Oleh : Irzaimi
Semalam bertempat di Utan Aji Perlis telah berlangsung satu ceramah umum yang
dihadiri oleh barisan pemuda Keadilan yang diketuai oleh saudara Ezam, didalam
hujan yang turun tanpa henti sejak dari awal petang itu hampir 2000 penduduk
perlis hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh pencaramah penceramah.
Ceramah dimulakan dengan ketua pemuda Keadilan Perlis saudara Rehduan telah
menyampaikan kata kata aluan dan menegaskan bahawa pendirian pemuda Keadilan
Perlis menyokong pendirian pemuda pusat didalam isu penolakan jemputan perpaduan
melayu oleh Mahatir.
Keadaan bertambah hangat bila saudara Lukman Nur Adam berucap, beliau
menceritakan pengalamannya menhadiri rumah terbuka Datuk Aziz (naik ketua pemuda
UMNO) yang telah menghantar jemputan rasmi, ceritanya bagaimana kehadirannya
disambut dengan takbir dan bagaimana para pemuda UMNO menceritakan yang mereka
dah jemu dengan pimpinan Mahathir, kata Lukman sebelum pulang beliau telah
dipesan oleh pemuda UMNO agar teruskan berjuang, lawan tetap lawan. Ternyatalah
keadaan Mahathir begitu tertekan disaat ini, kata Lukman, Shahrir dan Adam Hamid
diJohor giat melobi untuk menjatuhkan Mahathir, beliau kemudiannya menambah
beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil dari perbincangan antara PAS dan
UMNO, katanya kemungkinannya adalah UMNO akan menawarkan kerajaan campuran pada
BA, alasannya supaya selepas ini ceramah ceramah umum tak perlu dibuat dan kalau
adapun kena jemput Mahathir sebagai wakil BN, maknanya suara rakyat akan
disekat, dan isu yang utama rasuah dan salah guna kuasa. Katanya kita tidak
bersedia bersekongkol dengan mereka walau apapun alasan dan helah yang digunakan
kecuali Mahathir mengakui yang DSAI difitnah olehnya dan Mahathir meletak
jawatan. Kemuadian Parlimen dibuburkan dan terserah pada rakyat untuk menilai
dan memilih pemimpin. Diakhir ceramahnya saudara Lukman menceritakan dailog
Mahathir dengan Pengarah POS Malaysia mengenai setem yang mempunyai gambar
Mahathir ketika hari raya baru baru ini, Pengarah POS Malaysia mengatakan setem
Mahathir tidak laku kerana tak melekat seperti setem biasa, kata Mahathir mana
boleh tak melekat, beliau ambil satu setam dan menampalnya pada sehelai kertas,
ini melakat kata Mahathir, kata pengarah POS malaysia itu, yelah Datuk Seri
meludah dibelakang setem sedangkan rakyat meludah didepan setem!! :)... walaupun
itu hanya gurauan namun tidak jauh dari realiti yang ada.
Selepas itu pemimpin keadilan Perlis Saudara Wan Harizan (kemungkinan salah
ejaan) mengulas mengenai perkembangan terkini Keadialn diPerlis antaranya
cawangan cawangan baru yang diangotai oleh orang bukan melayu dikawan Kangar dan
Kuala Perlis akan ditubuhkan tak lama lagi. Saman peneroka Felda kepada kerajaan
negeri dan dua tiga isu lagi. Pesuruhjaya PAS perlis, Ustaz Hahsim Yasin
kemudiannya menceritakan bagaimana perubahan pimpinan negara akan berlaku
seperti berlakunya hujan pada bulan Januari, katanya bulan Januari selalu yang
tidak hujan tetapi tahun ini hujan. beliau menceritakan kegusaran ahli pas
bahawan mengenai persetujuan Presiden PAS untuk berbincang dengan Mahathir,
katanya tak perlu dirisaukan kerana kita tahu perangkap mereka dan kita juga
punya perangkap, Presiden PAS pergi bertemu dengan Mahathir bukan untuk
menerima dan menawarkan berapa kerusi menteri, timbalan menteri dan sebagainya,
tetapi sekadar bertanya kabar dab berbual, katanya Mahathir dan umno seperti
orang lemas yang hampir tenggelam dan melambai lambai kita, katanya kita pergi
bukan untuk meyambut huluran tangannya tetapi sekadar bertanya kabar dihujung
tebing.
