Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masej Tahun Baru Cina oleh DAP

Menyeru supaya semua rakyat Malaysia berikrar untuk meninggalkan perkauman dan membaktikan mereka demi kepentingan Malaysia di mana keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik dapat dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia Tahun Naga telah berakhir, menghancurkan harapan untuk mewujudkan Malaysia baru dengan keadilan, demokrasi dan pentadbiran baik. Cabaran utama dalam tahun Ular ialah sama ada rakyat Malaysia bolah mendapatkan semula peluang yang terlepas tahun lalu.

Sepatutnya dalam tahun lalu, terdapat suatu perubahan dalam politik Malaysia di mana rakyat Malaysia telah berlangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam proses pembangunan negara, dan politik Malaysia tidak didominasikan oleh isu kaum dan agama tetapi berdasarkan isu keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik.

Tetapi semua ini tidak berlaku, dan dalam tahun lalu, politik perkauman yang teruk muncul semula disertakan ugutan dan gangsterisme dan seruan "Perpaduan Melayu" menutupi seruan "perpaduan rakyat Malaysia".

Walaupun konsep Bangsa Malaysia telah ditinggalkan oleh orang yang memulakannya, tetapi semakin banyak rakyat Malaysia menjangkaui perkauman dan agama untuk memperjuangkan wawasan Malaysia di mana nationaliti Malaysia mengatasi identiti kaum.

Walau bagaimanapun, pengendalian isu SKJ © Damansara dan keengganan menerima cara penyelesaian "3-menang" merupakan perjuangan yang pahit dan lama sebelum perubahan politik bermula di Malaysia.

Dalam tahun lalu, peluang untuk pembaharuan ekonomi telah terlepas, pembaharuan ekonomi adalah syarat bagi pemulihan ekonomi yang berterusan di Malaysia. Terdapat amaran bahawa kerajaan Malaysia mengulangi kesalahan yang sama sehingga menyebabkan negara terjunam dalam krisis ekonomi 1997-98 kerana kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang cukup untuk memperkukuh asas-asas ekonomi Malaysia.

Malaysia mungkin berada dalam kedudukan kuat untuk menghadapi keghawatan ekonomi dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah 5% tahun ini, jika pembaharuan ekonomi dan penstrukturan semula untuk menghapuskan kronisme dan semua penyelewengan ekonomi dan ketidakcekapan telah dijalankan dalam tempoh 3 tahun yang lepas.

Malaysia juga telah gagal dalam pembaharuan politik, dan menjadi satu-satu negara yang dilanda krisis ekonomi Asia yang enggan menjalankan pembaharuan ekonomi dan politik.

Walau bagaimanapun, terdapat haparan di depan. Harapan telah dihidupkan oleh Ketua Hakim Negara Baru untuk memulihkan keyakinan awam terhadap kebebasan, keadilan dan integriti badan kehakiman dan usaha Suhakam melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia supaya memulihkan kedaulatan undang-undang dan hak asai manusia yang telah terhakis selama 1 dekad.

Rakyat Malaysia, dari semua kaum, agama atau kepercayaan politik harus berikrar untuk meninggalkan perkauman dan membaktikan mereka demi kepentingan Malaysia di mana keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik dapat dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------
Mesej Tahun Baru Cina Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 22 Januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com