Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tektik jahat Mahdey bermula di Media?

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Hari ini adalah hari ke-9 di bulan Syawal. Masih di dalam bulan yang mulia, sebahagian besar masyarakat Islam masih melakukan puasa sunat di bulan Syawal. Hari ini juga, hari ketiga sebahagian besar rakyat Malaysia kembali bertugas, selepas beraya. Otak masih fresh, dan yang tinggal cuma saki baki kueh raya di celah gigi. Selebihnya sudah menjadi bahan toksid yang berguna kepada Alam Flora utk peluang bisnes.

Di ofis, seperti biasa, saya melihat beberapa tajuk utama di akhbar hari ini ( peringatan, akhbar BH dibekalkan, percuma!).

Saya melihat tajuk utama di muka depan Berita Harian hari ini , "Tiga pemimpin bersemuka". Wow, siap dengan gambar kaler lagi. Muka Mahdey yang melihat karektor serius bersongkok hitam, wajah Ustaz Fadhil Noor dan wajah Datin Seri Wan Azizah ( yang sweet dan mengkagumkan!). Tapi jangan salah congak, gambar kaler tu tak ada kos tambahan pun pada BH sebab mereka ambil kesempatan dari iklan Telekom (blurb - di bawah). Ehm!!

Saya tak baca apa yang ditulis oleh Kadir Dikoh. Saya tahu itu semua tulisan mengampu, pembohong dan nakal. Saya kira, kalau saya baca, hanya membuang masa saya!

Saya menghubungi seorang client saya yang sehingga kini masih jadi orang "kuat" umno. Kununnya bertanya khabar, maklumlah, dia beraya nuuuunn jauh di sana di sebelah isterinya. Maka tak dapeklah den nak ke Istananya di KL raya lepas. Miss duit raya!

Maka, berceritalah beliau dengan ramahnya. Maklumlah, dah lama tak makan waktu siang. Perut kenyang idea banyak , apa lagi, lajulah bersembang! Huh, kalah CNN!

Kata beliau, yang sebenornyer, itu semua perang saraf umno saja. Bagi pihak umno, tak ada apa pun! Itupun baru di"cadangkan" dalam mesyuarat pengurusan umno semalam yang dipengerusikan oleh Pak Lah. Cadangan ialah bahawa agar ada satu pertemuan diadakan antara Mahdey dengan pemimpin parti yang berasaskan parti orang Melayu ( baca: parti orang Melayu. Bukan Islam). Pun cadangan itu belum dikemukakan lagi kepada Mahdey yang akan membuat keputusan setelah menimbang untung dan ruginya beliau berbuat begitu.

Cadangan pertemuan itu dipersetujui di dalam mesyuarat pengurusan semalam. Yelah, dalam umno ni mana ada bangkang-bangkang. Yang mereka tahu, angguk dan tepuk tangan. Itu saja. Nama saja dah lama menjadi nadi dan tulang belakang kerajaan, tapi tidak ada demokrasi dalam parti. Statik. Beku dan jumud. Macam batu berendam . Akhirnya berlumut!

Kata sumber lagi, Doktor Mahdey pun belum beri sebarang komen lagi. Belum kata apa-apa! Tapi akhbar dah bawak citer seolah-olah ia adalah satu keputusan umno.

Saya lihat caption di bawah gambar Mahdey: " Mahu pertemuan diadakan secepat mungkin".

Menjawab soalan saya ( rasa macam wartawan pencen pulak), sumber memberitahu bahawa itu semuanya tektik Mahdey saja! Bila berita itu sudah disiarkan begitu rupa, maka dengan tidak secara langsung ia akan menjerat kedua pemimpin berkenaan ( PAS dan KeADILan) untuk bersetuju , kerana ia secara tidak langsung memperlihatkan keTRANSPARENsan, ketulusan dan bertanggungjawabnya umno dalam soal perpaduan umat Melayu ( kalaupun tidak umat Islam!). umno benar-benar mengagak, strategi ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menarik semula orang Melayu kembali kembali kepada umno, atau setidak-tidaknya tidak lagi membenci umno! Paling busukpun, akan menghalang lebih ramai ahli umno dari terus membenci umno.

Saya perhati lagi ketiga-tiga gambar tersebut ( tanpa membaca sebarispun tulisan Kadir Dikoh), Gambar Mahdey memandang ke arah kedua-dua pemimpin BA. Hanya orang yang faham saja akan dapat membaca apa yang tersirat dengan paparan gambar itu. Masakan gambar itu disiarkan begitu rupa tanpa sebarang tujuan. Mungkin Editor BH sedang tersenyum lebar. Atau Mahdey yang kini berada di Myanmar yang pastinya sudah menerima akhbar berkenaan via satelite sudah tersenyum lebar!

Kata sumber lagi, kebanyakan pemimpin umno yang "tidak suka" kepada Mahdey juga dapat mengagak tektik Mahdey kali ini!

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Dahlia/KL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com