Mengikuti perkembangan politik Malaysia akhir-akhir ini memang menyaronokkan, lebih-lebih lagi apabila melihatkan suasana parti umno/BN yang semakin tertekan, maka bermacam-macamlah cara dan gaya yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin umno, baik Dr. Mahathir sendiri mahupun kuncu-kuncunya, tindak ketinggalan media-media cetak dan media eletronik yang pro-kerajaan sedang sibuk mempromosikan parti umno, seperti jualan lelong baju-baju lama yang dah tak laku.
Aku yang sejak hampir 2 tahun kebelakangan ini jarang-jarang sekali mengikuti berita perdana baik di TV 1, TV 2 TV 3 Suku dan NTV 7. Lagi membosankan apabila akhir-akhir ini umno sedang sibuk serta ligat mempromosikan agenda "Perpecahan Melayu" maka berkatalah Dr. Mahathir dan juak-juaknya bahawa melayu telah berpecah.
Maka kononnya umno yang mengutamakan perpaduan orang melayu menjadi bimbang sekiranya melayu berpecah dan mengajak semua orang melayu bersatu kembali. "Uweeek nak muntah dan loya aku mendengarnya ibuku yang dah 80 tahun pun nak ketawa mendengarnya"
Sekali lagi Dr. Mahathir mula berlakon sebagai pemegang watak utama untuk mengajak Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Nasional untuk duduk berbincang bersama-sama parti umnonya yang dah tak laku itu tadi, bagi menyatupadukan semula orang-orang melayu. "Uweeek sekali lagi aku nak muntah"
Apa dia ingat orang sekarang ni macam zaman British dan perang Jepun ke di cucuk hidung ikut cakap orang. Kalau zaman masa tu tahun 1987 apabila umno berpecah dan tertubuhnya semangat 46 mungkin aku percaya, sebab aku masih mentah dengan politik usia baru 20 tahun aku jadi ahli umno biasa tak tahu tentang politik, pada ketika itu parti mana nak telingkup bukan aku punya pasal. Tetapi sejak tahun 1998 adalah tahun kedewasaan ku dan juga rakyat Malaysia diarena politik tanahair.
Kezaliman umno yang di ketuai oleh Dr. Mahathir telah mendewasakan diriku untuk tidak lagi menyokong umno sebaliknya menghumbankan kedalam gaung dan di timbus yang tidak mungkin akan di gali semula. Kadang-kadang aku sendiripun tak tahu samada diri aku ini pernah menjadi ahli umno atau tidak, tetapi yang masih aku ingat selepas aku mencapai usia ku yang ke 16 tahun aku pernah mengisi borang umno dan bayar yuran sekali tu saja, selepas tu tak pernah bayar yuran tahunan lagi, sebab cara orang umno nak jumpa orang bawah cuma pada pemilihan cawangan, bahagian, atau semasa pilihanraya sahaja baru nampak batang hidung jika tidak jangan harap.
Maka berbalik kepada topik menyatupadukan orang malayu tadi, Parti Keadilan Nasional siang-siang lagi telah melepaskan penumbuk sulungnya yang tepat kepada hidung Dr. Mahathir, menolak cadangan perbincangan tersebut dangan alasan Parti Keadilan Nasional bukan Parti Melayu, memang betul pun dalam Parti Keadilan ahli-ahlinya terdiri dari berbilang kaum ada melayu, cina india sikh dan lain lain bangsa. Kenapa susah sangat orang umno nak faham tak nampakkah ataupun dah biul kadang-kadang orang umno ni lebih tinggi pangkat didalam umno dan kerajaan bukannya semakin pandai tetapi semakin bangang semuanya dicucuk hidung.
Bagi PAS tiada masaalah untuk duduk berbincang dengan umno asalkan ianya tidak hanya tertumpu kepada Perpaduan Malayu sebaliknya perbincangan perlu merangkumi tentang Islam, Isu Isu Kezaliman, penindasan terhadap rakyat, isu-isu rasuah dan lain lain isu yang penting perlu dibincang juga.
Semalam selepas solat magrib terus aku arahkan anak sulung ku yang berusia 4 setengah tahun mengambil buku Iqra'nya didalam bilik untuk ku ajarkan sementara ibu ku seperti biasa akan sentiasa berada di hadapan kaca tv untuk menunggu siaran berita perdana jam 8 malam, aku cuma meminta agar diperlahankan sahaja suaranya sedikit sementara anak kecilku yang berusia 2 tahun sedang sibuk bermain dengan se ekorlabi-labi yang diletakkan didalam balang plastik bersebelahan dengan kaca tv diruang tamu.
