Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADUN BOTA MINTA MB PERAK BENTANGKAN LAPORAN HASIL SIASATAN BPR TERHADAP RASUAH ADUN DUA ADUN UMNO.

ADUN Bota Kapt.(B) En. Usaili Alias dari Parti Keadilan meminta Menteri Besar Perak mengumumkan hasil siasatan BPR tentang rasuah yang dikatakan melibatkan 2 orang ADUN UMNO. Beliau kesal kerana sehingga kini hasil sisatan BPR itu belum diumumkan dan tidak ada sebarang tindakan pun yang telah diambil oleh BPR. Beliau mengatakan bahawa perkara ini telah beliau timbulkan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak sedikit masa lalu tetapi Menteri Besar Perak sehingga kini tidak mengumumkan sebarang laporan daripada BPR samada di dalam Dewan atau pun di luar dewan. Adalah difahamkan daripada kenyataan BPR di dalam sebuah akhbar harian bahawa laporan tersebut telah pun diselesaikan.. Oleh itu beliau mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap ADUN yang terbabit dengan mendakwa mereka di mahkamah. Sehubungan dengan itu juga beliau meminta usul beliau yang diterima di DUN Perak dilakasanakan segera. Usul tersebut ialah mengenai pengistiharan harta bagi semua wakil rakyat negeri Perak dan keluarga terdekat mereka. Jikalaulah benar Menteri Besar Perak seorang yang telus, beliau tidak akan teragak-agak bagi meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk pembangkang mengistiharkan harta mereka.Jika perkata yang asas ini tidak dipedulikan, rakyat akan sentiasa curiga dengan pentadbiran BN, dan UMNO khususnya dalam menangani dan memerangi rasuah seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin BN.

LPP
http://attarbiyyah.tripod.com/peristiwa/adunbota.html


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com