Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HARAP FADZIL NOR TIDAK JADI JUMPA MAHATHIR

Keputusan Dr Wan Azizah menolak pelawaan Dr Mahathir untuk berbincang tentang perpaduan Melayu amat menggembirakan saya. Walaubagaimanapun, reaksi Presiden PAS YB Dato' Fadzil Nor sehingga kini masih lagi membimbangkan saya. Sungguhpun berita terbaru hari ini mengatakan Dr Mahathir menerima kelonggaran syarat yang dikenakan oleh PAS iaitu perbincangan dilanjutkan kepada perpaduan semua kaum, saya amat berharap agar Dato' Fadzil tidak menemui Dr Mahathir.

Adalah jelas Dr Mahathir sekarang sudah terlalu terdesak sehingga sanggup berpura-pura mahu berbaik-baik dengan parti pembangkang yang beliau zalimi selama ini, contohnya isu royalti minyak Terengganu, Harakah, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Mengapa perlu kita berjumpa manusia seperti Dr Mahathir yang mahu bercakap tentang perpaduan orang Melayu setelah beliau kehilangan sokongan orang Melayu? Kita tidak memerlukan beliau, malah beliaulah yang terdesak memerlukan kita. Biarkan saja Dr Mahathir kesaorangan sehingga beliau berhenti melakukan kezaliman kepada parti pembangkang.

Sekali lagi saya amat berharap agar Presiden PAS tidak akan berjumpa dengan Dr Mahathir walau apa pun syarat yang dilonggarkan oleh Dr Mahathir.

Doktor Pakar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com