Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menari mengikut rentak kita

Saya ialah salah seorang penyokong kuat reformasi sejak Anwar dijatuhkan dengan aibnya. Sejak peristiwa itu dan sejak penipuan Mahathir bulat-bulat kepada rakyat secara live pada hari itu (dia cakap dia ok saja dengan Anwar dan Anwar setuju dengan pelaksanaan currency control) saya pusing 180 darjah dan "pledge that i will change Malaysia with all my might".

Saya bukan cakap kosong. Saya bukan saja berkorban masa, malah harta benda sekali. Anything for a better Malaysia. Kemudian tibanya Sabah Election. Kita rasa kali ini BN mesti kecundang dan PBS akan memerintah hasil daripada sokongan rakyat yang sungguh padu. Bagaimanapun PBS kalah teruk dan ianya sungguh menghairankan. Nampaknya kita tak boleh menang, kerana ada beberapa sebab. Sebab yang utama ialah, pendatang asing yang mengundi BN secara illegal dan yang kedua, "silent majority" masih semuanya menyokong BN. Sebab yang ketiga ialah pembahagian "voting district" yang cukup baik oleh BN di mana kuasa-kuasa pembangkang dipecah-pecahkan sehingga tiada majoriti ataupun disatukan menjadi satu kawasan besar yang hanya akan membawa satu kerusi sahaja.

Kemudian tibanya Election 99. Kali ni sekali lagi saya cukup confident, BN akan kecundang teruk. Bagaimanapun sekali lagi juga, BN menang besar. Dan sebabnya sama sahaja dengan di Sabah dulu. Clever tactics by them. Daripada pengamatan saya selama ini, pembangkang sentiasa menari mengikut rentak mereka, maka senang sahaja bagi mereka mempermainkan pembangkang.

Tetapi rahmat Allah itu cukup besar bagi siapa yang boleh melihatnya. Terengganu jatuh ke tangan PAS. Melalui kajian saya, inilah negeri yang akan menjadi pemangkin kejatuhan BN. Apa tidaknya, rakyatnya cuma 800,000 orang, negerinya kaya dengan minyak. Bukannya susah nak diperintah. Ianya akan menjadi negeri contoh kepada semua negeri-negeri di Malaysia. Kemudian dengan senangnya rakyat Malaysia yang lainnya akan menyokong kita, dek melihat pembangunan Terengganu, terutamanya silent majority tadi yang kebanyakkannya ialah orang Cina.

Biarpun kerja saya cukup bagus sewaktu itu, saya mengambil keputusan untuk 'resign' dan berhijrah ke Terengganu. Keinginan saya ialah, majukan Terengganu! Kita buktikan yang kita boleh majukan negeri ini lebih baik daripada orang lain. Lagi pula, orang Terengganu akan ditekan sekuat-kuatnya oleh BN kerana mereka akan kehilangan sebuah negeri yang kaya-raya. Saya cukup respect dengan keberanian orang Terengganu. Oleh sebab itu saya ingin berjuang sekali dengan mereka. Saya sebenarnya bukanlah ahli PAS. Saya ialah penyokong reformasi dan lebih suka 'keep low profile'.

Dengan pendapatan saya yang agak sederhana besar ini, saya tahu yang segala perbelanjaan saya akan meningkatkan ekonomi Terengganu ini sedikit sebanyak, maka lebih mudahlah kita membuktikan janji kita kepada rakyat Terengganu. Semua yang kroni-moni tu saya boikot. Kerja kat KL, banyak lak kena bayar tol. Sini kan best.

Biarpun saya rugi berbelas ribu ringgit hanya untuk perpindahan itu, bagi saya ianya cukup berbaloi. Apakan tidak, Terengganu is everything to Reformasi. Jika semua ahli reformasi sedar, terutama sekali orang-orang PAS, Terengganu inilah aset kita yang paling berharga. Kenapa?

