Oleh : irzaimi
Selamat menyambut tahun baru, tahun yang lepas adalah tahun yang malang bagi
demokrasi diMalaysia. Kita melihat bukan sahaja tambahan hukuman yang dikenakan
keatas DSAI, tetapi juga kekejaman dan penindasan yang terang kepada setiap
elemen yang disabitkan dengan kebangkitan rakyat. Kita melihat bagaimana hak
untuk bersuara dihalang dengan berbagai alasan, media yang dianggap menyokong
kebangkitan rakyat tamatkan permitnya, hak rakyat untuk berhimpun dihalang keras
dan adakalanya sehingga mencederakan rakyat seperti yang terjadi pada himpunan
Black 14 dan di KESAS.
Instumen kerajaan dialatkan oleh pemerintah zalim agar terus berkuasa dan
membuat bencana pada tanahair ini, kita melihat campurtangan kerajaan yang
terang terhadap semua perkata, dari mahkamah, sektor perbankan, pihak
keselamatan dan banyak lagi yang semua itu bertujuan untuk menghalang
kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan atau reformasi. Dalam masa yang sama
soal soal penting membabitkan keselamatan negara diabaikan, contoh jelas dalam
kes kes penculikan di Pulau Sipadan, kes pencerobohan dan merampas senjata dalam
kem tentera adalah soal penting yang diabaikan oleh kerajaan, dengan menuding
jari kepada pihak lain dan tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan sendiri.
Ekonomi negara yang semakin pulih pada awal tahun lepas, kembali merudum
dengan tindakan dan tingkah laku pemimpin tertinggi negara yang amat tidak
disenangi oleh para pelabur terutamanya yang berkaitan dengan sistem kehakiman
negara. Tindakan meyelamat beberapa syarikat besar yang dipunyai oleh rakan
rakan Mahathir dengan mengunakan wang rakyat tambah mendukacitakan kita. Wang
rakyat yang disimpan di KWSP digunakan untuk mengukuhkan BSKL dan menyaksikan
bagaimana beratus juta hancus setiap hari. Semua itu seolah olah menghantar satu
isyarat yang jelas kepada rakyat agar tahun ini jika Mahathir terus berkuasa
makin sengsaralah kita semua.
Soal hak keistimewaan melayu dibangkitkan lagi, rayuan pilihanraya yang
dibuat oleh gabungan persatuan Cina Malaysia atau SUQUI dijadikan alasan untuk
mengajak bangsa melayu bersatu dibawah UMNO untuk mempertahankan hak
keistimewaan melayu, fakta yang jelas yang dirayu oleh SUQUI dimanipulasikan
agar bangsa melayu merasakan yang mereka ditekan oleh bangsa cina. Politik jahat
ini hanya akan menimbulkan suasana yang tidak baik didalam Malaysia dan tambah
menjauhkan pelabur dari pasaran saham Malaysia.
Tahun baru yang kita tempuhi kali ini, mendesak kita agar bangun dan
mempertahankan hak kita, kita tuntun hak kita yang dirampas oleh Mahathir dan
kuncu-kuncunya. Tahun ini merupakan tahun TERAHIR penderitaan kita andai kita
bersatu hati dan bulat tekad untuk menjatuhkan Mahathir dari kerusi PMnya. Kita
tiada jalan lain dari melakukan pengorbanan yang besar untuk melihat negara ini
bebas dari cengkaman Mahathir, setiap tenaga, setiap masa, setiap wang ringgit
yang mengalir kerana ingin membebaskan rakyat Malaysia dari kezaliman adalah
JIHAD kita.
Tahun ini menyaksikan bahawa andai Mahathir terus berdegil maka akan ada
korban korban reformasi yang akan memilih jalan syahid demi melihat keadilan
dibumi Malaysia ini dikembalikan. Tahun ini bakal menyaksikan rakyat yang
cintakan keadilan akan menuntutnya bukan sahaja dengan suara dan penulisan
bahkan andai diperlukan kita akan bayar harga keadilan dengan DARAH dan airmata.
Tahun ini menyaksikan juga, kesabaran yang terbenam didada rakyat telah tiba
dipenghujungnya, sama ada kita menang dengan nyahkan Mahathir atau kita SYAHID,
gugur sebagai bunga bangsa yang menuntut keadilan dibumi sendiri.
Marilah kita memulakan tahun baru ini, dengan menginsafi diri dan
mempersiapkannya dengan cabaran dan dugaan yang lebih besar lagi pada tahun ini.
Marilah kita tanam dijiwa kita semangat cintakan keadilan dan mati syahid.
Marilah kita pohon pertolongan dan bantuan Allah SWT pada setiap tindakan kita.
Marilah kita berpimpin tangan menuju ke arah Malaysia baru.
Reformasi kearah Malaysia yang lebih adil.
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com