Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perbincangan Ketuanan Melayu

Assalam Mualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Saudara pengarang, saya merasa dukacita terhadap isu ketuanan melayu di pergunakan bagi permusuhan sesama bangsa di Malaysia ini. Sebagai bangsa melayu, saya tidak bersetuju jika isu ini di permainkan.

Jika kita lihat pada tuntutan yang merupakan rayuan memorandum daripada persatuan cina seluruh malaysia. Ianya hampir semua merupakan tuntutan keadilan yang telus pagi sistem pentadbiran dan pengurusan di Malaysia amnya. Dan jika kita lihat pada pandangan ketua pemimpin BA bersetuju terhadap tuntutan yang tidak membelakangi perlembagaan malaysia ini. Jadi jika ianya merupakan rayuan, adalah dibawah kuasa pemerintah untuk mempersetujui atau melenyapkan tuntutan rayuan tersebut.

Jadi janganlah isu ini dijadikan isu perkauman sebagai menenangkan sokongan diantara satu sama lain. Bagi pandangan Tok Guru Nik Aziz, yang berlandaskan islam, merupakan pandangan yang bernas terhadap ketuanan melayu. Jadi tiada kadaulatan bangsa didalam islam. Saya ucapkan terima kasih keatas pandangan islam dari Tok Guru. Dari pandangan yang bernas tanpa melibatkan isu perkauman, merupakan detik yang baik bagi penyatuan seluruh warganegara Malaysia.

Perbincangan ketuanan melayu yang digembar gemburkan oleh media, merupakan satu jalan yang hitam. Pandangan ini akan memberi impek hitam terhadap pandangan bangsa lain. Permusuhan akan berlarutan jika isu ketuanan disalah gunakan sebagai mencari sokongan sesama bangsa. Awaslah terhadap isu ini. Jika mencari perbincangan diantara PAS, Keadilan dan UMNO, hanya memperbincangkan perihal ketuanan melayu, tetapi isu keadilan, ketelusan dan sebagainya dileyapkan atau diketepikan. Maka perbincangan ini adalah membuang masa sahaja.

Kesedaran hampir semua warganegara Malaysia terhadap kepincangan sistem pemerintahan Malaysia, oleh itu adalah jangkal jika isu ketuanan dijadikan tajuk sebagai penyatuan perpecahan bangsa melayu. Reformasikan setiap sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ketelusan dan sebagainya, bagi membentuk penyatuan semua bangsa Malaysia dibumi tercinta ini. Jangan jadikan perbincangan mengenai perpecahan melayu dan ketuanan ini sabagai bahan ketawa oleh semua bangsa di Malaysia dan dunia. Hanya berbincang tetapi perubahan yang dipinta oleh rakyat tiada dilaksanakan, ini memberi impek besar dihati semua warganegara Malaysia.

Bagi yang terlalu pelampau terhadap isu ketuanan ini, janganlah menjadi kebudak budakan, sehingga mengenepikan prinsip seorang islam dan jati diri melayu.

Saya harap saudara pengarah dapat membantu terhadap pemikiran yang terlalu sempit terhadap isu perkauman. Darah bukan dibayar dengan darah, tetapi darah dibayar dengan akal. Pergunakan akal 100% didalam membentuk pemikiran yang tulen.

Asry Anuar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com