Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Eh...Isu Perpadua Melayu Dah Senyap-Sunyi Je.... Ini Mesti ada apa-apa ni.....

Pertamanya, RM200 juta wang Tabung Haji dah kena songlap dek Abu Sahit dengan persetujuan Madir bagi pihak Maju Holdings untuk membeli menara yang tak laku dijual di tengah-tengah Bandaraya KL di Jalan TAR.

Kedua, sebanyak RM1 bilion wang PNB dah kena sapu dek Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhori untuk pembelian MMC dari PNB kerana tak cukup wang.

Ketiga, rombakan kabinet Madir. Hampir kesemua kerombolan konspirator dilantik menteri, timbalan menteri atau s.u parlimen menerusi wild card iaitu senator. Agaknya wakil-wakil rakyat umno dah tak buleh dipercayai lagi untuk pertahankan Madir dari serangan rakyat, maka digunakanlah tayar buruk atau surat khabar lama. Yang paling mengejutkan ialah perlantikan Zainuddin Maidin si hanturaya belaan Madir dan juga Adnan Mansor (shareholder terbesar dalam konspirasi menjatuhkan sdr AI).

Kepada rakan-rakan ahli umno, inilah masa yang paling sesuai untuk kalian menyatakan pendirian di dalam perjuangan samada ingin bersama kumpulan elitas politik pimpinan Madir yang tidak sekali-kali akan menghiraukan kalian kecuali para juak dan kroni terdekat. Atau bersama arus kebangkitan rakyat yang bila-bila masa sahaja dari sekarang akan menumbangkan diktator tua ini bersama para jongosnya. Bila sudah tumbang, pastinya Madir tidak lagi akan melihat kalian semua, melainkan cabut lari sahaja membiarkan kalian semua terkapai-kapai. Kalau masih sayang diri (sekurang-kurangnya), eloklah jauhkan dari UMNO yang bakal berkubur tak lama lagi. INGAT !!!! UMNO adalah benda yang dicipta maknanya tidak kekal. Yang kekal hanya Islam yang dijamin oleh Allah swt sehingga kiamat. Oleh itu, buatlah pendirian dari sekarang sebelum terlambat.

Wassalam.

Pak Dogol


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com