Saudara Ezam memulakan ceramah dengan menceritakan pengalamannya yang ditahan
polis pada petang hari raya sejurus pulang dari umrah di KLIA, katanya polis
ditekan untuk menahannya bersama dengan saudara Azmin pada petang hari raya
walaupun mereka boleh menahannya pada bila bila masa kerana setiap pergerakannya
diekori, cerita Ezam bagaimana kerusinya dipejabat Keadilan Pusat pun diambil
gambar membayangkan bagaimana mereka (polis) arif tentang Ezam yang melahirkan
kesalnya kerana ditahan dihadapan isteri dan anak anak yang masih kecil. saudara
Ezam seperti biasa mendedakkan kemungkaran politik UMNO yang telah mengunakan
hampir 50 ribu juta, (ulang 50 ribu juta) untuk meyelamatkan para kroni, Beliau
mencaritakan pengalamannya bertemu dengan 'orang besar Tabung Haji' yang
mendedakkan bagaimana LUTH dipaksa untuk membeli bangunan tak laku kepunyaan Abu
Shahkir Pengerusi Maju Holding, sebanyak 200 juta. Kata Ezam pelan menyelamat
Halim Saad sedang dirangka dan akan diumumkan dua tiga minggu lagi, katanya
beliau bersedia didakwa atas pendedahannya mengenai kepincangan dan salah guna
kuasa tetapi mengapa sampai hari ini tidak ada pendakwaan. Ini bermakna apa yang
didedahkan olehnya itu betul. Katanya bagaimana anak Mahathir sedang membina
mahligai dikawasan termahal di Malaysia, Bangsal, yang mungkin menelan belanja
puluhan juta ringgit. Sebelum mengakhiri ucapan beliau sekali lagi menekankan
bagaimana maklumat harus disebarkan seluas luasnya kepada sekian rakyat, katanya
kesat, cd, akhbar yang pro reformasi dibeli dan disebarkan kepada saudara dan
jiran jiran. Masanya semakin hampir kita menyampai kemenangan.
Malam semalam walaupun didalam hujan rakyat tidak berganjak dari mendengar
amanat pimpinan, walaupun sekumpulan anjing kurap(sb) yang tak putus putus ambil
gambar setiap kali penceramah naik ke pentas, dan kearah hadiran, saya sengaja
bersama kelompak meraka dan yang mengelikan hati ketika Ezam menceritakan hal
peyelewangan ada seorang yang terangguk angguk, mungkin dia juga mengakui yang
kita dipihak benar dan mungkin dia sendiri peyokong BA namun tugas memaksanya
menjadi seperti anjing kurap seketika, yang meyeronakkan ceramah itu diadakan
tak jauh dari markas UMNO dan sewaktu saya bersama kawan melalui sebuah rumah
penyokong kuat UMNO Pak mid kelihatan berkumpulnya orang orang UMNO, mungkin
panas pungguk kot duduk kat rumah sendiri.
Sesuatu yang penting yang kita semua perlu ketahui adalah perhimpunan hari raya
di Teluk medan telah mendapat permit, jadi kita boleh pergi dengan aman, dan
juga satu perhimpunan diselepas solat Zohor di masjid KLIA pada 27.1.01 yang
dipimpin ioleh saudara Ezam untuk membuat laporan polis diBalai Polis KLIA
terhadap Mahathir, Daim dan Tajudin Ramli akan diadakan, Inyaallah jika ada
rezeki kita bertemu di sana pulak. Akhirnya marilah kita bulatkan tekan pada
tahun ini berperang habis habiskan menentang rasuah, peyelewangan, salah guna
kuasa dan semua kemungkaran politik dan ekonomi oleh UMNO dan BN dalam masa yang
sama marilah kita doakan semoga DSAI yang sedang menderita disembuhkan oleh
Allah SWT dan semoga azam kita melihat DSAI bebas sebelum NOV tahun ini
tercapai.
Reformasi kearah Malaysia yang adil
ayat@freeanwar.com