Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PEMUDA PAS SANGGUP BIAYAI KOS PENUKARAN JANTINA HISHAMUDDIN

“Pemuda PAS sanggup membiayai sebanyak mana kos penukaran jantina Hishamuddin.” Demikianlah jaminan yang diberikan oleh Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Pejabat PAS Hulu Langat di Kajang Utama, 21 Januari 2001 baru-baru ini.

Rasanya ramai yang setuju dengan tawaran Mahfuz ni. Kalau tak cukup kantung Pemuda PAS, saya kira orang ramai akan buat kutipan di seluruh negara supaya hasrat ini tercapai. Lepas ni rasmilah nama Menteri Belia dan Sukan kita, Datin Hashimah atau nama manjanya, Shima.

Inilah pondan alaf baru terunggul yang dilahirkan di Malaysia, selepas kecut seluruh badan untuk berdebat dengan Mahfuz di UKM, UM, soal hak istimewa orang Melayu dan yang terakhir tentang apa-apa tajuk sekali pun. Lepas ni, Mahfuz jangan cuba nak berdebat lagi… masuk akal ke nak berdebat dengan pondan!!

Sebenarnya, kemunculan Hishamuddin suatu fenomena dan igauan buruk buat orang UMNO, khususnya pemuda UMNO. Sementelah pemuda PAS dan KeADILan berketuakan pemimpin yang ada prinsip, idealisme dan tidak takut dengan cabaran. Lihatlah, mereka ada pendapat tersendiri dalam hal perpaduan Melayu yang dicanangkan oleh UMNO. Mereka ada karisma tersendiri dalam memimpin pemuda. Sedangkan Ketua dan exco Pemuda UMNO pula masih lagi tidur dalam ketiak Dr. Mahathir. Memang tak salah… bukan sahaja exco UMNO patut dipanggil pondan, tapi seluruh pemuda UMNO pondan-pondan semua.Diulangi... layak dikatakan seluruh pemuda UMNO adalah pondan-pondan.

Satu lagi, untuk perhatian semua pemuda B. Alternatif, Mahfuz juga ada menyebut dalam ceramahnya, satu Himpunan ANAK MUDA Malaysia akan diadakan dalam masa sebulan ini. Tunggulah tempat dan tarikhnya nanti.

Ceramah yang turut disertai oleh Ustaz Taib Azzamuddin itu diadakan di dalam hujan lebat yang turun sejak petang. Namun, orang ramai tetap hadir dan menunggu sehingga tamat majlis pada pukul 12.15 malam.

Farisi el-Dumyati


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com