Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR MAHATHIR KETEPIKAN PILIHAN RAKYAT DAN PERWAKILAN UMNO

OLEH : ARZAMAN SULAIMAN
Watan28@hotmail.com

BARU-BARU ini Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah bertindak membuat rombakan kecil kabinet. Dalam rombakan kabinet yang terbaharu ini menyaksikan sikap angkuh dan biadap Perdana Menteri kerana telah membelakangkan pilihan rakyat mahupun pilihan perwakilan parti yang belaiu pimpin.

Dalam rombakan terbaharu Dr. Mahathir telah melantik mereka yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UMNO malah bukan juga Ahli Parlimen kecuali Datuk Sharizat Jalil. Beliau menggunakan kuasa penuhnya untuk melantik Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Tmbalan Menteri dan Datuk Zainudin Maidin sebagai Setiausaha Parlimen. Ketiga-tiga mereka yang dilantik ini bukan pimpinan tertinggi UMNO dan bukan juga Ahli Parlimen.

Terdahulu daripada itu Dr. Mahathir telah melantik Tan Sri Musa Muhamad dan Datuk Aziz Samsudin yang bukan merupakan Ali Parlimen mahupun anggota MKT UMNO. Beliau juga telah melantik Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Mohd Khaled Nordin, Datuk Sharif Omar, Kamsiah Yeop, Noh Omar, Hashim Ismail, Rohani Abdul Karim, Datuk Dr. Mahathir Mohd Khir dan Datuk Abu Bakar Taib yang bukan dikalangan anggota kepimpinan tertinggi parti. Manakala Datuk Dr. Abdul Hamid Othman pula calon Menteri yang tidak mempunyai kawasan parlimen apabila beliau dikalahkan oleh Datuk Shanon Ahmad di parlimen Sik.

Tindakan Dr. Mahathir ini seolah-olah memberitahu kepada baki anggota parlimen UMNO yang tidak mempunyai jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri malah Setiausaha Parlimen seramai kira-kira 35 orang itu, bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai keyakinan terhadap mereka. UMNO kini mempunyai seramai 72 orang anggota parlimen daripada 92 kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO.

Berdasarkan reality politik beliau perlu melantik dikalangan 35 orang ini untuk sebarang jawatan dalam kerajaan. Memang diakui perlantikan itu merupakan hak Perdana Menteri tetapi ini tidak bermakna beliau boleh melantik sesuka hati dan siapa yang beliau suka tanpa mengambil kira kedududkan dalam parti ataupun sebagai anggota parlimen. Jika beliau ingin melakukan demikian disyorkan agar beliau tidak perlu untuk membelanjakan berjuta ringgit mengadakan pilihanraya. Wang yang banyak itu dapat digunakan untuk kerja-kerja kebajikan ataupun pembangunan. Adalah lebih baik diadakan saja pilihanraya merebut jawatan Perdana Menteri sahaja selepas menjawat jawatan tersebut lantiklah siapa juga yang beliau suka sebagai anggota kabinet, Timbalan Menteri mahupun Setiausaha Pearllimen.

Masih tidak sedarkah baki 35 orang Ahli Parlimen UMNO bahawa Perdana Menteri langsung tidak mempunyai keyakinan terhadap mereka? Adakah Dr. Mahathir tidak yakin akan kebolehan mereka ataupun kesetiaan mereka kepadanya? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh beliau sendiri. Dan apabila Perdana Menteri sudah tidak punya keyakinan terhadap mereka ini, mengapa pula mereka ini dipilih sebagai calon parlimen dalam pilihanraya lepas?

Tiga puluh lima anggota parlimen itu terdiri daripada Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pakwanteh (Kangar), Mastika Juniada Husien (Arau),Shaziman Abu Mansor(Tampin), Datuk Napsiah Omar (Kuala Pilah), Datuk Mohd Zain Omar(Balik Pulau), Datuk Abu Seman Yusof(Alor Gajah), Tun Abdul Ghafar Baba (batu Berendam), Datuk Raja Ahmad Zainudin (Larut), Datuk Dr. Fadzir Che Wan (Bukit Gantang), Ahmad Husni Md. Hadahzlah (Tambun), Sayuti Md. Saad (Kuala Selangor), Datin Paduka Zaleha Ismail, Badrul Hisham Abd. Aziz (Hulu Langat), Mohd Zin Mohamad (Shah Alam), Seripah Norli Syed Husin (Sepang) dan Tengku Razaliegh Hamzah (Gua Musang).

