AMARAN KERAS BUAT USTAZ FADZIL NOOR ~ “ORANG MUKMIN TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI PADA SATU LUBANG !! “
Yang Dihormati,
Al Fadhil Ustaz Fadzil Mohd Noor,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS),
Markaz Tarbiyyah PAS Pusat,
Taman Melewar,
Kuala Lumpur.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ustaz,
Terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana terpaksa menulis surat ini ke pangkuan Ustaz secara terbuka memandangkan isu yang berbangkit adalah secara terbuka juga. Juga tujuan saya menulis secara terbuka ini supaya ianya dinilai oleh jutaan rakyat dan ahli-ahli parti daripada kalangan Barisan Alternatif khasnya. Lagipun rasanya tidak salah jika saya memilih cara terbuka begini kerana, kalau tidak silap ingatan saya, Amirul Mukminin Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur secara terbuka oleh rakyat Baginda ketika di awal perlantikannya sebagai Khalifah al Rasyidin, sepertimana yang disebut dalam suatu ungkapan yang masyhur kita baca, (berkata seorang lelaki) “ Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau dengan mata pedang aku ini” , lalu dijawab oleh Umar, “Alhamdullillah, kerana ada orang yang sudi memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya”.
Jadi, berdasarkan ini saya mengambil kesempatan untuk menulis di ruang terbuka siber ini bagi memperingatkan Ustaz akan musibah dan bencana yang besar bakal menimpa Jamaah kita sekiranya Ustaz masih terpukau dengan slogan ‘Perpaduan Melayu” yang ditiupkan oleh Umno dan pemimpinnya dewasa ini. Slogan perpaduan Melayu yang ditiupkan oleh Mahathir dan Umnonya itu merupakan jerat dan perangkap beracun yang amat merbahaya sekali kepada keutuhan perjuangan kita yang semakin mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ustaz,
Pada 1 Januari lalu saya telah memberikan amaran betapa Mahathir yang sedang kelemasan akibat asakan bertubi-tubi oleh rakyat kini terpaksa mencari dan merekacipta pelbagai helah dan tipudaya untuk menyelamatkan dirinya. Setelah segala helah dan tipudayanya itu berjaya dikesan dan dipatahkan oleh rakyat, beliau akhirnya ‘akur dan tunduk’ dengan kehendak majoriti rakyat iaitu kembali kepada ‘perdamaian’ dengan menawarkan ‘gencatan senjata’ kepada Barisan Alternatif. Tujuannya cuma satu, iaitu menyelamatkan karier politiknya yang sedang menuju penghujungnya itu.
Apa yang cuba ditiupkan oleh Mahathir melalui slogan perpaduan itu bukannya untuk menyelamatkan bangsa Melayu tetapi untuk menyelamatkan diri dan para kroninya yang jika beliau ditumbangkan dalam keadaan beliau amat lemah, sudah pasti segala-galanya akan hancur berkecai. Beliau mahu mewujudkan satu keadaan stabil dimana jika beliau jatuh atau berundurpun, desakan dan asakan rakyat terhadap hukuman dosa-dosa beliau akan dapat dineutralkan untuk membolehkan beliau berada pada kedudukan yang lebih selesa kesan pengaruh perpaduan yang telah dicapai dengan PAS sebelum itu.
Ustaz,
Adalah amat membimbangkan bagi para pengikut Barisan Alternatif yang kini telah menjadi kuasa dominan politik negara apabila Ustaz telah menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Mahathir dan partinya. Walau atas apa tujuan dan niat sekalipun, ianya sekali-kali tidak dapat meredakan keresahan dan kerisauan para penyokong dan rakyat amnya. Dalam keadaan Barisan Alternatif mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi dan berada pada kedudukan yang kukuh dan padu, sebarang langkah dan tindakan untuk berunding dengan “musuh” adalah suatu kesilapan strategi. Apatah lagi musuh yang ingin diajak berbincang itu merupakan pembelit dan penipu yang maha buruk.
Sepatutnya dalam keadaan kita (BA) telah berada di kedudukan mendominasi BN, soal berunding atau berbincang semata-mata untuk ‘memanjangkan hayat’ parti dan pemimpin puaka seperti Mahathir itu tidak timbul sama sekali . Amat menarik jika kita menoleh ke zaman Nabi Musa a.s. dahulu bilamana beliau kelemasan ditelan Laut Merah, adakah Nabi Musa a.s. bersimpati dan mahu menolong Firaun lagi ? Walhal sebelum itu, ketika masih dipuncak kuasa, ketika masih dibaluti kekuasaan yang maha hebat dan begitu gagah, Firaun lah manusia paling angkuh dan bongkak dari tunduk kepada seruan kebenaran dan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Kenapa setelah tersepit dan hampir maut maka baru mahu mengaku tunduk kepada seruan kebenaran?
