Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perpecahan Umat Islam Zaman Khalifah Ali

Sewaktu berlakunya peperangan di antara tentera-tentera Saidina Ali dengan tentera-tentera Muawiyah, keadaan umat Islam sudah berpecah tetapi masih dalam peringkat yang boleh diselamatkan. Saidina Ali sebagai Khalifah yang haq telah memerangi tentera-tentera Muawiyah yang memberontak. Apabila kemenangan jelas kepada tentera-tentera Ali, Muawiyah yang hampir berasa tenteranya akan kalah, telah melakukan helah dengan mengangkat al-Quran di hujung tombaknya dan menyeru kepada perpaduan.

Saidina Ali yang menyedari helah Muawiyah meminta tenteranya meneruskan peperangan tetapi sebilangan tentera Ali mula keliru dan mendesak Saidina Ali menghentikan peperangan walaupun ada juga yang menyokong tindakan Saidina Ali. Saidina Ali tidak mampu lagi menahan desakan tentera-tenteranya yang seperti akan membentuk perpecahan yang lebih besar, terpaksa mengarahkan tenteranya menghentikan peperangan. Lantaran itu satu pertemuan untuk merangka perdamaian telah dilangsungkan. Tentera Muawiyah telah diwakili oleh Amru Al-As, seorang anak muda yang pintar dan licik dan Ali telah diwakili oleh Abu Musa al-Asyaari, seorang tua yang alim dan lurus orangnya.

Apabila pertemuan dilangsungkan, mereka membincangkan tentang formula untuk perpaduan. Amru telah mencadangkan supaya kedua-dua pihak mengumumkan dahulu perletakan jawatan khalifah supaya dapat dipilih semula seorang khalifah yang baru yang boleh diterima oleh semua umat Islam sama ada penyokong Saidina Ali ataupun Muawiyah. Abu Musa al-Asyaari bersetuju dan meminta Amru mengumumkan perletakan jawatan Muawiyah. Amru telah mengatakan bahawa dia menghormati Abu Musa yang lebih tua dan lebih elok sekiranya Abu Musalah yang mengumumkan dahulu perletakan jawatan Saidina Ali.

Sebagai seorang tua yang cintakan perdamaian dan tidak mempunyai buruk sangka sesama Islam, Abu Musa dengan secara rasmi telah mengumumkan perletakan jawatan Saidina Ali sebagai khalifah. Sebaik sahaja Abu Musa mengumumkan perletakan jawatan Ali, Amrupun mengisytiharkan bahawa segala perpecahan telah dapat diselesaikan memandangkan Ali telah meletakkan jawatannya dan tidak wujud lagi masalah dua orang khalifah yang bertentangan. Amru dengan rasmi telah mengumumkan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan adalah khalifah yang sah. Begitulah bagaimana permulaaan perpecahan yang amat dahsyat di kalangan umat Islam bermula apabila pihak yang tidak berpuashati dengan perlantikan Muawiyah telah menyalahkan Saidina Ali dan menghalalkan darah kedua-dua Ali dan Muawiyah dan membentuk kumpulan Khawarij.

Sementara penyokong-penyokong Muawiyah berpesta dengan kemenangan dan kebijaksanaan pemimpin mereka, penyokong-penyokong saidina ALi yang setia telah melahirkan golongan Syiah yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Muawiyah yang telah merampas haq Allah iaitu jawatan khalifah yang disandang oleh Saidina Ali. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada fakta sejarah yang berlaku. Pertamanya, biarkanlah pemimpin kita Ustaz Fadhil membuat keputusan berdasarkan musyawarah Majlis Tertinggi Parti. Janganlah dipersoalkan. Apa-apa keputusan pertemuan itu, berserahlah kepada Allah Taala. Dan dipihak pemimpin kita pula, berhatilah-hatilah dengan tipu muslihat musuh jangan sampai terpedaya kerana pihak musuh akan menggunakan apa saja termasuk menjual agama untuk kepentingan mereka.

Cikgu BM (bukan BN)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com