Ahli parlimen lain ialah Zulhasnan Rafique (Wangsa Maju), Datuk Ruhanie Ahmad (Parit Sulung), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Siam Kasrin (Batu Pahat), Abdul Hamid Abdul Rahman (Sungai Benut), Datuk Md. Ali Hasan (Tebrau), Datuk Abd. Kadir Annuar (Pulai), Amihamzah Ahmad (Lipis), Datuk Muhamad Abdullah (Maran), Datuk Md. Sarit Jusof (Temerloh), Datuk Dr. Jamaludin Jarjis (Rompin), Datuk Suhaili Abd. Rahman (WP Labuan), Datu Amir Kahar Tun Datu Mustafa (Marudu), Datuk Mod. Saleh Md. Said (Kota Belut), datuk Osu Sukam (Papar), Datuk Dr. Yusof Yaakob (Sipitang), Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Railey Jefrey (Silam)

Kesemua ahli parlimen UMNO ini perlu mengabungkan tenaga dan mempersoalkan Presiden UMNO, mengapa mereka tidak dipilih untuk menyandang jawatan dalam kerajaan sedangkan mereka dipilih dengan sah oleh rakyat? Jika perkara ini terus dibiarkan Presiden UMNO ini akan terus bermaharajalela dan akan bertindak mengikut sukahatinya dan membelakangkan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat. Begitu juga para pengundi yang mengundi ahli parlimen ini sepatutnya merasa terkilan dengan Dr. Mahathir kerana segala sokongan yang telah mereka berikan langsung tidak dihargai oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Jadi dalam pilihanraya yang akan datang pada tahun 2003 atau 2004, para pengundi di kawasan ini yang telah mengundi calon UMNO disaran supaya mengalihkan sokongan mereka kepada BA. Tindakan ini perlu dibuat bagi mengajar Dr. Mahathir yang bertindak sesukahatinya untuk memilih calon menjawat jawatan dalam kerajaan.

Begitu juga dikalangan anggota MKT UMNO yang telah dipilih oleh para perwakilan UMNO juga tidak diberikan tempat untuk mengisi jawatan dalam kerajaan sedangkan mereka telah dipilih oleh para perwakilan UMNO diseluruh negara. Tindakan Presiden UMNO ini benar-benar membelakangkan pemilihan perwakilan UMNO daripada seluruh negara. Sekiranya tiada tokoh yang berwibawa dikalangan anggota parlimen Dr. Mahathir boleh melantik anggota MKT UMNO yang tidak mempunyai status sebagai ahli parlimen untuk dilantik sebagai senator kemudiannya dilantik menjawat jawatan dalam kerajaan. Misalnya Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan lain-lain anggota MKT UMNO seperti Datuk Sharir Samad dan sebagainya perlu diberi laluan menjawat jawatan dalam kerajaan.

Nampaknya Dr. Mahathir langsung tidak memperdulikan pemilihan rakyat dan pemilihan perwakilan UMNO dalam memilih calon mengisi jawatan dalam kerajaan. Beliau memilih sesiapa yang beliau suka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan. Jika ini dibuat maka anggota UMNO yang bercita-cita untuk menjawat jawatan dalam kerajaan BN tidak perlu untuk bersusah payah bertaning dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti yang paling penting cuba menangkan hati Presiden UMNO dan Perdana Menteri sudah tentu mendapat tempat dalam kerajaan.

Jadi tidaklah menghairankan kita mengapa majority orang melayu menolok calon UMNO kerana Presidennya sendiri, Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak yakin dan tidak percaya kepada ahli parlimennya sendiri. Dan jika perkara seperti ini terus diamalkan oleh Dr. Mahathir maka akan lebih banyak kawasan yang diwakili oleh UMNO akan kecundang dalam pilihanraya yang akan dating. Jika andaian ini terus berlaku maka Dr. Mahathir akan dikenang oleh sejarah politik orang melayu sebagai seorang pemimpin yang menamatkan rekod cemerlang UMNO memerintah negara. Dan diyakini para perjuang UMNO baik yang masih hidup atau yang telah pulang kerahmatullah akan mengutuk Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang menghancurkan kekuasaan UMNO dinegara ini.

Bagi mengelakkan UMNO kehilangan kuasa memerintah, para pemimpin UMNO serta anggota UMNO yang masih setia dengan UMNO pasti bertindak melakukan reformasi dalam UMNO dan beruseha menjatuhkan kepimpinannya. Dan disarankan dalam mesyuarat agung UMNO Cawangan dan Bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi, anggota UMNO diperingkat akar umbi keseluruhannya perlu bertindak drastic dan menegemukakan undi tak percaya kepada Presiden UMNO ini. Jika keseluruhan anggota UMNO punya kekuatan dan keberanian untuk melakukan reformasi dalam UMNO besar kemungkinan hayat UMNO dapat dipanjangkan lagi walaupun itu bukannya jaminan. Oleh itu bertindaklah sekarang sebelum terlambat, jatuhkan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com