Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KALAU BENAR PERPADUAN MELAYU MENGATASI IDEOLOGI POLITIK…

Bila memperkatakan perpaduan Melayu, orang Melayu melihatnya dari pelbagai aspek. Ada yang melihatnya dari aspek bersatu padu dalam satu wawasan, ada pula yang melihatnya bersatu padu dalam menghadapi ancaman atau musuh bersama, tidak kurang pula melihatnya bersatu padu dalam satu ideologi politik. Walau pun perpaduan itu dilihat dari perspektif yang berbeza tetapi kesemua orang Melayu faham perpaduan bangsa bererti menyatukan semangat, tenaga dan pemikiran untuk sesuatu tujuan.

Semua orang faham pentingnya perpaduan. Soalnya, adakah benar mutakhir ini orang Melayu tidak bersatupadu atau berpecah belah? Kalau benar, setakat mana perpecahan itu? Adakah perbezaan ideologi dalam kefahaman politik, sedangkan mereka masih hidup bersama sudah dianggap berpecah belah? Bukankah itu suatu perkara biasa dalam negara demokrasi?

Di negara jiran, orang Melayu ada yang menganut berlainan agama, tetapi masih hidup bersama dan masih boleh ditakrif sebagai bersatu padu selagi mereka tidak mengistiharkan perang saudara.

Kita bimbang, ada agenda lain oleh pihak tertentu yang ingin meraih kemenangan moral, apabila mereka mengatakan orang Melayu sedang berpecah belah dan perlukan penyatuan atau perpaduan. Agenda yang tidak jujur dan tidak luhur ini, lambat laun akan diketahui oleh orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu tidak lagi mempercayai pihak berkenaan.

Kita amat menghormati pandangan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mengatakan apabila ada pihak yang menegur UMNO, ini bermakna mereka sayangkan UMNO. Tulisan yang ingin menegur UMNO inipun bermaksud begitu.

Penyiaran wawancara Berita Minggu keluaran 7 Januari 2001dengan Presiden PAS, kenyataan Datuk Ibrahim Ali selaku Pengerusi BBM yang mahu membuat perhipunan Melayu dan juga gelagat Datuk Suhaimi Ibrahim buat tunjuk perasaan di Kuala Terengganu, adalah tindakan-tindakan yang kita kira kurang bijak dan memalukan UMNO dan orang Melayu seseluruhannya.

Ustaz Fadzil Noor dengan jelas mengatakan orang Melayu tidak berpecah. Perbezaan pendapat kerana berlainan parti politik dalam sebuah negara demokrasi adalah perkara biasa. Seterusnya beliau mengajak supaya konsep perpaduan bukan diwujudkan di kalangan orang Melayu tetapi perlu menyeluruh kepada semua rakyat. Kenyatan yang sama dibuat oleh Tun Ghafar Baba, bekas TPM yang seolah-oleh menyokong ustaz Fadzil Noor.

Manakala Datuk Ibrahim Ali dan Datuk suhaimi Ibrahim pula mengajak orang Melayu menunjuk perasaan. Tunjuk Perasan pada siapa? Tujuk perasaan untuk apa? Tunjuk perasaan pada Kerajaan Malysia? Atau tunjuk perasaan pada orang Cina (SUQIU)? Kalau tunjuk perasan pada kerajaan Malaysia, itu hanya akan merumitkan kerajaan. Kerajaan mungkin lebih gembira kita tunjuk kekuatan atau tunjuk kekuasaan kepada SUQIU, supaya dengan cepat kerajaan bertindak ke atas SUQIU yang memulakan pesengketaan.

"Kalau 1000 ekor gajah tunjuk perasaan kepada 100 ekor semut yang sedang menghurung 10,000 batang tebu di Felda Malaysia tentu hanya akan ditertawakan oleh binatang-binatang lain di ladang ternak Australia atau Argentina."

Lebih malang lagi kekeliruan itu berlaku kepada orang Melayu sendiri yang menyangka mereka selama ini berkuasa sudah hilang kuasa. Mereka berpendapat, orang tidak berkuasalah tunjuk perasaan kepada orang berkuasa, bukan sebaliknya.

Jadi, bila dirunung-renung, rakyat dapat menelah perpecahan Melayu yang digembar-gemburkan hanyalah sandiwara, permaian politik atau lebih malang lagi satu persendaan yang didalangi oleh SUQIU sendiri untuk menghilangkan kekuasaan orang Melayu di negaranya sendiri.

Kalau begini halnya, di mana letakkan maruah Askar Melayu kita, apabila bangsa dan negara mereka dipersendakan?

Kalau begini halnya, orang Melayu akan bertanya, di mana letakknya minda cendekiawan Melayu? Di mana letaknya maruah wakil rakyat dan ahli perlieman Melayu? Ke mana hilangnya daulat Raja-Raja Melayu? Lebih serious lagi di mana letaknya kekuatan askar Melayu, apabia bangsa dan negara mereka diceroboh dan diancam?

