Oleh : irzaimi
Bila pak lah desak batalkan debat, dan disahut pula oleh Hisammudin maka
tepatlah apa yang pernah saya jangkakan dulu, debat antara dua ketua pemuda itu
tidak akan berlangsung, saudara Ezam masa berceramah di Tandop Kedah sejurus
pulang dari lawatan kerja 3 minggu dari US sendiri kata, dia kenal benar dengan
Hisam nie, jenis yang tahu cakap jer.. dia cabar Mahfus sebab tak mahu orang
kata dia penakut, sekarang nie terbukti memang hissam nie pondan.
Apa hujah Hissam
Masalah utama Hissam nak debat dengan Mahfus adalah point, mana ada point nak
debat, nak debat soal hak keistimewaan melayu kononnya, selama ini yang mengadai
hak keistimewaan melayu adalah UMNO, UMNO yang memerintah, UMNO yang buat dasar
jadi kalau hak keistimewaan melayu hilang UMNO lah yang bertanggungjawab, siapa
yang ubah kanun tanah negara, yang dipinda tahun 1992, supaya mudah nak ambil
tanah orang kampung yang rata ratanya melayu atas nama pebangunan, siapa yang
rampas tanah padi di kerpan, Jerlun Kedah, untuk projek yang sia sia, udang
harimau buat dalam bendang. Siapa yang pertahankan hak melayu waktu Man aroof
bekas MB kedah nak ambil tanah buat Jerai Internasiannol Park, dari Yan sampai
ke singkir semua tu tanah melayu, siapa yang berceramah medesak projek itu
dibatalkan.
Sandiwara oh sandiwara
Hissam tertekan sebenarnya, reputasi naib ketua pemuda umno si Aziz tu lebih
baik dari dia, dari semua soal, baik dari segi semangat dan keyakinan, daya
tahan juang dan kebolehan semulajadi, mereka sama hanyalah dalam soal pandai
main wayang, baik Aziz atau Hissam dua dua tukang karut wayang kulit. Hissam
yang tertekan dengan reputasi Aziz dikalangan pemuda nak tunjuk dia pun hebat,
dia cabar mahfus, bila dah mahfus sahut cabaran Hissam dia panik, bila tarikh
semakin hampir dia mula berdolak dalih, tangguh kejab kononnya nak tangani soal
suqui, lepas selesai suqui, Pak Lah pulak tak bagi, semacam usaha nak selamatkan
maruah Hissam sahaja caranya, Hissam bagi reaksi spontan, "saya suka debat
dibatalkan, kerana saya tak cabar mahfus, sebaliknya mahfus lah dengan angkuh
mengajak saya berdebat, beliau suruh saya tetapkan masa, tarikh dan tempat,
bukan saya yang cabar!" ciss memang Hissam ini jenis lelaki lembut, tak ada
prinsip dan suka pembohang, kita ada dan masih bernafas untuk membuktikan yang
dia lah cabar mahfus untuk berdebat, sekarang ini dia kata yang dia hanya sahut
cabaran mahfus sahaja. Dasar pondan siam tu pondan siam juga.
Perpaduan jadi alasan
Perpaduan melayu kononya, menjadi punya mengapa debat dibatalkan, soalnya
sekarang ini, kita berdebat bukan mencari pemenang, kita berdebat cari
kebenaran, kebenaran tak bertempat dan tidak boleh dinafikan. Melayu tidak dalam
Barisan Altarnatif tidak berpecah, bahkan kita harmoni bersama dengan kaum kaum
lain, Masyarakat madani (berbagai bangsa) yang hidup aman damai kita praktik kan
di dalam BA, UMNO parti usang yang berjuang untuk bangsa, sedangkan sekarang
iini rakyat sudah cerdik, bukan lagi rakyat tahun 60 an, rakyat mahukan parti
yang memperjuangankan hak semua kaum didalam masa yang sama tak abaikan golongan
yang lemah, kalau melayu lemah maka melayulah yang kita harus tolong, tambahan
pula melayu adalah pribumi, soal perpaduan tidak timbul kerana melayu berpecah
dalam UMNO, melayu dah sedar UMNO pengkhinat bangsa, siapa yang hina anak melayu
dengan tuduhan fitnah kalau bukan UMNO, DSAI dituduh liwat dan sebaginya, satu
dunia tahu, siapa yang malukan bangsa sendiri, siapa?. Soalnya sekarang ini
adalah melayu bersatu dibawah BA maka UMNO susah hati, 65 peratus melayu tolak
UMNO maka UMNO cari formula untuk tarik sokongan, diaminkan isu perkauman, BA
dan rakyat tak terpedaya, UMNO pening akhirnya mengaku kalah dan ajak Pas dan
Keadilan duduk berbincang, berbincang apanya kalau yang ada masalah tu UMNO,
UMNO tu musah politik kita, bila dia sakit, dia nak suruh kita tolong ubatkan
dia, jangan kita tertari dengan irama sumbang ini. Jangan!
Perpaduan semua kaum
Kita sokong kenyataan ketua pengbangkang juga Presiden Pas yang letakkan syarat
berbincang soal semua kaum bukan satu kaum sahaja, kerana kita yakin bahawa
perpaduan semua kaum itu adalah penting dan kita yakin melayu didalam BA tidak
berpecah, kalau kita berbincang tanpa letakkan syarat itu maknanya kita sudah
akui yang melayu keseluruhannya sudah berpecah, sedangkan yang berpecah adalah
melayu UMNO. Kita mahukan Malaysia baru yang bukan sahaja adil bahkan semua kaum
hidup dalam suasana yang aman dan harmoni, sekarang ini walaupun kita aman namun
sifat dan rasa curiga antara kaum masih menebal. Semua ini kerana dasar pecah
dan perintah UMNO dan juaknya dalam BN. Didalam BA kita adalah multi etnik,
maknanya semua kaum boleh masuk parti kita, dan Pas punya syarat tambahan iaitu
beragama islam, logiklah sebab Pas adalah parti Islam. Maka perjuangan begini
yang kita impikan. Perjuangan bukan atas dasar bangsa tetapi prinsip sama rata.
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com
|