Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mat Taib akui Umno sedang tekan Mahathir

Oleh Wartawan Detikdaily

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kini sedang menghadapi tekanan yang semakin hebat di dalam Umno sendiri. Isu rundingan penyatuan Melayu dengan PAS dan keADILan terpaksa dicipta semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya di dalam Umno.

Perkara ini didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kelang, Azmin Ali, dalam satu ceramah khas keADILan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Ia diakui sendiri Naib Presiden Umno, Muhammad Muhd Taib kepadanya, di hadapan Kaabah, Makkah baru-baru ini.

Kata Muhd Taib kepada Azmin, "Tak ada orang lain yang boleh selesaikan seluruh masalah di negara kita, kecuali Anwar Ibrahim."

"Ini diakui sendiri oleh Muhammad Taib kepada saya, di depan Kaabah. Takkan dia nak cakap bohong di depan Kaabah," kata Azmin.

Muhd Taib juga mengaku kepada Azmin yang dia "memang seronok keADILan menang di Lunas."

Bila ditanya kenapa, Muhd Taib menjawab: "Nak ajar orang tua tu sikit, kerana terlalu angkuh dan sombong. Kononnya Umno kuat dan hebat. Tapi saya Naib Presiden Umno, saya tahu, Umno dah reput. Tak ada apa. Saya sendiri masuk kampung, tak ada orang nak dengar dah. Saya pergi Taman Selasih di Lunas, kena halau."

Selain Muhd Taib, kata Azmin, dia juga berjumpa dengan Aziz Sheikh Fadzir Naib Ketua Pemuda Umno, di Makkah, yang turut membuat pengakuan kepadanya mengenai tekanan yang sedang berlaku di dalam Umno supaya Mahathir berundur dengan segera.

Aziz juga telah memberi dorongan kepada Azmin supaya: "Teruskan, bantai lagi orang tua tu."

Azmin juga mendedahkan bahawa tekanan paling baru ke atas Mahathir dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Johor. Satu resolusi diluluskan pergerakan tersebut, menuntut supaya Mahathir membebaskan Anwar Ibrahim dengan segera.

.......................................
Petikan Detik Daily


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com