Oleh itu jangan persendakan maruah Melayu. Kalau perlu kita bermandi darah biar sekarang, sebelum terlambat. Lebih-lebih lagi penulis (mungkin kebanyakan pembaca juga) merasakan isu perpaduan Melayu mutakhir ini memberi kemenangan moral kepada parti pembangkang dan merugikan parti pemerintah yang di angapp tidak mampu mengawal ribut dalam cawan kopi, atau kita sedang dipermainkan oleh orang asing di negara sendiri.

Kita beri amaran kepada tiga Datuk-Datuk muda Hishamuddin Hussein, Ibrahim Ali dan Suhaimi Ibrahim supaya jangan persendakan perpaduan Melayu. Orang Melayu masih berpadu. Cuma fahami kehendak mereka dan layani mereka, kecuali jika mereka mahu menghapuskan bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia, atau mereka mahu perang saudara.

Kita tidak setuju perdebatan antara Melayu, kerana itu bukan cara menyatukan Melayu. Kita tidak mahu ada perdebatan antara Melayu dan orang asing, kerana cara itu menjual maruah dan kedudukan Melayu. Kita mahu kerajaan Melayu bertindak. Kita cadangkan LIMA tindakan berikut di jalankan segera sebelum orang Melayu menjadi pelarian seperti di negera Palestin:

1. Mewartakan isu-isu sensitif (siapa yang melanggar isu-isu terus di dakwa, tidak kira orang kerajan atau pembangkang, orang Melayu atau bukan Melayu)

2. Menganggap Keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang dinasihati Oleh Menteri besar dan Mufti Kerjaan Negeri sebagai Keputusan tertinggi.

3. Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Agung berkuasa mengenepikan keputusan Perlimen.

4. Hak Istimewa orang Melayu hendaklah sentiasa di pelihara, dipenuhi dan tidak dipertikaikan.

5. Mana-mana akta, peraturan dan undang-undang yang bertentangan dengan agama Islam adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Orang Melayu, khususnya para cendekiawannya faham bahawa beberapa peraturan yang sedia ada seperti dalam perlembagaan, sudah cukup kuat untuk melindungi orang Melayu. Malah ada yang berpendapat tidak perlu di tambah atau dipinda lagi. Yang perlu dibuat ialah pelaksanaan atau implementasinya sahaja. Mereka inilah yang berpendapat bahawa pihak tertentu cuba bermain sandiwara sahaja dalam isu perpaduan Melayu ini.

Untuk membuktikan bahawa adakala puak-puak asing ini mengancam kerajaan dan pihak kerajaan perlu sokongan orang Melayu yang padu bagi menentang mereka. Dalam situasi ini, kita cadangkan supaya orang Melayu dalam kerajaan, khususnya UMNO, laksanakan beberapa contoh betapa seriousnya krajaan di bawah pimpinan UMNO, membela orang Melayu.

Penulis mencadangkan, sekiranya berjaya perundingan perpaduan Melayu antara UMNO, PAS dan KeADILan nanti, karajaan perlu mengajak wakil rakyat Melayu pembangkang, pergi bersama-sama melawat tanah yang diceroboh di Cameroon Highlands, Pusat Judi di Genting Highlands, ladang haram di Teriang, curi balak di Sabah, pusat-pusat video haram dipekan-pekan besar dan kecil, dan rumah-rumah persundalan di ibu kota yang rata-rata di usaha oleh orang asing yang menjadikan mereka kaya raya.

Tanya mereka, bagaimana ini semua boleh di hapuskan. Beri mereka kuasa bersama-sama anggota polis untuk bertindak. Kalau perlu beri tempoh tertentu yang munasabah. Punca kekayaan haram yang diusahakan oleh orang asing ini perlu di hentikan segera. Jika tidak, orang asing bertambah kaya, orang Melayu papa kedana.

Akan bertambah baik lagi, kalau portfolio pencegahan rasuah di beri kepada ketua pembangkang (pembangkang Melayu sahaja, demi perpaduan Melayu) mengendalikannya, biar dia tahu berat ringannya.

Kita yakin bahawa orang Melayu masih berpadu, Melayu tidak akan mengkhianti Melayu. Kalau tidak diberi kuasa sepenuhnya, berikan sedikit peluang kepada pembangkang Melayu itu membuktikan bahawa semangat Melayu masih kental di hati mereka dengan menununjukkan manifesto mereka dan beri peluang menjalankan manifesto mereka itu.

Keikhlasan perlu ada dalam menentukan perpaduan Melayu. Pada penulis, perpaduan Melayu dan perpaduan Islam jauh melampaui perpaduan politik dan pemerintahan kerana mereka sama-sama sayangkan negara bangsa Mereka.

Bekas Presiden GPMS
7 Jan. 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com