Assalamualakum,
Kalau dulu setiap kekalahan PAS dalam pilihanraya, maka disusuli dengan segala macam tohmahan dan kata-kata kejian datang dari pihak UMNO. Tetapi atas semangat juang para pemimpin PAS yang ada dan menerima setiap ketentuan dari Allah itu dengan tangan terbuka, selepas sehari menerima kekalahan mereka tetap dengan tanggungjawab mereka untuk menegakkan kalimah Allah dan tanpa merasa sedikit pun kekecewaan, urusan ceramah dan mentarbiahkan umat islam tetap dilakukan.
Inilah yang dinamakan PEMIMPIN JATI, bukan sekadar berani bercakap tapi berani menghadapi segala rintangan demi perjuangan.Pemimpin PAS walauppun telah bertahun-tahun menerima kekalahan demi kekalahan tapi tetap mengatur langkah mengharungi rintangan bersama dengan pengikut dan penyokongnya. Bak kata kelaut sama direnangi ke bukit sama didaki.
Sesiapa saja yang mempunyai pempimpin sedemikian rupa, bukan saja berbangga malah sanggup apa saja demi mempertahankan maruah pemimpin mereka.
TAPI MALANG BAGI UMNO, baru sekali(1x) menerima kekalahan, pemimpin utama mereka iaitu Wan Mokhtar bagaikan tak cukup tanah melarikan diri keluar negara, kemudian diikuti pula dengan Bakar Daud. Mungkin agaknya sudah tiada calun duta yang muda boleh melakukan kerja duta dinegara pilihan memanda tua berdua ini.
Inikah sikap pemimpin UMNO yang meninggalkan anak buahnya terkulat-kulat tanpa pemimpin berwibawa dan berkaliber, yang tertinggal hanyalah mamak tongkang dan budak hingusan. Adakah ini sikap pemimpin UMNO yang dibangga-banggakan oleh anak buahnya.Dimana sifat kepimpinan yang ada pada peminpin UMNO, kalau tidak sanggup menerima kenyataan dan tidak sanggup susah bersama.
Jadi kesimpulannya, kepada penganut UMNO, fikirlah sebijaknya untuk masa depan generasi akan datang..ungkapan "kalau PAS menang..kita akan makan ubi kayu macam zaman Jepun..."nyata tidak menjadi kenyataan, itu cumalah rekaan kempen Wanita UMNO yang ketandusan idea. Lihat Terengganu sekarang , adakah telah huru-hara...tidak pun.
Marilah kita sama-sama dibawah kepimpinan ulamak membentuk sebuah negeri yang aman dan makmur yang bersih dari dosa dan maksiat yang semakin menular dan mengganas dibandar-bandar besar.Marilah kita cuba membentuk masyarakat yang harmoni dan berdaya maju seterusnya menjadi contoh kepada kaum asing.
Wassalam.
cybertaliban(jan25)