Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dalam Isu "Perpaduan Melayu" Tajaan UMNO, Rupa-rupanya...

Berikut diforwardkan penulisan oleh Pemerhati Generasi Baru dari FGR bertajuk:

Dalam Isu "Perpaduan Melayu" Tajaan UMNO, Rupa-rupanya....

1. Lebih RM200 juta untuk Tan Sri Abu Sahit, Majuholdings yang dirompak dari Tabung Haji untuk membeli bangunan yang tidak laku dijual yang terletak di Jalan TAR bersebelahan Bangunan MARA.Inilah "bail out" terbaru yang berjaya ditutup oleh pemimpin umno dengan menimbulkan isu "perpaduan Melayu". Dan lagi, buat makluman, Abu Sahit ini adalah bekas "pump attendant" di stesyen minyak milik Tan Sri Sulaiman Ninam Shah sebelum diangkat di atas keistimewaan Melayu untuk menjadi kununnya korporat besar.

2. Lebih RM1 bilion dicuri dari PNB untuk seorang lagi hamba Dr. M iaitu Syed Mokhtar al-Bukhari bagi pembelian MMC. Inipun berjaya ditutup beritanya dari pengetahuan rakyat dengan sekali lagi menggunakan isu "perpaduan melayu", yang sememangnya pemimpin umno yang ada pada hari ini lebih sibuk dengan kununnya politik perpaduan, sedangkan hak mereka sendiripun sudah tergadai !!!!! Inilah kejayaan Madir untuk menipu dan terus menipu orang-orang melayu terutamanya Melayu umno !!!!!

Kesimpulannya, kita akan dapat lihat bahawa selepas ini, setelah perompakan ke atas dana-dana awam ini berjaya disorokkan dan orang-orang melayu tidak menunjukkan reaksi kemarahan mereka, maka percayalah isu "perpaduan melayu" ini akan tenggelam begitu sahaja. Lihatlah nanti.......

Pemerhati Generasi Baru

(Dipetek dari FGR)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com