Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dollah Badwi hantar Osman Desa Tekan Pengarah Penjara

Sikap khianat dan dendam kesumat Dollah Badwi semakin hari semakin menjadi terhadap Anwar Ibrahim. Busuk hatinya nampaknya lebih hanyir daripada Mahafiraun itu sendiri.

Ketika berjumpa dengan staff Kongress Amerika tempohari dia menunjukkan bengisnya yang mengatakan 'Jika Anwar cakap soal keadilan dan mahukan keadilan, kita patut hantar dia pulang ke Penjara dan bukan di Hospital".

Rupa-rupanya beliau bersungguh dalam hal ini. Beberapa hari lepas beliau telah menghantar Setiausaha Politiknya, Osman Desa ke Penjara Sungai Buluh untuk menekan dan memaksa Pengarah Penjara menyegerakan proses mengubahsuai sel penjara DSAI untuk dijadikan bilik rawatan berikutan gambar DSAI terlantar atas katil keluar muka belakang akhbar Harakah. Osman Desa yang memasuki penjara tersebut bersama tiga orang kakitangan Pejabat Menteri Dalam Negeri dikatakan menekan pihak atasan penjara untuk memastikan pengubahsuaian yang menelan belanja lebih RM100 ribu ringgit itu siap segera bagi membolehkan DSAI dihantar pulang ke Sg. Buloh.

Kita nak bagi ingatan pada Dollah ini. Kesabaran kami ada tempatnya. Setiap niat jahat kamu akan sampai ke makluman kami jua. Setakat ini kami cuma bongkar tentang isu rasuah dan bagaimana sanak saudara kamu memperolehi kontrak ratusan juta dan puluhan tahun. Jangan sampai rahsia kamu dengan Hendon yang cukup meluatkan itu kami bongkar.

Aku cukup kecewa dengan perangai jijik kau Dollah. Depan kami dulu kau buat perangai baik... Anak ulamak kononnya. Jangan sampai kami dedahkan kesemuanya termasuk patung Budha dalam bilik Jepun dan Mini Bar dalam rumah kau yang sekecil itu juga kami telanjangkan kepada umum.

Ingat....kami dulupun bersama engkau. Banyak lagi yang kami simpan kerana tak sampai hati.....Tapi AWAS......SATU LAGI PENGKHIANATAN YANG KAU BUAT TERHADAP ANWAR......NAHAS KAU KAMI KERJAKAN.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com