Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ibu bapa bagi murid-murid sekolah Damansara tidak harus dipisahkan

Ibu bapa bagi murid-murid sekolah Damansara tidak harus dipisahkan di kalangan mereka kepada "majoriti" dan "minoriti" tetapi bersatu padu untuk menuntut formula "menang-menang" iaitu "sebuah sekolah 2 bangunan" atau 2 buah sekolah Pernyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad semalam tentang pertikaian penempatan semula SJK © Damansara adalah amat dikesali kerana ia mengesahkan bahawa beliau bertindak sebagai seorang ahli politik dan bukan ahli pendidikan untuk menyelesaikan isu itu.

Menurut akhbar New Straits Times hari ini, Musa "menggesa majoriti yang tidak membantah penempatan semula supaay menyuarakan pandangan mereka".

Beliau berkata:

"Apa yang kita dengar ialah pandangan minoriti, bukan majoriti. Jadi, nampaknya majoriti yang menentang pergerakan itu. Kita inginkan majoriti menyuarakan pandangan mereka supaya minoriti sedar akan kesan tindakan mereka." DAP sentiasa konsisten dengan pendirian ibu bapa yang inginkan sekolah baru dibina di Tropicana dan anak-anak mereka mengekal di Puay Chai II buat sementara waktu supaya dihormati, begitu juga pendirian ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka mengekal di sekolah asal di Seksyen 17. Inilah sebabnya DAp mengemukakan formula "menang-menang" untuk menamatkan kontroversi itu - terutamanya negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan sekolah rendah Cina akibat daripada permintaan murid-murid semua kaum!

Walau bagaimanapun, pernyataan Musa semalam meminta "majoriti" supaya menyuarakan pandangan mereka selepas kata duanya bukan sahaja merupakan suatu hasutan, tetapi juga menjadikan Menteri Pendidikan seorang yang tidak konsisten, tidak ikhlas dan bersikap oportunis.

Kata dua Musa harus dibantah atas 4 sebab penting:

  • ia mengandungi ugutan dan taktik keras yang tidak sesuai untuk mengendalikan kebimbangan ibu bapa terhadap kebajikan pendidikan anak mereka;
  • ia menunjukkan penghinaan terhadap pandangan dan hak yang digambarkan oleh Musa sebagai kebanyakan ibu bapa yang menyokong penempatan semula ke Puay Chai sementara menunggu pembinaan sekolah baru di Tropicana;
  • ia menghancurkan kes penutupan sekolah Damansara asal yang dikatakan oleh Kementerian Pendidikan sebagai tidak sesuai - tiada seorang yang menjangka Menteri Pendidikan akan meminta 1,400 orang murid kembali ke sekolah asal jika bangunan sekolah lama adalah bahaya dan tidak sesuai untuk diteruskan;
  • ia kelihatan sebagai sebahagian daripada komplot MCA untuk mewujudkan pertelingkahan di kalangan ibu bapa, membuatkan mereka beradu antara satu sama lain melalui tunjuk perasaan seperti yang berlaku dalam 2 hari yang lalu - ini bukan sesuatu yang harus dilakukan seorang Menteri Pendidikan yang datang dari peringkat akademik untuk mengurangkan elemen politik dalam pendidikan;

    Ibu bapa tidak harus dipisahkan kepada "majoriti" dan "minoriti" tetapi kekal bersatu atas pendirian mengenai 2 isu:

    Pertama, setiap ibu bapa - saam ada menyokong atau membantah penempatan semula- bertindak atas kepentingan pendidikan anak mereka dan tiada seorang pun yang ingin mengorbankan masa depan anak mereka dengan memainkan politik atau menjadi alat politik mana-mana pihak;

    Kedua, semua ibu bapa mempunyai pandangan sebulat suara supaya Kementerian Pendidikan menarik balik kata dua dan menghormati hasrat ibu bapa yang menyokong atau membantah penempatan semula dengan menerima formula "menang-menang".

    Sehubungan itu, pendirian lembaga pengarah SJK © Damansara terkini ialah secar prinsip sekolha berumur 70 tahun itu harus dikekalkam dan lembaga pengarah akan meminta 2 tempat bagi sekolah itu, pendirian harus dipuji kerana ia memberi peluang kepada semua ibu bapa untuk mengambil pendirian sebulat suara dan bukan dipisahkan di kalangan mereka. Lembaga pengarah harus mempertimbang untuk mendapatkan suatu petisyen yang menyatakan pendirian ibu bapa bagi formula "menang-menang" dan ditandatangani semua ibu bapa dan dituju kepada Menteri Pendidikan.

    Telah tiba masanya menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan mengetepikan elemen politik dan megnambil pendirian untuk menyelesaikan kontroversi sekolah Damansara dengan formula "menang-menang". Ini akan lebih bermakna daripada membazirkan masa dan sumber untuk memikirkan komplot politik bagi menteri Pendidikan.

    Dapatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menjelaskan sebab mengapa MCA dan Gerakan tidak boleh menyokong formula itu atau suatu pilihan raya kecil diperlukan untuk memecahkan kontroversi ini?

    Isu sekolah Damansara kini telah menjadi suatu ujian bagi Musa, sama ada beliau sedia berhenti memainkan politik, menarik balik kata duanya dan menerima formula "menang-menang" dan ujian bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan mengapa mereka tidak menggunakan pengaruh mereka (Liong Sik dan Keng Yaik telah berada di Kabinet selama 15 tahun) untuk menyelesaikan isu ini iaitu mengekalkan sekolah asal dan membina sekolah baru di Tropicana.

    --------------------------------------------------------------------------------
    Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 20 Januari 2001


  •         
    Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

    Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
    Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com