Di sekitar Kuala Lumpur, sejak petang semalam( 8 Januari )lagi sudah kedengaran desas desus perubahan kabinet, bertolak dari perletakan jawatan HaMid OthMan di Jabatan Perdana Menteri.
Mungkin tidak memeranjatkan jika Khalil Yaakob digugurkan dari jawatan menteri atas alasan beliau perlu menumpukan usaha dan tugas parti (umno) yang selama ini tidak ada sesiapa yang dapat melakukannya sepenuh masa.
APAKAH BENAR tAM MENJADI MENTERI ?
Menurut sumber, "tengku" Adnan Mansor ( tAM), adalah manusia yang terlibat secara langsung dalam menyebarkan surat dan buku fitnah terhadap DSAI akan dinaikkan pangkat ke jawatan menteri sebagai menteri Wilayah Persekutuan. Di kalangan pemimpin umno, pemberian pangkat dan jawatan kepada tAM tidak memeranjatkan. Beliau terkenal antara manusia paling setia dalam barisan kepimpinan umno yang menjalankan perintah Mahathir tanpa soal jawab, sehingga beliau telah menggunakan wang yang begitu banyak untuk mengedarkan buku-buku dan surat layang kepada ahli umno berkaitan dengan salah laku DSAI. Malah beliaulah yang bertanggungjawab melakukan pengedaran buku fitnah terhadap Anwar Ibrahim dengan arahan memandanya itu!!
REWARD: tAM MENJAYAKAN KONSPIRASI TERHADAP DSAI
Mungkin sukar utk tAM nafikan pembabitan beliau dalam konspirasi jijik ini, kerana secara rahsia juga penglibatan beliau terbongkar apabila alamat yang sering digunakan untuk menghantar bahan fitnah ini akhirnya diterima oleh seorang pemimpin umno yang mengatakan bahawa, hanya tAM saja yang menggunakan alamat tersebut dalam segala urusan umno. Dan alamat itu juga turut digunakan oleh beliau untuk menghantar sekeping kad raya dan diari 2001 TADMONSORI HOLDINGS kepada semua AJK umno Bahagian/Ketua Pemuda dan Wanita di seluruh negara, yang beliau turut menerimanya setiap tahun sejak tAM menjadi setiausaha kerja umno.
Kalau benar bagai dikata, kita ucapkan tahniah kepada manusia durjana yang bertopengkan senyuman di wajahnya, tetapi bersifat " beraja di mata, bersyaitan di hati"!! Tahniah juga kepada semua ahli umno yang bersengkongkol meletakkan manusia durjana ini ke jawatan menteri!
SIAPA LAGI YANG BERTUKAR DAN BERGANTI?
Entahlah, samada benar atau tidak. Mahathir ingin membuat sesuatu yang di luar dugaan rakyat Malaysia, termasuk para pemimpin umno sendiri. Kalau dulu jawatan Siti Zaharah juga dikatakan tersalah umum, tak mustahil pertukaran yang telah dicium baunya ini ditukar juga di saat akhir.
Yang ada dalam kepala saya cuma, ke mana Mahathir nak letak si Hishamudin , Ketua Pemuda umno yang layu dan kuyu ini. Yang kununnya beria-ia benar mencabar Mahfuz untuk berdebat, tetapi kemudiannya memberi seribu satu macam dalih untuk mengelakkan berlakunya perdebatan itu diadakan. Sehingga memaksa Pak Lah membuat kenyataan, kununnya perdebatan itu akan mengganggu proses pertemuan biji mata ke mata antara Mahdey dengan YBhg Ust Fadhil Noor dan Datin Seri Wan Azizah. Pada hal, pertemuan itu juga hanyalah strategi Mahdey yang sudah kehilangan modal ( rujuk artikel Wak Amin berkaitan dengan perpaduan melayu).
Yupe, ke mana si Hisham ni nak dicampakkan? Menurut sumber, tidak mustahil Shahrizat Jalil akan mengambil tempat Hisham yang kemudiannya akan menjaga Hal Ehwal pengguna menggantikan Muhyidin Yassin. Lagipun, Hisham dikatakan tidak berkaliber, tidak ada kredibiliti memimpin dan mentadbir. Cukuplah diberi jawatan untuk melawat pasar bagi menentukan harga ayam dan beras setiap kali perayaan besar tiba. Atau sekadar membuat riuh rendah berkaitan dengan kenaikan harga barang-barang selepas Tahun Baru Cina nanti?
MUHYIDIN DI KEMENTERIAN KEWANGAN?
Pun tak pasti juga. Kalau benar bagai dikata, takkan Daim sanggup letak jawatan seperti HaMid OthMan? Atau .... mungkinkah Muhyidin akan dijadikan mangsa seterusnya untuk menyandang menteri kewangan kedua?
Bertuahlah badan Muhyidin Yassin!
RAIS PEMBAKAR JAMBATAN DI KEMENTERIAN LUAR?
Begitulah dengar khabarnya. Bagus jugak! Lagipun isterinya Masnah tu macam celebriti dan ligat orangnya. Pasti seronok diundang melayani menteri-menteri dan delegasi dari luar negara. Pastinya baju kurung dan kebarung ketat dipenuhi labuci akan ditayang saban hari di majlis-majlis begitu. Biar orang tahu, isteri Menteri Luar Malaysia yang glamour, ada kelas . Tak macam isteri Syed Hamid yang dikatakan agak lemah lembut dan penyegan, bertudung dan tak boleh masuk majlis yang haram-haram!
Ke mana pulak Syed Hamid kalau begitu? Yang pasti kerusi Menteri Penerangan akan kekosongan jika benar Khalil digugurkan! Apakah Syed Hamid layak ke situ? Kita tungguuu!!
APAKAH TELAHAN INI BENAR?
Ini bukan telahan, tapi sekadar gossipping di kalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan di Kementerian-kementerian, termasuk orang kanan umno sendiri. Tetapi bagi rakyat Malaysia, gossip-gossip begini kadang kala ada betulnya. Dah banyak buktinya. Cuma Mahathir saja takut rakyat dapat membaca congakan beliau. Sebab itu terdapat juga suasana kelam kabut di saat akhir untuk menukar itu dan ini supaya congakan beliau tidak seperti berita yang sudah tersibar! Tengok sajalah bagaimana jawatan Siti Zaharah dipinda di saat akhir, sebagaimana jawatan Najib bertukar pada malam sebelum pengumuman dibuat! Kalau tidak.... Najib sekarang sedang mengira berapa tan baja nak diedarkan ke tanah-tanah pertanian kelompok , atau mengira-ngira untuk membuat Konsortium Perkhidmatan Persenyawaan Benih Ikan yang akan diusahakan oleh isterinya Rosmah Mansorrrr ( Rosmah Dot Dot??).
Cuma kita tunggu saja, dan pastinya ramai juga golongan yang perasan menjadi menteri akan berputih mata selepas lagi?
Dahlia/KL
9 Januari 2001.