Pertamanya, surat jemputan untuk perpaduan melayu, Madir hantar gunakan kepada surat Perdana Menteri. Ini bertentangan dengan etika berpolitik, di mana, jemputan kepada parti-parti politik, sekalipun di dalam konen BN, ianya tidak boleh sama-sekali menggunakan kepala surat Perdana Menteri. Harus bezakan jawatan Perdana Menteri dengan jawatan Presiden Parti Politik.
Kedua, cara penyampaian di permulaan surat bukan setakat tidak wajar bagi kita orang-orang Melayu/Islam, malah boleh ditakrifkan sebagai BIADAP. Memang tidak sepatutnya di permulaan surat untuk mempelawa seseorang dengan menulis "SETELAH MEMBAWA MELALUI AKHBAR .......". Sekurang-kurang di bulan baik ini, adalah lebih hormat jika dimulakan dengan mendoakan kesejahteraan dan juga selamat idulfitri. Ini tidak, terus sahaja kepada ayat seperti yang tertera tu. Kan kurang manis bunyinya atau dalam bahasa kasarnya terlalu BIADAP.
Ketiga, kalau untuk perpaduan melayu, kenapa surat jemputan hanya dihantar kepada PAS dan KeAdilan manakala PRM diketepikan sedangkan kesemuanya parti politik ini adalah teras kepimpinannya adalah melayu. Ini menunjukkan ketidakikhlasan UMNO untuk perpaduan.
Keempat, ketika mengajak kepada perpaduan, dalam masa yang sama terus-terusan menekas dan menindas rakyat terutama rakyat yang menuntut hak mereka seperti mempersoalkan penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya yang merupakan ciri-ciri KEZALIMAN.
Inilah antara inti kepada penolakan KeAdilan terhadap pelawaan UMNO untuk berunding tentang hal perpaduan melayu. Ini pun sudah menampakkan ketidak jujuran UMNO menjemput orang lain untuk bersatu. Tambahan pula, selepas penolakan KeAdilan itu, tiba-tiba sahaja terus menyerang KeAdilan. Mana punya perangai ni, bila ditolak peminangan, dimaki hamun pula orang itu. Memang tak beradab langsung.
Pak Dogol