OLEH : ARZAMAN SULAIMAN
Watan28@hotmail.com
NAMPAKNYA Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah tercepit dengan segala permainan politik ciptaannya sendiri. Akibatnya rakyat mula bangkit dan gelombangan kebangkitan rakyat sudah tidak berupaya dibendung. Majoriti orang melayu yang sekian lama berdiri teguh dibelakang BN khususnya UMNO telah mula mengalihkan sokongan kepada pembangkang yang mengelarkan diri mereka Barisan Alternatif. Anak-anak muda yang baru sekali dua mengundi juga telah menolak kerajaan BN. Cuma orang Tionghua dan India yang banyak membantu BN terus berkuasa dalam pilihanraya November 1999 yang lepas
Dua pilihanraya kecil di Sangang dan Teluk Kemang BN masih boleh bernafas dan masih mampu mendabik dada. Tapi pilihanraya kecil Lunas benar-benar menakutkan kepimpinan BN khususnya Dr. Mahathir Mohamad. Beliau sedar gelombang kebangkitan rakyat menuntut reformasi sudah tidak dapat ditahan. Bermacam helah dan cara telah dibuat sebelum ini namun api kebangkitan rakyat tak mampu dipadam malah semakin meredam dan menyala umpama api dalam sekam.
Beliau telah bertindak keras dengan menangkap dan mendakwa pemimpin pembangkang dengan pelbagai tuduhan. Namun mereka bukannya menjadi semakin takut malah semakin menjadi-jadi dan mengila. Mereka menggunakan kekerasan dengan memikul, menangkap dan mendakwa terhadap orang ramai yang dikatakan hadir ke perhimpunan haram. Namun kehadiran rakyat semakin bertambah bukannya berkurangan.
Mereka cuba menakut-nakutkan orang melayu mengenai isu tuntutan suqui tetapi masyarakat melayu diperingkat akar umbi tetap tidak memberikan sebarang reaksi positif. Malah orang kampung diperingkat akar umbi mula berkata, apa yang tinggal kepada orang melayu? Biasiswa yang termaktub dalam perlembagaan diganti dengan pinjaman. Pusat pengajian tinggi awam yang banyak menampung pelajar melayu nak diswastakan dan apabila diswastakan sudah tentu yurannya akan meningkat dan mengakibatkan orang melayu pasti tidak dapat belajar di menara gading. Hinggakan pengenalah diri sebagai orang melayupun ditiadakan dalam kad pengenalan, bagaimana kita nak harapan mereka membela orang melayu.
Hospital juga akan diswatakan, bagaimana nasib dan masa depat rakyat kebanyakan yang susah untuk mendapat rawatan daripada hospital kerajaan yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya? Jika ini tetap juga dilaksanakan yakinlah suatu hari nanti pasti terdapat anak bangsa yang susah dan hidup melarat tidak akan mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik walaupun menderita kesakitan. Hari ini pun kadang-kala kita dapati di dada-dada akhbar rakyat negara ini tidak mampu berubat jika terkena penyakit serius. Bagaimana dizaman hospital diswastakan sepenuhnya?
Sebenarnya kerajaan BN yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad sudah lari jauh daripada prinsip sebenar perjuangan untuk membangunkan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat . Sebaliknya rata-rata pemimpinnya hanya memikirkan bagaimana hendak memberikan kroni kontrak perniagaan yang bakal menjadikan kroni mereka menjadi jutawan sekelip mata.
Kini rakyat sedang memerhati dan memberikan tekanan hebat melalui perjuangan reformasi yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Malah yang memberikan tekanan hebat kepadanya apabila terdapat sebilangan besar pemimpin UMNO dalam kerajaan dan pemimpin UMNO dalam MKT mula berani menyuarakan penadapat dan menyalahkan kepimpinannya. Sebaik saja lepas pilihanraya umum anggota MKT Umno, Datuk Sharir Samad telah menunding jari kepada Perdana Menteri yang mengakibatkan BN khususnya Umno mengalami kemerosotan yang teruk.. Begitu banyak kawasan pilihanraya baik parlimen mahupun DUN mengalami kemerosotan yang cukup teruk.
Namun kritikan Shahrir Samad mati begitu saja apabila Dr. Mahathir mula melemparkan tuduhan mengatakan pembangkang memainkan politik kotor dengan menghasut rakyat dengan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan. Maka juak-juak UMNO yang cukup terkenal sebagai burung kakak tua pun mulalah menyalak menyalahkan pembangkang. Maka isu rakyat mula hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir hanyut begitu sahaja.
Apabila BN mengalami kekalahan mengejut di Lunas maka sekali lagi suara-suara sumbang mengkritik Dr. Mahathir mula kedengaran semula. Sekali lagi Sharir Samad menjadi hero dengan menunding jari ke arah Perdana Menteri. Tindakan Shairir ini pula diikuti oleh Dr. Rais Yatim yang mahukan Umno membuat bedah siasat mencari punca sebenar yang telus tanpa berlindung apa jua pun sebab. Sementara Naib Ketua Pemuda Abdul Aziz Sheikh Fadzir juga menembak pucuk pimpinan sehingga membuatkan beliau bertindak letak jawatan. Malah diyakini ramai lagi pemimpin Umno diperingkat akar umbi yang menyuarakan pendapat yang sama.
