Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KETAATANKU PADA PIMPINAN PAS

Saya ingin merujuk kepada tulisan yang mengkritik dan menegur pimpinan tertinggi PAS yang menyatakan kesediaan berbincang dengan UMNO mengenai perpaduan melayu..

Saya ahli seumur hidup PAS berdiri teguh dibelakang pimpinan selagi tindakan pimpinan menepati Al Quran & As Sunnah. Bagi saya tidak semua keputusan atau strategi pimpinan perlu dihebahkan kepada ahli kerana Nabi sendiri pernah merahsia strategi peperangan daripada para sahabat yang rapat dengannya.

Pesanan saya kepada seluruh pendokong PAS, "Taatlah pimpinan selagi mereka taat akan Allah". Kepada pimpinan pula. "Inilah kesempatan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada UMNO yang selama ini menutup pintu perbincangan."

Kami akan menjatuhkan pimpinan sebagaimana yang dilakukan kepada Dato' Asri sebelum ini sekiranya pangkat dan harta menjadi pegangan kamu.

Untuk keluar PAS tidak sekali. Takbir……Allahuakbar

FSH


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com