Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


POLITIK DOLAK-DALIH AMALAN PEMIMPIN BN

OLEH: ARZAMAN SULAIMAN
Watan28@hotmail.com

SEBELUM pilihanraya kecil DUN Lunas pada 29 November yang baru lalu, ketika calon bebas dan BA sedang giat beruseha menarik pengundi, tiba-tiba Presiden MIC, Datuk Samu Vellu dengan begitu angkuh, sombong dan ego berkata bahawa beliau tidak akan balik Kuala Lumpur sekiranya calon BN, S. Anthonysamy daripada MIC kalah.

Menteri Kerja Raya itu begitu yakin bahawa BN pasti mampu mempertahankan kerusi tersebut memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kubu terkuat BN di Kedah. Bagi merealisasikan impian ini beliau sentiasa kelihatan berkeliaran di sekitar DUN tersebut. Beliau sedar sekiranya BN kalah bermakna kerajaan BN akan kehilangan majority dua pertiga di DUN Kedah. Dan seandainya BN tumpas imej dan kredibiti kerajaan BN akan terjejas. Jadi mahu tak mahu pemimpin BN khususnya MIC harus bekerja keras.

Walaubagaimana tinggi keyakinan sekalipun sebagai pemimpin kerajaan Samy Vellu tidak wajar mengeluarkan kata-kata seumpama itu. Kenyataan ini melambangkan kesombongan dan keegoannya malah keseluruhan kepimpinan BN. Mereka bertukar menjadi sombong dan angkuh kerana selama ini apa saja yang mereka buat walaupun tidak betul namun sebahagian besar terus memberikan sokongan kepada mereka.

Lantaran itu kita tidak wajar menyalahkan kepimpinan BN seratus peratus kerana sikap ego, sombong dan bongkak disebabkan selama ini majority rakyat tidak begitu prihatin dan menentang tindakan mereka yang tidak betul. Sepatutnya sebagai masyarakat yang dikatakan telah maju dan bertemadun tinggi kita wajar bertindak menetang dasar dan tindakan pemimpin yang dianggap tidak wajar dan betul dengan tidak memberikan sokongan yang padu lagi jitu. Sekiranya tidak mahu menguburkannya sekalipun kita perlu mengurangkan kuasa mereka.

Cuba kita lihat, sebelum pilihanraya umum N0vember 1999 yang lalu, pendedahan demi pendedahan dibuat oleh datuk Seri Anwar sejak tahun 1998 lagi dan tindakan pelopor raformasi negara ini diteruskan pula oleh anak didiknya daripada parti KeADILan. Namun majority rakyat tetap membeikan sokongan sehingga kerajaan BN masih berjaya mengekalkan majority dua pertiga di Dewan Rakyat. Kita tidak menafikan terdapat pernentangan yang hebat daripada rakyat khususnya orang melayu tetapi penentangan ini tidak cukup kuat untuk mengurangkan mejoriti dua pertiga apa lagi untuk menumbangkan kerajaan yang ada bagi mengajar keangkuhan dan keegogaan pemimpin BN.

Disamping keangkuhan, kesombongan dan keegoaan, pemimpin BN juga telah terbukti antara pemimpin yang tidak pernah menunaikan segala janji yang dibuat. Mereka juga seringkali suka berdolak-dalih. Ini juga berpunca daripada sikap pengikut mereka dan rakyat khususnya untuk bertindak tegas dan drastic bagi mengajar mereka. Dan sekiranya ada dikalangan mereka yang bertindak dratik dengan menentang kepimpinan itu mereka tidak akan mendapat sokongan daripada teman-teman yang lain. Malah sekiranya orang yang bertindak itu anggota parti mereka akan meminggirkannya.

Jadi apa yang hendak mereka takutkan, anggota parti malah rakyat tetap menghormati dan mengikut mereka biar pun mereka tidak pernah menepati janji dan suka berdolak-dalih atau lebih tetap lagi, mereka suka berbohong. Inilah menjadi sebab-musabab pemimpin BN terus mengamalkan sikap yang tercela ini.

Bagi membuktikan kenyataan ini, cuba kita lihat kenyataan Samy Vellu yang mengatakan beliau tidak akan balik Kuala Lumpur sekiranya BN tewas. Dan kini dengan selamba dan masih merasa tidak bersalah mencari alas an bahawa kehadirannya di Lunas mungkin tidak disenangi dan beliau berjanji akan dating semula ke Lunas dalam pilihanraya umum akan dating untuk mempastikan Saifudin tersungkur. Begitulah lagak dan gayanya kepimpinan BN.