Lantas bagi memulihkan keyakinan kepimpinan Umno serta rakyat khususnya orang melayu, Dr. Mahathir sudah tidak punya pilihanan selain menghulurkan tangan kepada pemimpin pembangkang khususnya PAS dan KeADILan untuk duduk semeja dan berbincang untuk mencari sautu titik pertemuan dalam usaha memantapkan kembali perpaduan orang melayu kepada dirinya. Jika usaha ini berjaya sudah tentu beliau akan mendapat kredit maka kepimpinannya tidak lagi dipertikai satu jangka waktu. Dan seandainya usaha ini juga mengalami jalan buntu, tunggulah masa kejatuhan seorang Perdana Menteri yang memang ditunggu-tunggu oleh majority orang melayu.
Walaupun kenyataan Dr. Mahathir telah mendapat reaksi yang positif baik daripada Presiden Pas, Fadzir Noor mahupun daripada Presiden KeADILan, Dr. Wan Azizah namun kita yakin untuk duduk semeja dan berunding kedua-dua pemimpin ini akan mengenakan syarat agar Anwar dibebaskan dengan apa cara sekalipun. Kita yakin kedua-dua pemimpin Barisan Alternanif ini sedar segala sokongan yang dirais selama ini bermula daripada tindakan kerajaan BN khususnya Dr. Mahathir menyingkir dan melemparkan pelbagai tuduhan jahat terhadap Anwar. Malah beliau telah dipukul semasa dalam tahanan dan kini merana dipenjara.
Sebenarnya strateji politik yang beliau gunakan untuk menyekat kemaraan Anwar telah memakan dirinya sendiri. Beliau terlupa sederas dan seanggresif Anwar, Anwar tidak sampai hati untuk menjatuhkannya dengan cara kasar. Kalau Anwar benar-benar berhasrat melakukannya, dia akan lakukan dalam pemilihan UMNO tahun 1996 apabila beliau mengetuai team wawasan, dan pasokan itu menang cemerlang dalam pemilihan parti. Ketika itu malah mungkin sampai saat ini kekuatan Anwar dalam Umno masih utuh, Cuma mereka ini takut kepentingan mereka tergugat maka mereka terpaksa mendiamkan diri dan mengikut apa saja kata pucuk pimpinan.
Tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar dan melantik Abdullah Badawi merupakan kesilapan besar politik yang pernah beliau buat. Beliau terlupa bahawa Pak Lah pernah menentangnya bersama Tengku Razaleigh satu waktu dulu. Apabila kepercyaan diberi Pak Lah lalu menyusulkan kepada Perdana Menteri untuk melantik semula rakan-rakannya dalam team B seperti Dr. Rais Yatim, Zainal Abdidin Zin, Azlan Abu Bakar dan sebagainya. Kini Dr. Mahathir dikelilingi oleh mereka yang pernah menentang kepimpinannya. Satu-satunya benteng kukuh yang mempertahankannya telah beliau hancurkan.
Dr. Mahathir terlupa walaupun luka telah sembuh tetapi parut tetap ada, dan setiap kali terlihat parut akan terkenang segala apa yang pernah berlaku. Sudah tentu apabila peluang terbuka luas untuk membalas dendam, mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak. Kita tunggu dan lihat bagaimana Dr. Mahathir akan diratah oleh mereka yang pernah disingkir dulu. Kini Dr. Mahathir kesaorangan tiada lagi panglima sesetia Anwar yang dapat membelanya. Kalau nak harapkan Daim dan Dr. Abdul Hamid Othman sudah lama Dr. Mahathir bungkus.
Kini Dr. Mahathir hanya menunggu masa dan ketika untuk diturunkan daripada tahta kekuasaan politik negara. Rakyat khususnya orang melayu telah lama membencinya. Orang China juga telah menampakkan penentangan. Dan Anwar yang selama ini menjadi pengikut yang paling setia walaupun kadang-kala bertengkar kerana perbezaan pendapat telah merana dan merengkok dalam penjara. Maka sudah tentu penyokongnya yang masih ramai dalam Umno menunggu ketika dan saat kejatuhan Dr. Mahathir, mereka tidak akan mempertahan Dr. Mahathir sekiranya Perdana Menteri itu diserang malah mereka akan turut membantu mereka yang punya kekuatan untuk menumbangkan Presiden UMNO itu.
Kita akan lihat sejauhmana kebijaksanaan Dr. Mahathir bermain politik dan mengatur strateji baru bagi menjamin kekuasaannya tidak tergugat. Adakah rombakan kabinet seperti yang dicakap-cakapkan akan dibuat tidak lama lagi dapat membantunya? Dan mungkinkah pembebasan Anwar dapat meredakan sedikit kemarahan rakyat dan penyokongnya akan diambil. Dalam situasi ini Dr. Mahathir akan melakukan apa saja dengan syarat kuasanya tidak terusik. Kita tunggu dan lihat selama mana kuasa ini akan berada ditangannya.