menukar dan berpotensi mendapat toxic shock syndrome)

7. Topi dan cermin mata gelap

Peringatan

1. Jangan gunakan apa-apa bahan pelembap kulit (moisturizer) kerana ia memerangkap bahan kimia

2. Jangan gunakan kanta sesentuh (contact lens) kerana ia juga memerangkap bahan kimia

3. Jangan memakai pakaian/benda yang boleh diragut (rantai, rambut panjang, anting2)

Bagi mereka yang sihat, kesan dari gas pemedih adalah sementara. Tetapi bagi golongan lain, pendedahan kepada gas boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa. Mereka yang berkeadaan seperti berikut perlu sedar akan risiko dan mengelakkan dari terdedah. Perlu diingatkan bahawa didalam keadaan yang kelam-kabut, tindakan pihak polis sukar diramal dan penghindaran mungkin sukar untuk dilakukan:

· Mereka yang mengidap penyakit respirasi/pernafasan seperti lelah, emphysema dll.

· Mereka yang perlu dilindu seperti bayi, warga tua dan kurang sihat

· Sesiapa yang dibawah rawatan seperti chemoteraphy dll mungkin mananggung risiko lambat pulih

· Wanita yang hamil atau mungkin hamil

· Wanita yang menyusukan bayi menanggung risiko melepaskan bahan beracun kepada bayi

· Sesiapa yang mengalami penyakit kulit atau mata, mungkin mengalami kesan yang lebih memedihkan

· Pemakai kanta sesentuh

Persediaan

1. Sekurang-kurangnya satu bandanna/saputangan/tuala muka yang direndam/basahkan dalam air atau cuka di simpan di dalam beg plastik untuk dibawa ke J20.

2. Tekapkan/Ikat dengan ketat kepada bahagian mulut dan hidung. Ianya tidak boleh menlindungi kita dari menghidu gas pemedih, cuma dapat mengurankan kesan sementara waktu.

3. Goggles atau cermin mata perenang boleh menghindarkan bahan kimia cecair ynag disembur dari terkena mata.

Maklumat Ringkas Mengenai Gas Pemedih

Gas pemedih adalah senjata kimia yang digunakan oleh tentera dan polis untuk menyuraikan orang ramai dan melemahkan individu. Bahan ini bertindak dengan menyerang membran mukus (mucous membrane) yang terdapat didalam mulut dan hidung serta menggatalkan kulit (skin irritant). Ianya dicampurkan dengan bahan cairan dan disebarkan melalui semburan atau propellant. Perlu diketahui bahawa komponen bahan gas pemedih mata mungkin mengandungi elemen yang menyebabkan barah, kecacatan bayi dalam kandungan dan mutasi genetik (genetic mutation).

Gas pemedih menyebabkan kesakitan pada organ pernafasan dan pengeluaran cecair dari mata, mulut dan hidung. Simptom lazim adalah seperti :

· Sakit pedih pada bahagian mata, hidung, mulut dan kulit

· Pengeluaran air mata berlebihan sehingga menganggu penglihatan

· Menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas

Kesan dari gas pemedih lazimnya hilang selepas 5-30 minit.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com