Kerana jika Terengganu ini dapat kita bangunkan (cukup senang dengan wang royalti yang besar itu) semua rakyat Malaysia secara automatik akan menyokong kita. Apa tidaknya, kerja cuma lima hari seminggu, tiada cukai pintu, tiada tol dll. Dan bila semua rakyat Malaysia melihat statistik negeri Terengganu, contohnya less crime, higher economic growth, pembahagian kekayaan yang sama rata, pembangunan yang teratur, kerajaan yang terbuka, jalan raya yang bermutu tanpa tol dsb maka mereka sendiri akan mengundi PAS di election akan datang.

Tak payah PAS bersusah payah nak berkempen merata Malaysia dan berjanji macam-macam. Itu zaman dulu. Sekarang ni, kita dah ada negeri di bawah kita, buat apa pi merata-rata dan janji itu ini kepada rakyat Johor contohnya. Mereka ini sudah pasti bertanya, apa yang PAS boleh bagi atau boleh buat? (soalan yang cukup klasik lagi berbisa) Ini soalan yang cukup susah untuk dijawab dahulu kala, tetapi sekarang ni kita boleh bagi jawapan, dan jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan; silalah lihat kepada negeri Terengganu, model state. It is hard evidence. Ini yang kita perlukan sekarang. Dan inilah yang orang Cina ingin lihat. Bukannya janji kosong.

Bangunkan Terengganu dahulu. Kemudian barulah kita canangkan keseluruh Malaysia dengan 'hard evidence' kita tu. Sekarang bukanlah masanya untuk mencanang kebaikan kita keseluruh Malaysia.

Apa yang saya lihat, PAS khususnya ialah bertindak mengikut rentak BN. Padahal itu tidak patut. Sampai bila? Kita ada negeri di bawah kita, marilah kita berusaha sedaya upaya dan bangunkan negeri Terengganu ini. Baru semalam Mahathir kelentong, PAS nak masuk BN, UMNO takkan halang. Itu BN yang tentukan. Excuse me but BN tu lah Mahathir. BTW apa pulak dengan PAS nak masuk BN ni? Tak pernah dengar pun.

Nahh...inilah dia taktik Mahathir. Dia saja bagi kita isu, supaya kita lupa akan perkara sebenarnya untuk kita lakukan. So sibuklah semua orang PAS membuat ceramah dan statements merata tempat nak rebute Mahathir punya claim ni. Tahu tak berapa banyak masa yang akan dibuangkan serta wang ringgit hanya untuk isu yang satu ini?

Nanti yang ni dah habis, dia akan buat isu yang lain pulak. Tak akan habis. Dan hasilnya, menarilah kita mengikut rentak Mahathir, dan lupalah kita bahawa kalau kita betul pandai, dialah yang akan menari mengikut rentak kita. Sejak election 99 kalau semua orang perasan, Mahathir lah yang menari mengikut rentak kita. Tetapi sekarang ini sudah terbalik (Mahathir is a smart guy no doubt about that). Kita lebih banyak menari mengikut rentak dia. Sambil kita menari tu, dia sempat buat bailout kroni moni dia dan sempat lagi lantik Dugong tu. Saya rasa frust. Dan saya pasti, ramai lagi ahli reformis seperti saya. Kami sanggup berkorban wang ringgit dsb. dan kami tidak mahu parti alternatif hilang arah seperti kes perpaduan Melayu ini.

Kita mesti sentiasa ingat 'goal' kita. Bahawa keadilan tertegak di Malaysia ini dan rakyatnya tidak merana untuk kroni-moni. Tak kisahlah Islam atau bukan. Dan seperti yang terjadi di Lunas, orang Cina tidak akan ragu-ragu untuk menyokong reformasi/PAS, kalau kebaikannya cukup banyak, mengatasi BN. The real issue bukanlah pasal agama. Itu hanya mainan Mahathir.

Untuk menyusahkan lagi reformasi, baru-baru ini Mahathir telah pun memansuh kan pembayaran royalti. Saya pun tak sangka yang dia boleh buat benda ni. Saya betul terasa bahawa penghijrahan saya mungkin akan sia-sia dan saya akan kerugian besar. Sungguh tak disangka Mahathir akan melakukan ini. Dan saya pasti orang PAS langsung tak sangka seperti saya juga. Sekarang ini negeri Terengganu cukup tertekan dan kemungkinan harapan kita untuk tunjuk "hard evidence" kepada rakyat di negeri lain tidak akan kesampaian. Maka jadilah sebuah Kelantan lagi. Sebab tu orang Cina tak confident nak sokong.

