SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan
(Fwd: Danaharta Rescues Vincent Tan - CONFIRMATION)
Oleh: Ganesh Sahathevan
Danaurus Sdn Bhd. sebuah anak syarikat Danaharta telah memegang 172,350,996 juta saham (bersamaan 11.5% daripada jumlah saham seluruhnya) kepunyaan Berjaya Group Bhd bagi pihak Vincent Tan Chee Yioun. Butiran ini ada tercatat pada mukasurat 171 'The Berjaya Group Annual Report 2000', yang ditandatangani oleh Pengerusi Vincent Tan.
Tan mempunyai pegangan keseluruhan sebanyak 35% dalam BGroup ini. Sebanyak 8.3 persen lagi dipegang oleh beberapa syarikat nominee dalam bentuk kolateral. Ini bererti hanya sekital 20% masih dipegang oleh pihak bank. Sekitar 5% berada dengan beberapa syarikat yang dikuasai oleh Vincent, seperti yang berlaku kepada B&B Enterprises dan Lengkap Bahagia.
Pegangan ini tercatat pada 18 Diember 2000. Sejak itu harga saham Berjaya sudah menurun dan di waktu artikel ini ditulis ia berada sekitar 30 sen se saham.
Danaharta tentulah memgnagn saham itu sebagai satulangkah menanggung hutang bertapuk dan juga kolateral yang diunjukkan. Namun, disebabkan kerahsiaan urusan Danahart itu, hutang bertapuk yang sebenarnya diambil-alih memang tidak dapat dikesan dengan mudah.
Sebagai catatan rasmi, Danahart sudah menanggung antara Rm20 hingga 60 juta hutang yang pernah diperolehi oleh Vincent Tan bagi pihak Sun Media Sdn Bhd. Bukti sahih dapat dikesan melalui laporan Gemtech Bhd. Kepada BSKL dalam cadangannya untuk memperolehi Sund Media. Ketika itu Vincent menguasai Sun Media sebanyak 60%, sementera Berjaya Group dan BToto menguasai sebanyak 25% lagi.
-Ganesh Sahathevan-
8.1.2001
-MT-