Maka ku arahkan si abang tadi memulakan bacaannya dengan membaca u'mul kitab surah Al fatiha " hhaaa abang baca balik apa yang telah ayah ajarkan semalam.. kata ku" si abang pun mulalah membaca ayat pertama "JA" dan seterusnya aku mengikuti bacaannya. Belum sampai barisan kedua coping telingaku terdengar akan apa yang diperkatakan oleh penyampai berita perdana "OMNO TIDAK AKAN MENGHALANG PENYERTAAN PAS DALAM BN" terus ku menoleh kebelakang kaca tv rumahku yang terpampar hanyalah tiga logo iaitu logo Umno, Bn dan PAS di kaca tv, didalam hatiku tiba-tiba menjadi geram dan panas bercampur loya dan nak muntah bercampur lucu mendengar suara Dr. Mahathir bercakap tentang PAS nak masuk BN. Tak ku ketahui siaran mana yang di buka oleh ibuku pada ketika itu walaubagaimanapun itu semua tak penting kerana semua siaran tv di Malaysia adalah pro-kerajaan.
Aku menoleh semula kepada si abang tadi untuk mendengarkan bacaannya belum sempat si abang mula membaca, anak kecil ku tiba-tiba menjerit kepada ku "ayaHHHHH ayaHHH abi abi luar ala" antara pelat dan betul anak kecilku cuba mintakan perhatian dari ku yang labi-labi didalam balang tadi mengeluarkan kepadanya. Aku masih mampu untuk menolehkan kepala ku kepadanya antara sebiji anak mata kiriku kepada labi-labi tadi dan sebiji mata kananku dikaca tv, ku lihat Dr. Mahathir masih lagi membicarakan tentang perpaduan melayu dan secara sepontan perkataan yang keluar dari mulutku " Yaaalah adik kepala labi-labi umno dah keluar" ibuku yang sedang asyik mendengar berita perdana tadi ketawa kecil melihatkan gelagatku tadi manakala isteriku hanya menyampuk sambil lewa "orang akan ketawa bila Dr. Mahathir kata PAS akan menganggotai BN" dari dapur, dalam hati ku berkata ha..ha.. ha....
manakala anak kecilku masih sibuk dengan labi labinya "abi abi ....."
Aku terus menjadi marah apabila si abang tadi tidak menyebut bacaannya dengan betul, antara dengar dan tidak sahaja si abang membaca apabila dimarahi sehinggalah selesai. Teringat pula dihati kecilku untuk berhubung dengan ustaz untuk mendapatkan komen daripadanya tentang berita perdana tadi. Nasibku baik panggilan talipon ku dijawabnya, tanpa berlengah lagi selepas memberi salam aku terus melontarkan soalan kepada nya kalau-kalau ustaz ada mendengan berita perdana atau tidak. "anta tak payah risau Dato' Presiden dah kata terang dalam Harakah PAS Akan Terus Menjadi Pembangkang Sehingga Tahun 2004 kata ustaz tadi"
Ustaz terus menyuruhku datang ketempat dimana beliau berada bersama rakannya yang ku sendiri mengenalinya.tanpa berlengah ku capai kunci kereta dan memeklumkan kepada isteriku minta keluar sekejap aku pun menuju ketempat yang disuruh, apabila sampai disitu, ku lihat ramai orang sedang berada dikedai tersebut seperti ada majlis keraiean berlansung, Tanpa ku ketahui dari awalnya Y.B Azmin Ali sedang memberikan ucapanya kepada hadirin. Majlis anjuran penyokong-penyokong vetren Parti Keadilan Nasional dan Barisan Alternatif.
Mungkin aku agak terlewat oleh kerana sempat mendengar separuh sahaja ucapan Y.B Azmin Ali. Antara lain beliau berasa terharu kerana adanya satu kelab yang dinamakan kelab vetren dikawasan Kg Nakhoda/Selayang/Batu Caves ini. Dari apa yang ku lihat orang yang paling tua berada disitu adalah pak cik yang berusaha dalam lingkungan 80 tahun atau mungkin lebih, Y.B. Azmin sempat bertanya kepada pak cik itu apakah petua yang pak cik pakai sehingga menhjangkau usia lanjut, lalu dengan ikhlas beliau meklumkan kepada Y.B Azmin banyak kan mengingati allah s.w.t dan berselawat kepada rasuluallah s.w.a itu aja petua nya. seterusnya YB Azmin merasa bangga orang yang seusia pak cik tadi yang telah menempuh ranjau dan duri penghidupan masih mampu untuk berfikir dan sanggup berada didalam barisan alternatif bagi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.
Akhir sekali kemarahan ku terubat jua apabila kesempatan yang ku ada dapat bersalaman dengan Y.B. Azmin dan bertanyakan kabar sebelum aku meninggalkan majlis sempat juga aku melihat pak cik yang lanjut usia itu tadi memberikan kata-kata perangsang dan memeluk Y.B Azmin Ali seperti seorang anak dan bapak. Aku meninggalkan majlis bersama rakan-rakan ku yang lain dengan hati yang lapang kerana jamuan yang dihadiri bukan hanya orang melayu yang hadir malah dapat ku lihat kaum India dan Cina juga berada didalam kelompok orang ramai.
Dulu aku umno sekarang aku PAS kini dan selama-lamanya. inshallah
awalakhir