Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PETANDA KEMUSNAHAN KEPIMPINAN Dr. MAHATHIR UMNO/BN & LEDAKAN KESEDARAN MASSA (2)

Amin Sapiro (cuma faham Reformasi tafsiran BA)

Bah 2.

“Think-Tank” UMNO Semakin Salah Strategi

Hematnya, jika rumusan orang-orang @ karekter seperti yang disebutkan diatas didengar dan dipercayai oleh “think-tank “ dan strategist UMNO/BN, PASTI kesan yang akan “back-fire” kepada UMNO/BN lebih buruk lagi dari tragedi yang dialami UMNO/BN November 1999 lalu.

Sebetulnya, kemaraan sokongan rakyat dan lapisan muda yang berpendidikan, berminda terbuka dan semakin mengerti hak-hak mereka, dan kini mereka semakin ampuh memberi sokongan kepada Barisan Alternatif (BA); harus ditafsir sebagai suatu arus ledakan politik massa paling gamat setelah negara mencapai Kemerdekaan 43 tahun lalu.

Mahathir harus sedar bahawa pengundi muda pada 2004 dianggarkan 1.8 juta. Mereka sudah siap menyebelahi Pembangkang. Angka itu sudah mampu memberi “off-set” kepada jumlah kelebihan majoriti kemenangan sebanyak 5 kali ganda berdasarkan jumlah bilangan undi.

Mahathir dan UMNO/BN tidak usah cuba menafikan fakta benar ini. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN harus sedar bahawa punca terpenting yang mereka berjuang/berjihad adalah bersebab dari terhakisnya hak-hak mereka sebagai rakyat yang semakin ketara dicabul oleh pemimpin UMNO/BN.

Regim Mahathir sudah terlalu jauh terlajak hingga menafikan “Keadilan rakyat”; sebaliknya “menegakkan Kezaliman”. Buktinya lihat pemimpin yang lebih telus dan berkarisma besar dan lebih bewibawa dikhianati dan purukkan dalam penjara oleh Mahathir sebagai “the prisoner of conscience”.

Orang Melayu golongan lapisan kurang berada semakin terpinggir, dan hak mereka semakin dicekik dan dikaut secara rakus oleh pemimpin UMNO/BN. UMNO/BN menganggap diri masing-masing sebagai “the cream of the society” dengan jolokan “UMNOPutera”. Mereka boleh buat apa mereka suka – walaupun memecah undang-undang negara.

Ini menjana penetangan yang semakin kuat. Pendedahan di Lunas adalah manifestasi sebenar apa yang akan berlaku pada 2004.

Dasar Busuk: “NKKK” & “Kleptocracy”

Bukti-bukti rasuah dan krosnisme yang dilemparkan oleh Pembangkang ke muka regim Mahathir dan menteri Kewangan Daim Zainuddin, hingga hari ini, tidak ada satu yang terjawab oleh pemimpin UMNO/BN. Malah, bukti-bukti semakin ampuh meledak dan satu demi satu terbit dipermukaan sosio-ekonomi dan pentadbiran negara. Mereka sah “bapak penyeleweng”!!

Sebagai bukti, Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi (NKKK) yang mendarah daging dalam pentadbiran regim Mahathir, mereka semakin nampak kian berwenang-wenang melakukannya, dan akan terus dilakukan oleh pemimpin regim ini.

Terdengar desas-desus bahawa baru-baru ini hampir RM20 billion bond pinjaman luar negara telah diapung oleh Perbadanan Ushawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membailout kroni pemimpin regim ini tanpa kelulusan Parlimen. Bermakna regim ini memperhutangi rakyat miskin demi kepentingan diri dan kroni mereka.

Ini adalah pertambahan dari hutang luar negara yang sedia ada sejumlah RM160 billion – dan faedah makin meningkat, walhal manfaatnya kepada rakyat belum pasti.

Dengan itu, kerajaan pimpinan Mahathir sudah semakin tepat menganut faham “KLEPTOCRACY” yang bermaksud “Kerajaan Perompak” (The Government of Thieves. Rujuk: Hari Heath, July 2000 Idaho Observer: July, 2000).

Ejekan itu semakin tepat dengan terbuktinya beberapa kes penyalahgunaan undang-undang untuk mengapung kepentingan korporat anak-anak, suku-sakat dan Kroni yang ada petalian kepentingan dengan mereka bergelar pemimpin itu.

Mereka yang sekongkol dalam “Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan Kolusi” itu, kewujudan faktor yang memusnahkan ciri-ciri demokrasi, merampasan hak dan kebebasan bersuara persurat media rakyat, dan penggunaan kuasa polis dan ugutan “tangkap dan penjara” yang diarah oleh pemenrentah – telah meruntuhkan daya tahan regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN yang semakin dibaruakannya..!!

Mampukah Gagasan “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” Berfungsi?

Pembangkang Melayu semakin nampak bahawa Mahathir dan vetren UMNO sudah semakin resah dengan ledakan sokongan beralih dari UMNO. Mereka berkumpul dalam NGO “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” itu semata-mata kerana sayangkan UMNO, bukan sayangkan Melayu.

Personaliti yang hadir adalah muka-muka yang sudah mendapat nikmat kayaraya secara rasuah dan penyelewengan. Jika Rahim Thamby Chik, Ghafar Baba, Ibrahim Ali (yang lain belum tau siapa) adalah antara mereka, maka sudah nampak bayang bahawa bermaksud berkumpul untuk menjamin “mereka tidak hilang harta rompakan” saja.

Agenda seperti ini akan memburukkan lagi imej UMNO dan sekaligus mencederakan hubungan UMNO dengan komponen BN bukan Melayu.

Tepat sekali jika Pembangkang Melayu menolak tidak menganggotainya, kerana falsafah “TMHD” itu bertentang dengan perjuangan mereka yang berhaluan tengah yang serba adil.

Mahathir & UMNO/BN Wajar Baca Mood Rakyat

Sokongan politik kepartian adalah berasaskan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap pemimpin. Jika faktor ini sudah tandus, alamat parti itu akan terkubur. Jika rakyat sudah mulai curiga, itu pertanda awal kejatuhannya. Jika rakyat sudah tegak berjuang menentang, regim itu pasti akan tumbang.

Dengan itu, Mahathir dan UMNO/BN wajib membuang imej paling kotor yang menyaluti batang tubuh parti dan pemimpin mereka terlebih dulu.

Hematnya, sesebuah regim penganut “Kleptocracy” tidak panjang umur!! Gejala inilah yang bakal menumbangkan regim Mahathir pada 2004 nanti…!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 31 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com