Ustaz,
Salah satu agenda mega yang maha busuk yang cuba diambil kesempatan oleh Mahathir daripada isu perpaduan yang ditimbulkannya ialah untuk menanamkan bibit keraguan, kerisauan, kebimbangan dan lemah semangat serta moral di kalangan para pengikut dan penyokong PAS khasnya dan rakyat amnya terhadap pucuk pimpinan serta sesama ahli. Akan muncul nanti dua kelompok yang saling bertentangan iaitu satu yang pro perpaduan dan satu lagi yang anti totok kepada UMNO dan Mahathir. Apabila wujudnya pertentangan dua kelompok dalam parti maka akan lemahlah parti dan akan terbantutlah kekuatan jamaah dan perjuangan. Inilah niat tersirat yang sebenar yang dikehendaki oleh Mahathir kerana sebarang kekuatan dan perpaduan jitu pembangkang akan menjadi mimpi ngeri buatnya manakala apa jua bibit perselisihan dan perpecahan adalah keseronokan yang sentiasa didambakan sepanjang masa. Barang harus diingat bahawa strategi ‘divide and rule’ yang digariskan oleh Mahathir bukan sahaja melibatkan soal-soal fizikal yang ketara tetapi permainan psikologi di kalangan sesama penyokong parti pembangkang juga merupakan salah satu teknik yang bakal mengundang bencana kepada parti dan jamaah kita. Penyemaian benih-benih keraguan dan rasa tidak percayakan pucuk pimpinan yang kelihatan seperti mahu “menyeleweng” dari landasan asal yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan merupakan antara ‘berlian’ yang amat dinanti –nanti dan diharapkan oleh Mahathir, yang merupakan seorang pakar strategis politik terulung di dunia hari ini. Samada suka atau benci, kita harus mengakui hakikat ini.
Ustaz,
Saya ingin mengingatkan Ustaz dan barisan kepimpinan PAS akan amaran Nabi s.a.w. dalam hadis yang masyhur, ‘Tidak akan dipatuk seseorang mukmin itu dua kali pada satu lubang”. Saya berharap Ustaz tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh Datuk Asri Muda dahulu dalam membawa jamaah ke jurang kemusnahan. Cukuplah sudah segala keperitan yang terpaksa ditelan dan ditanggung ketika PAS “berkesedudukan’ dengan UMNO/BN dalam tahun 70an dahulu. Cuba Ustaz fikirkan, apa dan kenapa serta mengapa tiba-tiba Mahathir menawarkan program perpaduan ini. Kalau hari tak mahu hujan, kenapa petir dan guruh berdentum dentam? Kalau langit tidak berawan masakan hujan akan menyiram ? Lagipun, untuk apa PAS harus menerima tawaran UMNo itu walhal sekarang ini PAS dan BA berada di kedudukan cukup kukuh dan stabil di pandangan mata rakyat dan cuma mahu menunggu masa sahaja (2004) untuk membuat perhitungan terakhir ? Apa yang sebenarnya ingin PAS perolehi ? Apa yang sebenarnya ingin PAS sampaikan ? Apa yang sebenarnya ingin PAS tonjolkan ?
Ustaz,
Harus diingat bahawa kedudukan dan kekuatan yang PAS perolehi sekarang ini adalah hasil dari kebencian mutlak rakyat kepada Mahathir terutama dalam kes Datuk Seri Anwar. Cara Mahathir melayan Anwar terlebih kejam dan zalim daripada Slobodan Milosevic melayan rakyat Bosnia, kalaupun tidak menyamainya pun. Dalam keadaan Anwar masih menderita dan sengsara kerana pengorbanannya membela rakyat, tiba-tiba PAS terhegeh-hegeh mahu menghulurkan salam kepada tangan Mahathir yang teramat kotor itu hanya semata-mata mahukan publisiti kah ? Masih tidak cukup lagikah tangan-tangan ‘sahabat’ dalam Barisan Alternatif untuk Ustaz hulurkan tangan dan menggenggam erat padanya ? Apa agenda Pas yang ingin Ustaz bawakan dalam mesej yang mahu dibuat oleh Umno itu ? Tidak bolehkah ianya dijelaskan secara lurus dan telus kepada rakyat dan ahli-ahli parti sebelum menyatakan persetujuan ? Tidak bolehkah diminta satu persetujuan ahli (dengan memanggil satu muktamar khas misalnya) sebelum menyatakan kesanggupan ? Adakah persetujuan PAS itu suatu persetujuan kolektif atau cuma persetujuan pucuk pimpinan tertentu sahaja ? Sudah lapar sangatkah PAS maka barang apa yang ingin disuapkan oleh UMNo harus dikunyah dan ditelan ? Kenapa dalam soal sepenting ini pandangan dan kebimbangan ahli parti mahu dikesampingkan ? Tidakkah Ustaz sedar bahawa kekuatan PAS adalah kerana sokongan padu ahli dan rakyat, maka untuk membuat keputusan yang melibatkan soal maruah dan kewibawaan parti sebegini langsung tidak diambilkira sensitiviti mereka ?