Bagaimanapun saya tetap 'determined'. Kita tak boleh mengalah dan mesti berjuang memajukan Terengganu. Kita tunjukkan juga. Kita mesti naikkan ekonomi Terengganu sebagai 'hard evidence' kita. Kalau tidak PAS akan hancur, dan bersamanya reformasi mungkin mati. Kita mesti sedar akan kemungkinan ini. Bagi saya jika reformasi/PAS gagal di Terengganu, maka kita tidak mungkin akan menang di Malaysia ini.

Wang ehsan? Sudah pasti akan ditelan mereka. Sedikit sahaja akan sampai di Terengganu. Percayalah. Sekarang merupakan masa yang cukup kritikal bagi kita. Kita tidak ada banyak masa untuk membangunkan Terengganu, dan sekarang cukup susah tanpa wang royalti. Percayalah, bila sampai 2004 nanti dan bila Mahathir start buat dia punya statement on racial riots etc. orang Cina akan berbalik mengundi BN juga. Hanya hard evidence kita sahaja yang boleh mengubah semua ini. Tunjukkan evidence kita yang kita akan memerintah lebih baik dari mereka, malah keadilan menjadi teras pemerintahan.

Oleh itu saya menyeru semua reformis, terutamanya orang seperti saya, untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan Terengganu, untuk masa depan reformasi negara. Bersedialah untuk bersedekah, untuk kebaikan kita bersama.

Janganlah kita leka melayan taktik Mahathir ini, yang sentiasa mahukan kita menari mengikut rentak dia. Kita patut concentrate kat Terengganu ini. Bukan kita patut lupakan sahaja negeri-negeri lain. Cuma kita perlu betulkan strategi kita, dan perlu put priority where it belongs. Oleh sebab itu rakyat negeri Terengganu yang memberi kepercayaan kepada kita, patut diberi our most undivided attention. Di negeri-negeri lain, contohnya Johor, kalau kita tidak aktif pun, rakyat di sana akan faham, kerana mereka sendiri yang mengundi BN. Mereka sudah pasti tahu apa risikonya (cthnya hutang keliling pinggang). Tiada timbul isu PAS/reformasi tidak mengambil berat akan mereka. Bila mereka sudah teruk nanti dan hutang banyak sangat, mereka akan cuba mencari alternatif, dan jika PAS sudah pun berjaya memajukan Terengganu, semuanya done deal. Jika tidak, mereka akan tetap mengundi BN kerana masih was-was dengan kebolehan PAS.

Akhir sekali semasa election nanti, ingatlah, It is not how much you can bad things you can uncover about them, but it will all boil down to what your party are capable of doing, and how sincere you are in your work. Inilah yang penting. Inilah reformasi/PAS kena aim for, bukannya memburuk-burukkan pemimpin mereka sahaja. Mentality pembangkang kita mesti diubah kerana kita sudah ada negeri untuk diperintah.

Ingat, kalau Mahathir mati siapakah penggantinya? Adakah gerakan reformasi hanya untuk menjatuhkan Mahathir? Apa lepas Mahathir? Jangan leka! Mahathir is not everything. Kita betul kena plan untuk bersiap untuk menumbangkan BN secara total, bukan untuk menumbang Mahathir sahaja. Takut nanti bila mahathir letak jawatan secara tiba-tiba, maka berbondong-bondonglah orang Melayu kembali menyokong UMNO. Bukankah mereka itu dulu penyokong UMNO yang kuat juga? Hanya 'hard evidence' pembangunan Terengganu yang akan menjadi kayu pengukur untuk SEMUA rakyat Malaysia samada dia Melayu, Cina atau India.

Sekian. Wassalam.

Engineer Terengganu
tolong@freeanwar.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com