Putrajaya terhasil daripada hasil kajian di bawah tajuk "A Preliminary Study To Shift The Goverment Offices To Outside Kuala Lumpur" yang dijalankan oleh satu pasukan perunding pada awal tahun 1990'an. Di dalam kajian tersebut, pasukan perunding berkenaan telah mengenalpasti 7 tapak dicadangkan untuk dimajukan sebagai kawasan pentadbiran baru.
Pada awalnya, Prang Besar adalah tidak termasuk di dalam senarai berkenaan. Namun atas campur tangan pihak dalaman di EPU, maka Prang Besar telah dimasukkan sebagai salah satu tapak alternatif.
Berdasarkan kajian tersebut, kos pembangunan asal untuk pembangunan pusat pentadbiran baru ini ialah antara RM13-RM15 BILION. Memandangkan tidak adanya ketelusan di dalam perlaksanaan projek-projek mega kerajaan, maka kos ini tidak pun dikeluarkan untuk pengetahuan orang ramai. Melainkan akhbar yang mencanangkan bahawa kos pembangunan yang akan terlibat nanti adalah melebihi RM20 BILION. Dan di sini, terbukti bahawa kos pembangunan Putrajaya melebihi kos yang dianggarkan oleh pasukan perunding.
Oleh yang demikian, persoalan yang perlu dihebahkan kepada rakyat ialah, SIAPAKAH yang telah melesapkan lebih RM5 BILION untuk projek pembangunan Putrajaya ini ???? Inilah persoalannya mengapa rakyat terus mencurigai pembangunan putrajaya.
Tak usahlah Khir Toyo mendakwa bahawa pembangunan putrajaya adalah untuk kesejahteraan rakyat Selangor. Tiada sesiapa pun di kalangan rakyat akan mempersoalkan pembangunan putrajaya ini sekiranya ianya dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab. Malah kalau nak bangunkan 10 atau 20 putrajaya pun, seluruh rakyat bersetuju asalkan ianya benar-benar dimenafaatkan untuk kepentingan rakyat. Namun, hakikat sebaliknya yang berlaku.
Pembangunan putrajaya diserahkan bulat-bulat kepada sebuah syarikat iaitu Putrajaya Holdings (PH) yang mendapat arahan terus dari JPM sementara Perbadanan Putrajaya hanyalah sebagai pihak yang mengendoskan segala dokumen atau pelan untuk pembangunan putrajaya. Itupun hanya sekiranya dokumen atau pelan itu dipersetujui oleh PH dengan kontraktor yang terlibat juga diperkenankan mereka.
Jadi di sini, jelas bahawa pembangunan putrajaya adalah penuh dengan pelbagai pertanyaan, bermula daripada SIAPAKAH yang mempunyai tanah yang paling luas di Prang Besar (tentu sekali Golden Hope yang baru-baru ini berjaya dimiliki oleh Daim), SIAPAKAH yang telah merompak lebihan kos pembangunan putrajaya dan SIAPAKAH sebenarnya yang duduk di dalam syarikat PH itu kalau bukan anak-pinak PM, kaum-kerabat beliau, dan juga skru-spare part beliau. Lihatlah Mahligai Air Mata Rakyat yang kununnya berdiri megah di putrajaya itu. SIAPAKAH yang mendapat menafaat daripada pembinaannya. Bumbung diserahkan kepada iparnya, lantai diserah kepada anak-pinaknya, perabot diserah kepada anak-pinaknya, bekalan besi-keluli dan segala-galanya adalah diberikan kontrak kepada para saudara mereka.
Rakyat di kampung, terutama ahli UMNO hanya dikumandangkan cerita kununnya inilah pembangunan yang dibuat oleh orang Melayu. Orang Melayu apa kalau hanya para kerabat PM sahaja yang mendapat faedah sedangkan para petani di Kedah terpaksa berdepan dengan puta belit BERNAS, peneroka FELDA ditipu hidup-hidup oleh FELDA tentang bonus atau sebahagan anggota PDRM masih tidak menerima janji bonus mereka.
INILAH PERSOALAN YANG PERLU DIUTARAKAN UNTUK PERBINCANGAN PERPADUAN NASIONAL YANG DIWAR-WARKAN OLEH UMNO DAN PASTINYA KITA LIHATLAH NANTI BAHAWA PERBINCANGAN ITU TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN.
Sekian.
Pak Dogol