Ustaz,
Saya bukannya mahu berlaku biadap dan kurang adab dengan pucuk pimpinan, tetapi saya harap Ustaz dapat berlapang dada dan berjiwa besar sepertimana contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang saya contohkan di awal surat ini tadi. Saya cuma ingin melahirkan rasa bimbang dan gelisah yang bukan kepalang dengan tindakan Ustaz yang bersetuju menghulurkan tangan kepada UMNO tersebut. Rasanya saya tidak berseorangan dalam berkongsi keresahan ini kerana masa depan dan kekuatan PAS akan ditentukan oleh halatuju yang akan Ustaz bawakan. Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir sama sekali tidak layak untuk menghulurkan agenda perpaduan dalam keadaan tangannya yang masih teramat kotor itu. Sudah lupakah Ustaz dengan Memali ? Sudah lupakah Ustaz dengan Lubuk Merbau ? Sudah lupakah Ustaz dengan mata lebam Anwar Ibrahim ? Sudah lupakah Ustaz dengan royalti minyak ? Akan sia-siakah penyokong dan rakyat yang dibelasah dan disumbat ke dalam lokap semenjak lebih dua tahun yang lepas semata-mata kerana berhimpun untuk mendesak Mahathir berundur itu ? Akan semudah itukah Ustaz mahu menggadaikan segala kesakitan dan pengorbanan mereka dengan hanya menghulurkan tangan perpaduan dengan Mahathir ? Akan semudah itukah Ustaz melupakan penderitaan dan keperitan yang begitu sengsara yang ditanggung oleh Anwar semenjak lebih dua tahun yang lalu ? Dibelasah separuh mati, diracun dengan arsenik dan dibiarkan kesakitan tulang belakang tanpa rawatan yang sewajarnya ? Tangan siapakah yang melakukan semua ini kalau bukan si Mamak Tongkang durjana itu ? Dan dengan mudah pula Ustaz mahu menghulur tangan kepada ‘syaitan’ yang berkuasa di Putrajaya itu ? Adakah ini sahaja “nilai” yang Ustaz letakkan kepada Sdr Anwar yang telah berkorban sebegitu besar itu? Atau sudah lupakah Ustaz bahawa tanpa Anwar, tidak mungkin PAS akan beroleh kekuatan sedemikian rupa pada hari ini sehingga dapat menguasai sebahagian besar sokongan orang-orang Melayu . Semudah itukah Ustaz mahu melupakan isu pokok ini ? “Mulia” sangatkah tangan si Mamak Tongkang keturunan bangsat tak sedar diri itu sehingga Ustaz sanggup melukakan hati dan semangat tinggi yang ada pada para penyokong PAS di seluruh negara kini ?
Ustaz,
Sekali lagi saya mohon jutaan maaf andainya surat ini agak kasar penyampaiannya, tetapi niat saya hanyalah kerana ingin menyelamatkan parti dan rakyat daripada perangkap manusia celaka bernama Mahathir itu. Jika Sayyidina Umar bersedia menerima teguran yang keras dan kasar daripada rakyatnya, masakan tidak pada Ustaz ? Kadang ucapan yang keras dan kasar adalah perlu untuk membangkitkan kita dari lamunan panjang dan mimpi yang indah serta muluk-muluk. Bukan niat saya untuk ‘derhaka’ kepada pucuk pimpinan tetapi sekadar mengingatkan bahawa ‘Orang mukmin tidak seharusnya dipatuk dua kali pada satu lubang”. Jika Ustaz cuba melencong dari kehendak majoriti rakyat, Ustaz akan dipinggirkan dari barisan kepimpinan akan datang. Sebagai ‘orang bawah’ menjadi kewajipan saya untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan ‘orang atas’ sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum cempedak menjadi nangka. Ini PAS, bukan UMNO, yang melihat Presidennya seperti ‘maksum’ yang langsung tidak melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur dan diperbetulkan !!
Dan akhirnya ingin saya tegaskan bahawa TIDAK ADA APA-APA KEPERLUAN UNTUK PAS MENYAHUT SERUAN PERPADUAN YANG DIBAWA OLEH SI MAMAK TONGKANG ITU. Lainlah jika PAS begitu bersimpati dengan nasib Mahathir yang semakin hampir nak tumbang itu, maka persilakanlah menyahut seruan tersebut !! Harus disedari bahawa PAS akan terus dihormati dan didokongi oleh rakyat selagi ia berpegang teguh dengan prinsipnya !
Salam kemaafan dari,
Cucu Datuk Bahaman
16 Januari 2001