Sekiranya Samy Velu sememangnya pemimpin yang boleh dipegang pada kata dan janjinya serta berwibawa tinggi, beliau akan terus mencari rumah dan menetap di Lunas. Jika ini yang dibuat oleh Samy Vellu sudah pasti kredibiliti kepimpinannya akan dihormati oleh rakyat dan krisis keyakinan rakyat terhadap pemimpin BN dapat dihakis sedikit demi sedikit.

Dan contoh yang terbaharu cuba kita lihat bagaimana Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang telah menghantar surat perletakkan jawatan dan beberapa hari kemudian menarik balik keputusannya. Sekali lagi pemimpin BN membuktikan politik dolak-dalik mereka. Tegasnya kata dan janji manis kepimpinan BN bermula daripada atas sampailah ke bawah tidak boleh dipegang.

Mengapa rata-rata pemimpin BN mengamalkan sikap ini? Sikap ini menjadi amalah kebanyakan pemimpin BN kerana pemimpin tertingginya Dr. Mahathir Mohamad adalah raja dolak-dalih. Kenyataannya akhir-akhir ini sudah tidak boleh dipegang dan seringkali bertukar-tukar. Cuba kita lihat ucapannya dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 18 November lalu, dengan penuh emosi beliau mengutuk permainan politik wang dan rasuah. Dan dalam waktu yang sama diadakan pilihanraya kecil DUN Lunas kerajaan BN telah melambakkan pelbagai projek bernilai jutaan ringgit. Adakah projek bernilai jutaan ringgit ini akan sampai ke DUN Lunas dengan kadar yang segera dalam masa seminggu sahaja? Jika jawapannya tidak, jadi in adalah rasuah politik yang cukup jelas diamalkan oleh kerajaan BN.

Perdana Menteri juga pernah menjaja ke serata ceruk negara dan dunia mengatakan beliau mempunyai bukti yang kukuh mengenai bekas Timbalannya menyebabkan beliau bertindak menyingkirkannya. Tapi apabila peguambela Anwar Ibrahim mengsapinanya untuk turun ke mahkamah memberikan keterangan. Beliau telah menggunakan pendakwaraya berhempas pulas menentang untuk membawa Perdana Menteri untuk memberikan keterangan. Mengapa jadi begitu? Sekiranya benar Perdana Menteri mempunyai bukti kukuh kenapa tidak turun saja ke mahkamah. Jika ini yang dibuat kita yakin gerakan reformasi yang dianjurkannya pasti tidak memndapat sambutan daripada rakyat.

Apabila Perdana Menteri menyatakan dia punya bukti tetapi tidak berani turun ke mahkamah memberikan keterangan dan membuktikan segala salah laku timbalannya maka rakyat kebanyakan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri berbohong dan mereka begitu yakin dengan tuduhan yang dibuat oleh Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya itu adalah satu konspirasi politik jahat peringkat tertinggi untuk menjatuhkannya.

Akibatnya ledakan api reformasi terus marak dan meredap dikalangan rakyat. Sebagai buktinya pilihanraya umum 29 November 1999, majority orang melayu yang selama ini berdiri begitu kuta dibelakang BN/UMNO telah mula mengalihkan sokongan mereka kepada BA khususnya PAS dan KeADILan.

Dan kita yakin pilihanraya kecil DUN Lunas merupakan titik permulaan masyarakat Cina memberikan sokongan kepada BA. Orang Cina juga kini sudah muak dan jelak dengan sikap dolak-dalih pemimpin BN khususnya Perdana Menteri. Sebelum pilihanraya Perdana Menteri begitu gah dan bangga menyatakan di Perhimpunan Agung MCA bahawa suatu hari nanti mungkin Perdana Menteri Malaysia mungkin terdiri daripada bukan melayu. Dan dengar khabarnya rayuan pilihanraya oleh lebih 2000 persatuan cina di negara ini mendapat reaksi yang positif daripada kerajaan. Tapi apabila pilihanraya selesai lain pula jadinya.

Kini orang cina juga marah dengan sikap dolak-dalih pemimpin BN itu. Mereka membuktikan kemarahan mereka kepada kerajaan dalam pilihanraya kecil DUN Lunas. Lebih 70% pengundi Cina telah mengundi calon BA, Saifudin Nasution Ismail daripada parti KeADILan. Dijangkakan kejayaan diLunas merupakan titik-tolak perubahan masyarakat Cina secara total menyokong BA dalam pilihanraya 2004 nanti.

Dan 2004 tidak lama, jesteru itu para penyokong dan pendokong reformasi perlu bergerak dengan lebih agresif mulai sekarang dalam usaha menumbangkan pemimpin dan kerajaan yang suka berdolak-dalih ini. Sesungguhnya pemimpin jenis ini yang pembohong besar wajib dinyahkan daripada tahta kekuasaan supaya rakyat negera ini tidak dipermainkan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com